NAGENTHIRAN terbaring berlumuran darah selepas terkena tiga das tembakan selepas bergaduh di koridor Flat Taman Setia Jaya, Alor Setar semalam. |
Dalam kejadian pada pukul 12.30 tengah malam, M. Nagenthiran, 30, ditemui mati terbaring di koridor flat itu yang jaraknya hanya kira-kira 15 meter dari rumahnya.
Mayat mangsa yang terkena satu tembakan di kepala dan dua tembakan di belakang badan ditemui oleh seorang penghuni di flat itu yang kemudian memaklumkan kepada polis.
Isteri Nagenthiran, G. Parameswary, 29, berkata, ketika kejadian dia sedang tidur bersama dua orang anak mereka yang berumur tiga dan lima tahun dan tidak mendengar bunyi bising di luar rumah.
“Saya hanya tahu tentang kejadian selepas seorang anggota polis datang ke rumah dan memberitahu suami saya telah mati,” katanya ketika ditemui di flat itu semalam. - Kosmo
0 comments:
Post a Comment