Friday 31 May 2013

Salleh sokong keputusan sekat Izzah masuk Sabah

KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Perhubungan Umno Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak menyokong penuh keputusan kerajaan negeri meminta Pengarah Jabatan Imigresen Negeri menghalang naib presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar memasuki Sabah semalam.
  
Beliau berkata kuasa menghalang seseorang daripada memasuki Sabah disebut dengan jelas oleh Seksyen 66 Akta Imigresen.
  
"Bagaimanapun, peruntukan undang-undang berupa rayuan, sentiasa ada bagi Nurul Izzah. Saya percaya keputusan ini bukan bersifat politik, tetapi untuk menjaga kepentingan dan kestabilan Sabah.
  
"Sabah perlu menyekat kemasukan mana-mana ahli politik dari luar negeri ini tanpa mengira kecenderungan politik mereka, yang datang ke negeri kami dengan niat untuk menanam perasaan curiga dan benci dalam kalangan rakyat kami," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
  

Sambil menegaskan bahawa rakyat Sabah tidak mahu mengamalkan budaya politik 'pecah dan perintah' seperti yang terdapat di tempat lain, Salleh, yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, berkata Sabah merupakan sebuah negeri yang sentiasa aman serta harmoni dan "kami berbangga dengan perpaduan dalam kepelbagaian kami".
  
"Kami tidak boleh membiarkan kepentingan Sabah dipermainkan oleh ahli politik tidak jujur dari Semenanjung Malaysia yang ingin memburu kemegahan politik peribadi," katanya. - Bernama

Demokrasi lawan pada demokrasi. Ini kuku besi bagaimana melawannya?

Imigresen Sabah: Kami ikut arahan kerajaan negeri halang Nurul Izzah

KUALA LUMPUR, 31 Mei — Jabatan Imigresen Sabah mengatakan mereka hanya mengikut arahan kerajaan negeri untuk menghalang Nurul Izzah Anwar (gambar) daripada memasuki Sabah.

“Arahan itu diterima dari semasa ke semasa,” kata Noor Alam Khan Abdul Wahid dipetik dari The Star Online mengulas tentang halangan terhadap naib presiden PKR itu ke Sabah semalam.

Seorang pegawai di jabatan ketua menteri berkata, tiada kenyataan rasmi berhubung perkara itu dikeluarkan setakat ini. - TMI

Tidak masuk akal sama sekali. Pendatang asing ramai boleh keluar masuk Sabah. Seorang ahli parlimen Malaysia pula kamu halang.

Pemuda PAS, DAP kecam Nurul dihalang masuk Sabah

Pemuda PAS Pusat mengecam tindakan kerajaan Sabah menafikan hak ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar memasuki negeri itu, sedangkan pengganas Sulu berjaya menjejak ke Lahad Datu selama beberapa minggu sehingga mengorbankan anggota keselamatan.

Ketua Penerangan Pemuda PAS Riduan Mohd Nor mendakwa insiden terhadap Nurul Izzah itu menunjukkan ada dendam yang tersimpan dalam lubuk hati pemimpin negeri itu sehingga pemimpin Pakatan Rakyat yang disenaraihitamkan tidak dibenarkan datang.

riduan mohd nor"Tatkala pengganas Sulu berjaya menjejak dan mendarat di daerah Lahad Datu, bertapak beberapa minggu sehingga akhirnya mengorbankan beberapa anggota keselamatan negara, Nurul Izzah pula yang baru sahaja dinobatkan sebagai ahli parlimen yang sah dinafikan hak untuk sampai ke Sabah," kata Riduan dalam satu kenyataannya hari ini.

"Nurul Izzah dianggap seperti insan yang paling berdosa dan penjenayah paling kejam bagi rakyat Sabah. Mungkin beliau adalah pengganas Sulu yang paling dikehendaki atau individu yang memiliki senjata api dan boleh membunuh rakyat di sana. Kerana itu beliau diharamkan dari menjejak kaki ke negeri tersebut," kata Riduan lagi.

Beliau mengulas insiden di mana pihak imigresen tidak membenarkan Nurul Izzah yang juga naib presiden PKR memasuki negeri itu dan mengatur penghantaran pulang malam tadi.
Pemimpin PKR itu berkata beliau tidak dibenarkan berjumpa MP Penampang, Darell Leiking yang bertindak sebagai peguamnya.

NONEMengulas lanjut, Riduan berkata sebagai warganegara, rakyat bebas untuk melancong, merantau dan pergi ke mana-mana sahaja negeri di Malaysia dan tidak terbatas pada sesetengah negeri sahaja.

Menurutnya lagi, Sabah bukannya sebuah republik atau negara lain yang boleh menentukan siapa yang boleh atau tidak datang ke negaranya.

"Seorang ahli parlimen yang mempunyai kuasa menentukan arah tuju dan dasar negara serta boleh meminda perlembagaan melalui sidang parlimen tidak dibenarkan masuk ke salah sebuah negeri dalam negara ini!

"Selagi warganegara tersebut memiliki kad pengenalan yang sah, tidak mempunyai rekod jenayah serta tidak mempunyai masalah apa-apa dengan kerajaan Malaysia, apa hak Sabah untuk menghalang seseorang warganya untuk datang ke negeri tersebut?" kata Riduan.
NONESementara itu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mendesak Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman menerangkan mengapa Nurul Izzah dihalang masuk dan berapa ramai lagi ahli parlimen Pakatan yang disenaraikan berdepan dengan tindakan itu.

"Tindakan sedemikian bukan sahaja tidak menghormati hak asasi manusia malah menentang prinsip-prinsip asas demokrasi. Lebih teruk lagi, ia menimbulkan persoalan bagaimana seorang warganegara Malaysia boleh dilayan lebih teruk daripada warga asing di dalam negara sendiri," kata Lim dalam satu kenyataan.

Walaupun senarai itu adalah hak prerogatif ketua menteri Sabah, Lim juga berkata DAP ingin mengetahui individu yang dinamakan dalam senarai larangan berkenaan.

"Amat menyedihkan apabila seorang ahli parlimen Malaysia daripada pihak pembangkang, yang dipilih oleh rakyat, yang tidak mempunyai sebarang rekod jenayah dihalang daripada masuk ke negara sendiri dan dilayani dengan lebih buruk daripada penjenayah yang pernah disabitkan kesalahan dan pernah dipenjarakan.

bung mokhtar parliament 080708 03"Apalah yang ditakutkan sangat oleh Musa Aman dan BN sehingga ahli Parlimen Pakatan Rakyat tidak dibenarkan masuk ke negeri itu?" soal Lim yang juga ketua menteri Pulau Pinang.
Sementara itu, tindakan terhadap Nurul Izzah turut mengundang reaksi ahli parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin dalam tweetnya yang menyifatkan sebagai "satu kesilapan dan malapetaka".

"Saya tidak faham mengapa Nurul (Izzah) tidak dibenarkan memasuki Sabah. Kalau benar, ini satu kesilapan dan malapataka," katanya.- Malaysiakini


Polis sepatutnya tahan pegawai yang menghalau Nurul kerana pegawai itu mengamalkan undang-undang rimba yang jahat.

