Wednesday 14 August 2013

Tergamak ragut warga emas

REMBAU – Hasrat seorang warga emas untuk membeli sepasang baju raya tidak kesampaian apabila dia diragut seorang penjenayah sewaktu dalam perjalanan ke perhentian bas di Kampung Senama Masjid, dekat sini, semalam.      


Dalam kejadian kira-kira 8.15 pagi itu, mangsa, Nabibah Kulup, 72, mahu ke pekan untuk mengambil ubat darah tinggi di Klinik Kesihatan Rembau.

Menurutnya, ketika dalam perjalanan, dia dihampiri seorang lelaki bermotosikal memakai topi keledar ketika melalui laluan bersemak.

"Pada mulanya lelaki itu bertanyakan arah jalan, tapi tiba-tiba dia merentap beg tangan yang saya kepit pada ketiak. Saya cuba rampas semula beg tangan itu tapi terbantut apabila terlihat pisau di poket seluar penjenayah terbabit," katanya.

Nabibah berkata, dia segera mendapatkan bantuan penduduk kampung sebelum membuat laporan di Balai Polis Rembau.

Berikutan kejadian itu, dia kehilangan wang sebanyak RM300, selain kad bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kad pengenalan, buku akaun Tabung Haji dan Bank Simpanan Nasional (BSN). - SH

Semua sudah tidak selamat. Ini namanya bala.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Free Web Hosting