Wednesday 8 May 2013

Anwar berucap pada penyokong di Kelana Jaya

8.15pm: Puluhan ribu orang sudah berada di dalam stadium. Hujan renyai-renyai berterusan dan orang ramai berpayung mereka atau memakai baju hujan.

7.30pm: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan berucap kepada penyokongnya buat kali pertama malam ini sejak pilihan raya umum Ahad ini, yang didakwanya dicemari dengan penipuan untuk memastikan kemenangan BN.

NONEPerhimpunan di Kelana Jaya itu dijangka menarik kehadiran yang
besar yang tidak sabar lagi untuk mendengar ucapan pemimpin mereka selepas pilihan raya yang keputusannya membuat ramai penyokong Pakatan Rakyat tidak berpuas hati.

Orang ramai secara memenuhi ruang stadium yang pada masa ini sekitar satu perempat penuh kerana hujan renyai-renyai di stadium Kelana Jaya.

Tiada kehadiran polis dilihat walaupun terdapat spekulasi bahawa polis akan mengadakan kawalan ketat di sekitar stadium, yang menempatkan 50,000 penyokong semasa perhimpunan pra-pilihan raya dahulu. - Malaysiakini

Apa hukum menang pilihanraya dengan cara menipu?

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Free Web Hosting