Thursday 30 May 2013

Khir Toyo dakwa dijadikan ‘kambing hitam’ dalam perang anti-rasuah Najib

KUALA LUMPUR, 31 Mei — Bekas menteri besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo mendakwa dirinya menjadi mangsa “kambing hitam” dimanipulasi untuk kepentingan politik pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Semalam Mahkamah Rayuan menolak rayuan Dr Mohamad Khir dan mengekalkan hukuman penjara 12 bulan berhubung kes rasuahnya.
“Saya sudah tidak peduli lagi jika keputusan telah dibuat untuk memenjarakan saya sebagai ikon untuk menunjukkan kerajaan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak ini telus dan mahu membanteras rasuah,” kata beliau dalam tulisan di blognya www.drkhir.com.

“Biarlah luncai terjun dengan labu-labunya,” tambah beliau lagi.
Menurut Dr Mohamad Khir, beliau didakwa melakukan Criminal Breach Trust (CBT) atau pecah amanah di bawah Kanun Keseksaan bukannya kesalahan rasuah di bawah Akta Pencegahan Rasuah Malaysia.

“Sepanjang perbicaraan, keterangan pegawai PKNS jelas menunjukkan saya menyokong puluhan surat cadangan memajukan tanah PKNS secara usahasama. Ada sokongan saya yang diluluskan dan yang ditolak oleh jawatan kuasa teknikal.


“Sebab tu saya dituduh melakukan Criminal Breach Trust (CBT) atau pecah amanah di bawah Kanun Keseksaan bukannya kesalahan rasuah di bawah Akta Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Namun SPRM dengan bangganya menyatakan bahawa kejayaan pendakwaan ke atas saya merupakan bukti kerajaan serius membanteras rasuah,” katanya.

Semalam panel tiga hakim Mahkamah Rayuan memutuskan hakim perbicaraan tidak membuat apa-apa kesilapan dalam membuat keputusan berhubung kes rasuah bekas menteri besar Selangor itu.
Tiga panel hakim yang diketuai Datuk Seri Abu Samah Nordin bagaimanapun membenarkan peguam perayu Datuk Seri Mohamad Shafee Abdullah agar menangguhkan pelaksanaan hukuman sementara menantikan keputusan rayuan Mahkamah Persekutuan.

Hakim Datuk Azahar Mohamed yang membacakan penghakimannya selama hampir dua jam berkata panel tiga hakim yang turut dianggotai Datuk Aziah Ali telah sebulat suara berpendapat bahawa tiada sebab untuk Mahkamah Rayuan mengganggu dapatan fakta serta penyabitan yang dibuat oleh hakim mahkamah tinggi pada 23 Disember, 2011.

Beliau berkata setelah meneliti semua rekod rayuan, serta hujah daripada kedua-dua pihak, panel bersetuju bahawa hakim perbicaran telah membuat keputusan yang tepat dan tidak terkhilaf dalam menyabitkan Dr Mohamad Khir dengan pertuduhan itu.

Dr Mohamad Khir didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 23 Disember, 2011 kerana dikatakan membeli dua bidang tanah dan rumah banglo di Seksyen 7, Shah Alam lebih murah dari harga sebenar di pasaran.

Beliau didapati bersalah menggunakan pengaruhnya sebagai menteri besar untuk membeli kediaman mewah dan tanah sehingga potongan sebanyak RM3 juta lapan tahun lalu.
Peguamnya, Muhammad Shafee memberitahu pemberita semalam beliau akan memfailkan satu notis rayuan di pejabat pendaftaran Mahkamah Rayuan hari ini. - TMI

Tak nampak kaitan langsung. Rasanya dalam kes ini Khir yang 'kambing hitam' Najib.

Polis cadang zon 'tanpa motosikal' bendung jenayah

Pihak polis akan mencadangkan kepada kerajaan persekutuan supaya mewujudkan zon tanpa motosikal di bandar-bandar besar dalam usaha untuk memerangi jenayah.

Dalam temu-bual dengan Astro Awani semalam, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata ini adalah antara beberapa langkah "drastik" yang dicadangkan untuk menangani masalah tersebut.

Menurutnya, 90 peratus jenayah jalanan dilakukan oleh penjenayah
bermotosikal.

Khalid berkata, strategi itu mungkin dilihat agak drastik tetapi tambahnya, jika ia boleh dilaksanakan di bandar besar di negara lain, mengapa ia tidak boleh dilaksanakan di sini.

Langkah itu, katanya, akan menjadikan masyarakat lebih selamat, supaya orang ramai boleh meneruskan aktiviti mereka tanpa gangguan penjenayah bermotosikal.

Katanya, kawasan-kawasan terbabit akan digelar sebagai "zon selamat".

Satu lagi cadangan, tegas Khalid, ialah nombor plat dijadikan barangan kawalan, yang bukan di bawah bidangkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan.

Khalid yang baru dilantik sebagai ketua polis negara berkata, tiga bidang tumpuannya sekarang ialah: Membendung perhimpunan haram, pencegahan jenayah dan integriti pasukan polis. - Malaysiakini

Buat apalah yang patut, janji jenayah kurang, rakyat hidup aman damai. Lebih baik lagi, kecekapan polis dipertingkatkan.

Mekanisme turun harga kereta

Setakat ini harga kereta diketahui tinggi. Harga terendah Honda City, umpamanya adalah RM83,219.50, Toyota Vios model 1300cc berharga RM72,417.50.

Bagi kereta buatan Malaysia seperti Proton dan Perodua pula, harga yang ditawarkan adalah RM24,924.30 bagi model Perodua Viva 660cc.

Untuk Proton pula, harga terendah yang ditawarkan adalah model Saga FLX 1300cc iaitu RM35,333.65.

Harga ditawarkan ini sukar untuk dimiliki oleh keluarga berpendapatan rendah, terutama yang kos saraan hidup yang tinggi seperti mempunyai pendapatan kurang dari pada RM1500 sebulan.

Golongan muda juga antara yang terbeban akibat harga kenderaan yang tinggi kerana belum ada pendapatan stabil dan hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN).



Sebelum PRU13, BN dan PR berjanji hendak turunkan harga kereta. Namun mekanisme yang mana antara BN dan PR yang lebih efektif?
SUSULAN manifesto BN dan PR yang menjanjikan penurunan harga kereta, pelbagai spekulasi dibuat selepas berakhirnya PRU13.
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, usaha menurunkan harga kereta bukan sesuatu yang susah kerana kerajaan hanya perlu menghapuskan cukai eksais.

Katanya, langkah yang dibuat kerajaan sekarang menekan pembuat dan penjual kereta.

PR, katanya, menawarkan cara sesuai, iaitu dengan menghapuskan cukai eksais.

Sebagai contoh, bagi kereta Perodua Myvi, cukai kereta yang dikenakan adalah 85 peratus iaitu 75 peratus cukai eksais dan 10 peratus cukai jualan.

Ini bermaksud, jumlah cukai yang dikutip kerajaan bagi sebuah kereta Perodua Myvi adalah RM21,140 dari harga yang dikenakan kepada pengguna, iaitu RM46,000.
Tanpa cukai eksais, ia akan kurangkan harga kereta kerana cukai yang dikenakan adalah hampir sama dengan harga kereta.

Sementara Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed pula berkata, kerajaan akan mengurangkan harga kereta secara berperingkat-peringkat sehingga 2017.

Sejak Oktober tahun lalu, harga 10 model kereta popular di negara ini telah menurun 7.3 peratus purata.

Beliau berkata, pengurangan harga itu adalah hasil proses pasaran yang mana terdapat peningkatan kecekapan dan persaingan di kalangan pemain industri automotif.

Menurutnya, usaha pengurangan harga kereta haruslah dilaksanakan secara berhemah dan tersusun supaya tidak menjejaskan pertumbuhan industri dan peluang pekerjaan.

Kerajaan juga berbincang dengan syarikat-syarikat pembuat kereta dan satu Rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas atau FTA bakal dilaksanakan serta faedah-faedah akan diperkenal kepada pengguna.

Soalannya, bilakah proses penurunan ini akan bermula?

Apakah pada Jun atau Julai depan atau pada Januari 2014?

Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (Pekema) menggesa kerajaan umumkan mekanisme penurunan harga kereta dalam masa terdekat.

Presidennya, Datuk Zainuddin Abdul Rahman berkata, struktur cadangan masih samar-samar.

Menurutnya, kelewatan pihak berwajib mengumumkan mekanisme menurunkan harga kereta telah memberi impak kepada pasaran automotif yang kini mengalami penyusutan disebabkan pembeli  tunggu dan lihat.

Namun, sekiranya dinilai secara rasional, pelaksanaan penurunan harga kereta ini, dapat dilaksanakan, ianya mampu untuk mengurangkan beban kepada rakyat berpendapatan rendah dan sederhana, terutama di kawasan bandar. - SH

Keselamatan rakyat patut menjadi agenda paling utama. Mengapa sampai hati biar rakyat naik motosikal yang menyumbang utama kematian (ngeri).

Mahkamah rayuan kekal hukuman bersalah Khir Toyo

Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan keputusan bersalah terhadap bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohd Khir Toyo bagi tuduhan rasuah yang berkaitan dengan pembelian dua lot tanah berharga dan sebuah rumah di Shah Alam, semasa menjadi penjawat awam.

Keputusan oleh Mahkamah Rayuan yang diketuai Hakim Datuk Abu Samah Nordin itu dibuat sebulat suara. Panel hakim lain ialah Datuk Azahar Mohamed dan Datuk Aziah Ali.

Hakim Azahar, ketika membaca penghakiman itu, berkata mereka mendapati tidak ada keperluan untuk mengganggu keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Datuk Mohtaruddin Baki (kini Hakim Mahkamah Rayuan) apabila beliau menolak semua alasan rayuan yang dikemukakan oleh peguam Khir.

"Berdasarkan rekod rayuan, kami berpuas hati untuk menolak rayuan itu kerana kami merasakan bahawa perayu harus didapati bersalah seperti yang didakwa.

"Hakim perbicaraan adalah betul untuk mensabitkan tertuduh terhadap pertuduhan melampaui keraguan yang munasabah," katanya.

Khir diwakili oleh Muhammad Shafee Abdullah.

Mahkamah Tinggi, pada 23 Disember 2011, menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan ke atas khir dan melucuthak harta tersebut.
Khir merupakan menteri besar Selangor yang kedua disabitkan kesalahan rasuah, selepas Datuk Harun Idris.

Walaupun pihak pembelaan mengemukakan 33 alasan rayuan, tetapi mahkamah menggabungkannya kepada enam perkara, iaitu:
  • Persoalan sama ada dia adalah seorang penjawat awam;
  • Sama ada pembayaran sebanyak RM3.5 juta untuk membeli harta itu mengikut harga pasaran;
  • Sama ada dia mempunyai hubungan dengan pengarah Ditamas Sdn Bhd Shamsuddin Hayroni;

  • Sama ada Shamsuddin telah menjadi rakan kongsi dalam jenayah;

  • Kredibiliti kontraktor Nasir Ismail; dan

  • Sama ada pembelaan Khir boleh diterima.
Kepada semua soalan tersebut, Hakim Azahar berkata hakim Mahkamah Tinggi betul berhubung fakta bahawa Khir adalah seorang penjawat awam - iaitu bekas MB dan bekas pengerusi Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) - dan mahkamah berpuas hati dengan kredibiliti Shamsuddin, yang menjual rumah untuk Khir, bersama-sama dengan Nasir sebagai kontraktor yang mengubahsuai harta tersebut.

Katanya, Khir telah menunjukkan minat dalam harta yang dinyatakan di atas sebelum Shamsuddin menjual kepadanya, malah dia juga telah membayar terlebih dahulu kos pengubahsuaian.

Menurutnya, RM3.5 juta itu bukan jumlah yang adil dan munasabah untuk membelinya kerana Shamsuddin telah membeli hartanah itu pada harga RM5.5 juta beberapa tahun sebelumnya.

Oleh itu, Hakim Azahar berkata, adalah perlu bagi Mahkamah Rayuan untuk tidak mengganggu penghakiman Mahkamah Tinggi.

Mengenai hukuman ke atas Khir, Hakim Abu Samah berkata petang ini bahawa hukuman itu adalah budi bicara mahkamah dan "kita tidak cenderung untuk mengganggu hukuman (oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam), termasuk pelucutan hak, kerana subjek pertuduhan adalah harta yang berharga. "

"Kami mengekalkan hukuman dan pelucutan hak tersebut," Hakim Abu Samah memerintah.

Shafee berkata, beliau menerima arahan supaya merayu keputusan itu dan memohon penangguhan hukuman sementara menunggu rayuan di Mahkamah Persekutuan.

"Kami akan memfailkan rayuan esok," kata Shafee.

DPP Dusuki Ahmad membantah sebarang penangguhan hukuman, dengan alasan sesuatu rayuan tidak beroperasi sebagai penggantungan pelaksanaan hukuman.

Bagaimanapun, Hakim Abu Samah membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan Khir. - Malaysiakini

Nurul Izzah tidak dibenar masuk Sabah

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar telah tidak dibenarkan oleh pihak imigresen Sabah memasuki negeri ini.

Menurut ahli Parlimen (MP) Lembah Pantai itu, pegawai imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu sedang mengatur untuk menghantarnya pulang.

"Saya ditahan oleh imigresen Sabah dan diarah pulang oleh pejabat ketua menteri Sabah. Beginilah nasib demokrasi pasca-PRU13. Just you wait BN" tulis Nurul dalam twitter pada kira-kira jam 7.30 petang ini.

Katanya, beliau tidak dibenarkan berjumpa MP Penampang, Darell Leiking yang bertindak sebagai peguamnya.

Nurul Izzah adalah naib presiden PKR yang kedua tidak dibenarkan masuk ke Sabah. Sebelum ini, naib presiden PKR yang juga MP Batu Tian Chua disenaraihitam oleh imigresen Sabah tidak lama selepas kejadian Lahad Datu berlaku pada bulan Februari.

"Terdapat MP lain yang tidak akan dibenarkan masuk ke Sabah. Apabila ditanya nama (mereka yang tidak akan) dibenar masuk, (pihak imigresen berkata ia) dianggap rahsia," kata Nurul Izzah.

Sebelum ini, Hilman Idham, pembantu Timbalan Presiden PKR Azmin Ali, juga tidak dibenarkan memasuki negeri ini, bersama-sama dengan ahli jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0 Syukri Razab, yang berasal Sabah.

Pada kira-kira 8.20 malam, Nurul menulis dalam twitter bahawa beliau tidak dibenarkan bertemu peguamnya dan diiringi tiga pegawai imigresen Sabah menaiki kapal terbang. - Malaysiakini

Sabar PR pun ada hadnya.

Waytha mahu anggota polis terbabit digantung tugas

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waythamoorthy mengecam tindakan yang dianggap ringan terhadap anggota polis yang sedang disiasat berhubung kematian N Dharmendran dalam tahanan, dengan berkata langkah itu hanya akan menjejaskan kepercayaan rakyat kepada pasukan tersebut.

hindraf 5th anniversary 251112 waythamoorthy waytha moorthySambil menegaskan bahawa kes pembunuhan merupakan suatu
kesalahan tidak boleh dijamin, Waythamoorthy (kiri) berkata, empat anggota polis berkenaan sepatutnya telah digantung tugas dan ditahan reman sehingga siasatan selesai, dan bukan hanya ditugaskan melakukan kerja pejabat.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini atas sifatnya sebagai Pengerusi Persatuan Hindraf Malaysia (Hindraf).

"Undang-undang adalah sama bagi anggota polis serta orang awam. Oleh itu apa-apa tindakan yang kurang, hanya akan terus mengecewakan orang ramai kerana amalan dwi-standard terhadap anggota polis dengan kekebalan secara terang-terangan diberikan kepada mereka.

"Tindakan yang tidak berkesan seperti ini oleh pegawai atasan mereka dalam pasukan polis hanya akan terus merendahkan keyakinan orang ramai terhadap pasukan polis dan integriti mereka dalam menjalankan tanggungjawab mereka untuk kepentingan awam," kata kenyataan itu.

Waythamoorthy juga mempersoalkan bagaimana polis hendak mengharapkan untuk memulihkan keyakinan orang ramai terhadap "profesionalisme, kecekapan dan keberkesanan" mereka dalam mengurangkan jenayah, jika mereka tidak dapat mengambil tindakan tegas terhadap anggota polis yang disyaki.

NONETambahnya, tindakan seumpama itu mencerminkan kurangnya rasa
hormat pihak polis terhadap "hak asasi dan nilai kehidupan manusia", seperti yang termaktub dalam perlembagaan persekutuan.

Tindakan memastikan tiada lagi kematian dalam tahanan di kalangan kaum India, adalah antara tuntutan Hindraf apabila menandatangani perjanjian bersejarah dengan BN yang diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak pada bulan April, satu langkah yang menyebabkannya menjadi sasaran kritikan. - Malaysiakini

Taib: Rakyat Sarawak tolak dakwaan Global Witness

Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata, rakyat Sarawak telah menolak dakwaan pemantau rasuah antarabangsa, Global Witness, terhadapnya melalui proses demokrasi dalam pilihan raya umum baru-baru ini.

NONEMenurut laporan akhbar Sin Chew Daily, Taib memberitahu sidang
Dewan Undangan Negeri sewaktu ucapan penggulungannya semalam bahawa BN Sarawak - yang diketuainya - memenangi 25 daripada 31 kerusi parlimen untuk memperolehi lebih daripada majoriti dua pertiga.

Bukan itu sahaja, katanya, tiga calon pembangkang yang telah menuduh BN dalam isu tanah adat dan membawa pertikaian itu ke mahkamah, telah kalah dalam pilihan raya Parlimen di Limbang, Lubok Antu dan Sri Aman.

Akhbar itu memetik Taib sebagai berkata ia bermakna rakyat Sarawak telah menolak sepenuhnya dakwaan palsu oleh Global Witness, dan mereka telah bosan dengan campurtangan luar dalam kemerdekaan dan kebebasan rakyat Sarawak.

Pada bulan Mac, Global Witness mendedahkan video mengenai dakwaan rasuah dalam industri balak Sarawak dengan mengupah pelakon berlagak sebagai pelabur balak asing.

Menurut agensi berita nasional Bernama, Taib dalam ucapannya juga telah memberi ADUN DAP Kota Sentosa Chong Chieng Jen tempoh tiga bulan untuk memohon maaf kerana didakwa mengeluarkan kata-kata fitnah terhadapnya.

Taib - yang juga menteri kewangan Sarawak serta perancangan sumber dan alam sekitar - berkata beliau akan mempertimbangkan memfailkan prosiding mahkamah melainkan jika Chong menarik balik tuduhan itu dan memohon dalam tempoh tiga bulan akan datang. - Malaysiakini

Masanya akan tiba.

Wednesday 29 May 2013

Raja Azmi Disamun

KUALA LUMPUR: Pengarah dan penerbit Raja Azmi Raja Sulaiman disamun oleh dua lelaki yang menunggang motosikal berhampiran Hotel Istana di Jalan Nagasari di sini pada Selasa lalu.

Menurut laporan Kosmo!, kejadian pada pukul 12.30 tengah malam itu berlaku ketika Raja Azmi, 54, sedang berjalan seorang diri menuju ke arah keretanya yang diletakkan di luar bangunan hotel berkenaan.
"Pada jarak 20 meter dari kereta tiba-tiba muncul sebuah motosikal yang dinaiki dua lelaki menghampiri saya.

"Salah seorang suspek kemudian menolak saya menyebabkan saya terjatuh ke dinding di kaki lima hotel dengan beg tangan di bahu kiri manakala tangan kanan memegang telefon pintar Samsung Galaxy II," katanya.

Tambah Raja Azmi yang turut ditampar sebelum disamun itu, sebelum kejadian, dia baru pulang daripada menghadiri satu majlis kahwin yang diadakan di hotel tersebut.

Kemudian, suspek yang memakai topi keledar kemudian cuba menarik beg tangannya namun dia meronta-ronta sambil menjerit meminta tolong bagi menarik perhatian orang ramai yang berada di kawasan berhampiran. - Mstar




Menentang kerajaan dianggap penderhaka

SHAH ALAM – Mana-mana pihak yang cuba menentang kerajaan yang sah boleh dianggap sebagai penderhaka kepada negara.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, mereka yang tidak berpuas hati sepatutnya guna saluran betul iaitu mahkamah dan bukan melakukan demonstrasi di jalan raya.

“Sebarang usaha untuk menentang kerajaan yang sah, itu namanya penderhaka. Menentang secara aman pun dianggap sebagai penderhakaan kepada negara.

“Apatah lagi, jika ada yang mahu melakukannya dengan keganasan. Kalau tidak puas hati, failkan petisyen ke mahkamah. Mengapa mahu tunjuk perasaan?” katanya semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas usaha sekumpulan NGO pro-pembangkang yang mahu mengadakan protes jalanan besar-besaran sekiranya pegawai kanan SPR tidak meletak jawatan.


Sabtu lalu, penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin atau CheguBard menyeru rakyat Malaysia menjadi sukarelawan ‘Suara Rakyat 505' untuk menggesa pimpinan SPR meletakkan jawatan.

Katanya, gerakan itu akan ke ibu pejabat SPR di Putrajaya bagi menuntut peletakan jawatan pimpinan badan tersebut.

Beliau turut mendakwa, selagi kedua-dua pentadbir tertinggi SPR tidak meletak jawatan, rakyat akan terus bersama PR membuat tuntutan tersebut melalui himpunan.

Menurut Harussani, mereka yang terlibat perlu dikenakan tindakan keras sekiranya ia ke tahap menggugat ketenteraman awam.

“Kalau sampai mengancam nyawa orang lain, itu sudah tergolong dalam dosa besar. Mereka perlu bertaubat segera,” katanya. - SH

Menang jadi pemimpin dengan cara menipu itu dipanggil apa pula?

Caj tempat letak kereta MBSA dinaikkan 60sen sejam

SHAH ALAM - Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan menaikkan kadar bayaran tempat letak kereta di kawasan pentadbirannya dari 40 sen sejam kepada 60 sen sejam.

Datuk Bandar Shah Alam Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan berkata kenaikan itu wajar dilakukan memandangkan kadar 40 sen sejam telah diperkenalkan sejak 1998 dan kadar baharu itu akan berkuat kuasa dalam tempoh terdekat.

"Kadar caj yang dikenakan pada masa ini sudah tidak sesuai dengan keadaan semasa dan status Shah Alam sebagai bandar raya," katanya ketika mempengerusikan mesyuarat bulanan MBSA di sini hari ini.

Beliau berkata MBSA juga akan mengadakan program kutipan kompaun tempat letak kereta yang menawarkan potongan 80 peratus, bermula 10 Julai hingga 7 Ogos depan, iaitu sepanjang bulan Ramadan.

Katanya, tunggakan kompaun letak kereta kini berjumlah RM9 juta dengan tiga kawasan mencatat jumlah tertinggi iaitu Seksyen 9, Seksyen 13 dan Seksyen 25.- Bernama

Bukan masalah jumlah tetapi kerumitan yang rakyat hadapi seharian. Ini bukanlah yang dilaungkan berjiwa rakyat. Caj tempat letak kereta wajar dihapuskan. Gunakanlah wang banyak yang kononnya kerajaan PR Selangor perolehi semasa mentadbir negeri.

Blackout 505 tampil tiga tuntutan

PETALING JAYA - Perhimpunan Blackout 505 akan meneruskan gerakan mereka sehingga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersetuju untuk melaksanakan tiga tuntutan reformasi awal yang dikemukakan.

Pengarah program Blackout 505, Datuk Johari Abdul berkata, kehadiran rakyat di perhimpunan itu adalah lambang baru kesedaran politik rakyat yang mewakili suara 51peratus rakyat yang menyokong PR.

"Kita menuntut tiga perkara asas reformasi pilihan raya, pertama seluruh anggota SPR sekarang meletak jawatan kerana gagal memastikan PRU13 berjalan dengan telus, cekap, tanpa keraguan dan memenuhi janji mereka kepada rakyat seperti tuntutan Bersih.


"Kedua, adakan pilihan raya semula di 30 kawasan Parlimen yang diragui bila mana bukti kukuh. Ketiga, menangguhkan sebarang bentuk pindaan undang-undang pilihan raya dan persempadanan semula sehinggalah anggota SPR baru yang berwibawa dan dipersetujui oleh semua pihak mengikut konsesus rakyat," katanya pada sidang media di pejabat PKR hari ini.

Menurut beliau, konsesus itu perlulah diwakili oleh PR dan NGO. - SH


Kalau adil, orang ramai tidak marah pada SPR.

Tuesday 28 May 2013

Tamrin, Haris ditahan semula

Aktivis PAS Datuk Tamrin Abdul Ghafar dan pemimpin NGO Asalkan Bukan Umno Haris Ibrahim ditahan semula hari ini, empat hari selepas dibebaskan.

"Ya... Polis berada di rumah saya di Ampang sekarang," kata Tamrin yang menambah pasukan polis itu tiba pada kira-kira jam 7.15 petang.

"Mereka ada waran tangkap berhubung isu sama dan membawa saya ke ibu pejabat polis Dang Wangi," katanya lagi kepada Malaysiakini ketika dihubungi.

Peguam Gobind Singh Deo juga mengesahkan bahawa Haris ditahan semula pada jam 7 petang ini dan turut dibawa ke ibu pejabat polis Dang Wangi.

"Kami boleh sahkan bahawa mereka berdua (Haris dan Tamrin) ditahan semula mengikut Akta Hasutan," katanya kepada Malaysiakini ketika dihubungi.

Tamrin dan Haris ditahan pada 23 Mei lalu, bersama naib presiden PKR Tian Chua, namun dibebaskan semula pada keesokan harinya apabila polis gagal mendapatkan perintah reman.

Ketika dihubungi, Tian berkata beliau tidak melihat apa-apa tanda yang menunjukkan tindakan penahan polis ke atasnya.
"Tapi saya tidak kata saya selamat, tapi tengoklah macam mana," katanya.

Sementara itu, seorang aktivis siswa Mohd Safwan Anang turut ditahan mengikut peruntukan sama.Ketika dihubungi, isterinya Masturah Abu Bakar memberitahu Malaysiakini bahawa beliau dibawa ke ibu pejabat polis Dang Wang.
"Polis tidak beritahu sama ada ia untuk merakam kenyataan atau untuk penahanan," katanya. - Malaysiakini

Siapa yang menimbulkan masalah ni...

KWSP Kekal Polisi Benar Keluar Simpanan Persaraan Pada Usia 55 Tahun

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengekalkan polisi membenarkan ahlinya mengeluarkan keseluruhan simpanan persaraan mereka pada usia 55 tahun walaupun umur persaraan penjawat awam dinaikkan kepada 60 tahun.

Bagaimanapun, KWSP menggalakkan pencarum mengamalkan pengeluaran caruman secara fleksibel berbanding sekali gus, yang boleh mengundang pembaziran.
Ketua Pegawai Eksekutif KWSP Datuk Shahril Ridza Ridzuan berkata langkah pengeluaran secara fleksibel itu diperkenal bagi membantu anggota KWSP mengurus perbelanjaan mereka selepas bersara.

"Sebelum ini, kebanyakan ahli mengeluarkan wang secara sekali gus. Seperti yang anda sedia maklum, adalah sukar untuk mengurus dan menyimpan wang berkenaan dalam tempoh tiga hingga lima tahun selepas bersara," katanya kepada pemberita di sini, Selasa.


Beliau berkata pihaknya sedang mempergiat usaha menggalakkan pencarum melakukan pengeluaran fleksibel serta memberi kesedaran berhubung kepentingan merancang kewangan selepas tamat perkhidmatan.

Shahril Ridza berkata setakat ini, sambutan terhadap pengeluaran caruman secara fleksibel di kalangan ahli adalah memberangsangkan.
"Jangka hayat sekarang ini semakin panjang sehingga 76 atau 77 tahun. Dan jika semua wang telah dikeluarkan, mereka akan hanya ada baki caruman lima tahun untuk menampung kewangan selepas bersara (pada usia) 60 tahun," katanya.

Pada suku pertama tahun ini, sebanyak 43,775 permohonan pengeluaran fleksibel umur 55 tahun bernilai RM1.66 bilion diluluskan KWSP berbanding RM1.50 bilion bagi tempoh sama tahun lepas.
Pada suku pertama 2013, sejumlah 481,603 pengeluaran dibuat ahli berbanding 451,194 bagi tempoh sama tahun lepas, naik 6.74 peratus.

Pengeluaran yang diluluskan pada suku pertama 2013 meningkat 3.54 peratus kepada RM8.77 bilion daripada RM8.47 bilion bagi 2012.
Pada 31 Mac, 2013, sejumlah 13.69 juta orang berdaftar dengan KWSP dan daripada jumlah itu, 6.41 juta adalah ahli aktif yang masih mencarum untuk persaraan mereka berbanding 13.26 juta orang dengan 6.28 juta ahli aktif pada suku yang sama pada 2012.

Jumlah majikan berdaftar ialah sebanyak 509,139 pada suku pertama 2013, meningkat 3.26 peratus berbanding 493,066 bagi tempoh sama tahun lepas. -BERNAMA

'Himpunan bukan untuk tumbangkan kerajaan'

Siri-siri himpunan rakyat selepas pilihan raya umum berlangsung bukan satu usaha untuk menumbangkan kerajaan, kata jurucakap NGO Lawyers for Liberty, Michelle Yesudas.

Sebaliknya, tegas Yesudas, ia adalah satu wadah rakyat untuk menyampaikan suara mereka secara kolektif kepada kerajaan selepas menyedari terdapat jurang komunikasi di antara rakyat dan pihak berkuasa.

"Himpunan-himpunan ini memberi kesedaran bahawa kita sebenarnya boleh bersama merapatkan jurang sesama kita.

"Ia bukan bertujuan menumbangkan kerajaan. Ia adalah cara kita menyusun diri kita sendiri," kata Yesudas dalam sidang media pertubuhan masyarakat sivil di Kuala Lumpur pagi tadi.



Beliau mengulas mengenai himpunan Blackout 505 dan juga himpunan nyalaan lilin yang diadakan bagi membantah siri penangkapan dan pendakwaan terhadap aktivis dan pemimpin politik Pakatan Rakyat baru-baru ini.

Semalam enam pemimpin Pakatan didakwa di mahkamah mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012 berhubung dakwaan penglibatan mereka dalam perhimpunan 'Blackout 505' kerana didakwa gagal memaklumkan polis dalam tempoh 10 hari sebelum menganjurkan perhimpunan itu.

Bercakap dalam sidang media sama, Pengarah NGO Tenaganita, Irene Fernandez mempersoalkan pendakwaan ke atas individu yangmenganjurkan himpunan itu.

Menurutnya, pendakwaan tersebut mencabul hak asasi manusia berkaitan kebebasan menyuarakan pendapat dan ia sepatutnya bersifat substantif dan bukan berdasarkan perkara teknikal seperti tempoh masa penyerahan notis himpunan.

"Kenapa guna Akta Perhimpunan Aman terhadap perkara yang sangat bersifat teknikal?

"Dalam perkara berkaitan hak asasi manusia, kita perlu meneliti perkara yang bersifat substantif.

"Gugurkan semua dakwaan itu kerana ia mencabul hak yang asasi dan sah menurut Perlembagaan," kata Fernandez. - Malaysiakini

 Akses media tiada, apa lagi caranya.

'Pengurangan harga kereta berperingkat hingga 2017'

Kadar pengurangan harga kereta akan dibuat secara berperingkat-peringkat sehingga 2017, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Katanya, bersandarkan manifesto kerajaan yang telah dibuat pada pilihan raya umum lalu, kerajaan telah berjanji akan mengurangkan harga kereta antara 20 hingga 30 peratus dalam tempoh lima tahun.

"Malah, sejak Oktober tahun lepas, harga 10 model kereta popular di negara ini telah menurun secara purata 7.3 peratus," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan kementerian dan agensi-agensi di bawahnya di Kuala Lumpur hari ini.

Perhimpunan bulanan ini merupakan perhimpunan pertama diadakan bersama pucuk pimpinan baharu selepas pelantikan Kabinet 2013.

Beliau berkata pengurangan harga itu adalah hasil proses pasaran yang mana terdapat peningkatan kecekapan dan persaingan di kalangan pemain industri automotif.


Menurutnya, usaha pengurangan harga kereta haruslah dilaksanakan secara berhemah dan tersusun supaya ia tidak menjejaskan pertumbuhan industri dan peluang pekerjaan yang sedia ada bagi sektor industri terbabit dan berkaitan.

"Oleh itu, kami juga telah melakukan perbincangan dengan syarikat-syarikat pembuat kereta dan mereka juga sedar tentang Rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas atau FTA yang bakal dilaksanakan serta faedah-faedah yang akan diperkenal kepada pengguna," katanya.

Mustapa berkata pemain industri kini perlu bersedia meningkatkan daya saing dan pengeluaran mereka, sesuai dengan iklim persaingan yang semakin hebat di Malaysia dan luar negara.

Beliau turut menjelaskan bahawa selain usaha menurunkan harga kereta di pasaran tempatan, kerajaan juga melihat keseimbangan lain seperti mengurangkan kesesakan lalu lintas dengan inisiatif pembinaan pengangkutan awam yang lebih cekap. - Bernama

Penting kroni atau rakyat.

Monday 27 May 2013

Penguatkuasa takut ancaman pendatang asing Sabah

Seorang pegawai penguatkuasa dari Majlis Daerah Kunak berkata pasukannya amat gerun untuk memasuki sesetengah kawasan kampung setinggan, termasuk yang dibina di atas air, kerana sering menerima ancaman ke atas keselamatan diri mereka.



Menurut Salim Silin, yang mengetuai jabatan setinggan di majlis tersebut, empat pegawai penguatkuasanya pernah “diancam dengan pisau, dan diekori” ketika bertugas, oleh sebahagian daripada kira-kira 6,000 orang yang tinggal di kawasan tersebut.

Sesetengah kawasan itu juga sukar dimasuki kerana dihubungkan dengan jambatan yang rosak dan laluan sempit.

Selain itu, keselamatan mereka diancam sehingga mereka tidak berani masuk ke kawasan berkenaan, katanya lagi.

Beliau juga mengakui perkara itu merupakan halangan paling besar dalam menjalankan tugasnya, apabila ditanya oleh pegawai pengendali RCI berhubung isu pendatang asing Saba Jamil Aripin.

Tambahnya, pendatang asing tersebut – termasuk yang memiliki dokumen dan tanpa dokumen – kebanyakannnya merupakan keturunan Suluk dan Bugis yang membentuk lebih 70 peratus dariapda penduduk di tujuh kawasan setinggan di daerah tersebut.

Salim juga berkata, seramai kira-kira 1,000 orang keturunan Bajau Laut yang tidak memiliki dokumen tinggal di satu kampung air setinggan, Kampung Kunak 3. - Malaysiakini

Kementerian Rancang Hapus Jaminan Jawatan Guru Pelatih

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan merancang untuk memansuhkan jaminan jawatan, yang selama ini diberi secara automatik kepada guru pelatih dari institut pendidikan guru (IPG) dan institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh berkata langkah itu yang mungkin dilaksana secara berperingkat, bertujuan memastikan hanya pelatih berkualiti ditawar jawatan sebagai guru di sekolah.
"Amalan pada masa ini, guru pelatih IPG dan IPTA dijamin sebagai guru tanpa mengambil kira prestasi mereka tetapi kali ini kita nak guru jadi profesion yang mulia.

"Jadi kita perlu pilih yang terbaik, mempunyai keperibadian mulia, baru boleh melahirkan masyarakat hebat pada masa depan," katanya kepada pemberita selepas majlis Konvokesyen Institut Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran kali ketiga, di sini, Isnin.


Mengulas lanjut, Idris berkata langkah itu juga bagi memastikan hanya benar-benar berminat dengan kerjaya guru dilantik, bukan mereka yang berbuat demikian kerana tiada pilihan lain.

"Di Finland misalnya hanya calon terbaik sahaja akan dipilih menjadi guru kerana itu taraf pendidikan di negara itu tinggi," katanya.

Bagaimanapun kata Idris, rancangan itu masih pada peringkat perbincangan dan memerlukan penelitian mendalam sebelum boleh dilaksana.

Pada konvokesyen tiga hari bermula hari ini, sebanyak 3,988 graduan menerima ijazah masing-masing. - BERNAMA

Di Finland, setiap kelas mempunyai  18-20 pelajar. Di Malaysia setiap kelas 40 orang pelajar.

Polis tumpang geng samun kereta, tahan tujuh lelaki

SHAH ALAM, 27 Mei — Polis Selangor berjaya menumpaskan satu kumpulan penjenayah menggunakan taktik langgar dan samun kenderaan mangsa dengan menahan tujuh lelaki dalam dua serbuan berasingan di sekitar kawasan Petaling Jaya pada Rabu dan Khamis lepas.

Kesemua suspek, yang berusia dalam lingkungan 20 dan 38 tahun, diberkas di Desa Mentari dan Ara Damansara oleh sebuah pasukan khas polis berikutan kejadian samun trak pikap Toyota Hilux dilaporkan di kawasan Damansara pada 6.30 pagi, Rabu lepas.

Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk A. Thaiveegan berkata dalam insiden samun itu, empat suspek yang menaiki sebuah kereta Proton Waja berwarna hitam telah bertindak melanggar belakang trak pikap itu yang dipandu seorang lelaki.

“Ketika mangsa keluar dari keretanya untuk melihat kerosakan kesan dari perlanggaran tadi, kumpulan suspek ini telah mengancam mangsa dengan membaling tin minuman kepada mangsa sebelum melarikan kereta miliknya (mangsa),” katanya pada sidang media di sini hari ini.


Bertindak daripada laporan mangsa, polis menjejaki dan menahan empat suspek di kawasan Desa Mentari pada 10.30 malam hari yang sama dan hasil soal siasat ke atas mereka, tiga lagi suspek ditahan di Ara Damansara kira-kira 2 pagi.

Beliau berkata penahanan kesemua suspek itu membawa kepada penemuan empat kenderaan yang dipercayai hasil samun yang ditempatkan di kawasan parkir awam di lokasi suspek diberkas iaitu Toyota Hilux, Nissan Teana, Proton Waja dan Proton Putra.

Polis turut merampas sebuah Proton Waja yang digunakan suspek ketika melakukan samun terhadap pemilik kenderaan Toyota Hilux selain merampas beberapa peralatan termasuk buku lima, sarung tangan dan sebilah parang.

“Siasatan awal turut mendapati kesemua suspek ini mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan kes pecah rumah, samun dan penyalahgunaan dadah. Kesemua mereka direman hingga 30 Mei ini untuk siasatan lanjut,” katanya.

Mengulas penemuan dua mayat di Seksyen 26 di sini, Thaiveegan berkata sehingga kini polis telah menahan 17 lelaki warga asing bagi membantu siasatan berhubung kes itu.
Semalam, polis menemui dua mayat dipercayai dua sahabat warga Indonesia yang dikenali sebagai Dofi, 21, dan Saiful, 19, yang dilaporkan hilang oleh keluarga mereka di Seri Kembangan, 1 Mei lalu.

Kedua-dua mayat itu ditemui kira-kira 3.15 petang dengan keadaan reput di bawah pokok pisang berhampiran Sungai Klang.
“Polis masih menunggu laporan forensik dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya. — Bernama

Harap bukan sekadar menambah koleksi rekod jenayah lampau mereka sahaja.

Anak Lajim Ukin didakwa guna dokumen palsu

KUALA LUMPUR - Seorang anak bekas timbalan menteri hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, atas pertuduhan menggunakan dokumen palsu berhubung pelaksanaan projek pembinaan jalan di Batu Pahat, Johor.
  
Mohd Nizam Lajim, 31, didakwa dengan curangnya telah menggunakan suatu dokumen sebagai tulen iaitu sekeping lampiran bertarikh 25 Julai 2012, yang bertajuk "Senarai Syarikat Yang Dicadangkan Untuk Melaksanakan Projek Membina Jalan Mukim 6 Linau dan Mukim 7, Tg. Semberong, Batu Pahat, Johor Secara Tender Terhad" yang diperakukan oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
  
Syarikat yang disenaraikan ialah Moral Bahagia Sdn Bhd, Prestasi Reka Sdn Bhd, Satria Mara Sdn Bhd, Sanjung Sempurna Sdn Bhd, Pertama Makmur Sdn Bhd, Mansashi Sdn Bhd, H & A Construction Sdn Bhd, Nisa Consolidated Sdn Bhd, Bina-Mas Construction Sdn Bhd dan Landscape Sdn Bhd.
  

Anak kepada bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Lajim Ukin itu didakwa melakukan kesalahan berkenaan di Berjaya Starbucks Coffee, Lot No G40, The Mall, No 100, Jalan Putra dekat sini pada 3.40 petang, 8 Ogos 2012.
  
Dia dituduh mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 465 kanun yang sama yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Afifah Mamat@Yusof daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memohon jaminan RM50,000 dengan seorang penjamin atas alasan kes itu berprofil tinggi selain memohon tertuduh menyerahkan pasport kepada mahkamah.
  
Peguam Datuk K. Kumarendran yang mewakili tertuduh memohon jaminan dikurangkan kepada RM10,000 kerana anak guamnya itu memberi kerjasama penuh kepada SPRM sejak kesnya disiasat pada Ogos tahun lepas.
  
Beliau turut memaklumkan anak guamnya itu datang secara sukarela ke mahkamah pada hari ini.
  
Hakim Rosbiahanin Arifin membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin dan memerintahkan pasport diserahkan kepada mahkamah.
  
Mahkamah menetapkan 25 Jun ini untuk pengurusan kes.  - Bernama

Jalan tidak siap atau bapa masuk PKR?

Yazid Sufaat, pembantu didakwa anggotai Al-Qaeda

Selepas dibebaskan Isnin lepas, bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Yazid Sufaat dan pembantu kafeteria Muhammad Hilmi Hasim sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ampang, kali ini atas pertuduhan menjadi anggota kumpulan pengganas Tanzim Al-Qaeda Malaysia.

Yazid, 49, pengusaha kafeteria di Kompleks Mahkamah Jalan Duta dan Muhammad Hilmi, 33, didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah beralamat DL 11, Taman Bukit Ampang, Lorong Mutiara 2, Lembah Jaya antara 1 Ogos 2012 dan 7 Februari lepas mengikut Seksyen 130KA Kanun Keseksaan (Akta 574) yang membawa hukuman penjara seumur hidup dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Tiada pengakuan dicatat dan Majistret Ayuni Izzaty Sulaiman menetapkan 7 Jun ini untuk sebutan kes.


Sejurus selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan, Yazid mempertikai pertuduhan terhadapnya yang disifatkan 'pendakwaan dua kali' bagi kesalahan sama.

Timbalan Pendakwa Raya Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria membantah tindakan Yazid namun peguam Amer Hamzah Arshad yang mewakili tertuduh berkata anak guamnya mempunyai hak untuk bersuara.

Mohamad Hanafiah kemudian memaklumkan pihaknya tidak menawarkan jaminan bagi kedua-dua tertuduh kerana kesalahan itu tidak boleh dijamin dan memohon mahkamah menetapkan tarikh sebutan dalam tempoh dua minggu.

Amer Hamzah, yang turut mewakili Muhammad Hilmi, pula memaklumkan terdapat pertindihan berhubung tarikh dan tempat dalam pertuduhan terhadap kedua-dua anak guamnya sebelum ini.

"Segala bantahan akan dikemukakan selepas kes ini dipindahkan ke Mahkamah Tinggi," katanya.

Pada 20 Mei lepas, Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan Yazid dan Muhammad Hilmi serta Halimah Hussein daripada pertuduhan terlibat dalam aktiviti menggalakkan keganasan di Syria.

Hakim Kamardin Hashim membuat keputusan itu selepas berpuas hati terdapat merit dalam hujahan peguam berhubung isu pertuduhan dan pemakaian Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) yang digubal mengikut Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan. - Bernama

Tekanan Amerika?

Sunday 26 May 2013

Misteri kehilangan terungkai

SHAH ALAM - Misteri kehilangan dua sahabat sejak sebulan lalu terungkai selepas penyebaran beberapa keping gambar di percayai mayat kedua-dua mangsa, di sebuah laman sosial Facebook didaftarkan atas nama Ridan Pendewa Titisannnya Sakera.



Susulan penyebaran gambar tersebut, dua individu ditahan dipercayai ada kaitan dengan kehilangan dua mangsa yang dikenali sebagai Dofi, 21, dan Saiful, 19, yang dilaporkan hilang selepas keluar membeli barang di pusat membeli belah di Seri Kembangan pada 1 Mei lalu.

Hasil soal siasat ke atas seorang daripada suspek kemudiannya membawa kepada penemuan dua rangka manusia dalam semak di tepi Sungai Klang, berhampiran kawasan perindustrian di Seksyen 26, di sini, petang semalam.

Sepupu Dofi, Hamsani, 46, yang ditemui di lokasi kejadian berkata, mangsa bersama rakan baiknya, Saiful, pergi ke pusat membeli belah tersebut dengan menaiki sebuah teksi.

"Kedua-dua mereka bagaimanapun gagal dihubungi setelah tempoh 24 jam, sebelum bapa Dofi, terima panggilan daripada seorang yang tidak dikenali meminta duit sebanyak RM5,000.

"Bapa Dofi hanya memasukkan duit berjumlah RM 2,500 melalui satu akaun bank yang diberi, sebelum dia dimaklumkan kedua-dua mangsa sudah dibebaskan dan dalam perjalanan pulang ke rumah dengan menaiki teksi," katanya.

Menurutnya, kedua-dua mangsa bagaimanapun tidak pulang ke rumah dan gagal dihubungi menyebabkan bapa Dofi membuat satu lagi laporan polis berhubung perkara itu.
Ketika ditanya bagaimana dia mengetahui berhubung Facebook terbabit, Hamsani berkata, dia mengetahui melalui bapa saudaranya.

"Setelah kami melihat gambar yang terdapat dalam Facebook itu, bapa Dofi mengecam pakaian, kasut dan tali pinggang yang dipakai oleh anaknya," katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Serdang, Deputi Superintendan Lam Chien Fei ketika dihubungi mengesahkan berhubung penemuan rangka manusia di kawasan terbabit, semalam.

Beliau berkata, penemuan rangka kedua-dua mangsa ditemui kira-kira jam 3.15 petang semalam, selepas suspek pertama ditahan ketika menunjukkan  lokasi kejadian kepada polis.

"Siasatan awal dapati kes pembunuhan ini ada kaitan dengan kes kehilangan di Kotaraya, Kuala Lumpur, awal bulan ini."

"Susulan penemuan rangka itu, kita tahan seorang lagi suspek di sekitar kawasan Serdang, hari ini (semalam), kesemua yang ditahan itu warga Indonesia. Difahamkan suspek merupakan ahli kumpulan 'Sakera'," katanya.

Menurutnya, kedua-dua rangka manusia itu dibawa ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat dan kes ini diklasifikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. - SH

Yazid ditahan semula, isteri tak tahu sebabnya

Yazid Sufaat sekali lagi ditahan polis, hanya tujuh hari selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan beliau mengetepikan tuduhan bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, isterinya Chomel Mohamad berkata dia tidak mengetahui mengapa Yazid ditahan.

"Polis datang ke rumah pada jam 8 pagi hari ini dan mengambilnya. Mereka kata mereka membawanya ke Bukit Aman. Saya tidak ada di rumah sewaktu tangkapan dibuat tapi empat anak saya menyaksikannya.

"Ini mengarut kerana dia baru sahaja dibebaskan... Saya letih (dengan perkara ini)," katanya yang mengusahakan satu kedai makan di kompleks mahkamah Kuala Lumpur. - mkini

Hebat sungguh risikan pihak keselamatan Malaysia. Sehingga menjangkau ke Syria. Pembunuhan saban hari dalam negeri yang perlu difokuskan.

Najib: Mana mat Bangla yang jadi pengundi?

BN tidak pernah mencuri kemenangan daripada pembangkang dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 baru-baru ini, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.


Perdana Menteri berkata Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berparlimen seperti termaktub dalam perlembagaan negara dan BN memenangi pilihan raya berdasarkan kelebihan jumlah kerusi untuk membentuk kerajaan dan bukan berdasarkan undi popular seperti sistem presiden yang diamalkan di Amerika Syarikat.

"Dakwaan kita mencuri kemenangan parti pembangkang adalah satu kepalsuan sebab kita tidak melakukan penipuan dalam PRU13.

"Tunjukkan kepada saya di mana mat Bangla yang menjadi pengundi? Mereka (pembangkang) mendakwa 40,000 mat Bangla turun lapangan terbang, tunjukkan lapangan terbang mana? Jangan heret orang kerana rupa gelap sikit itu mat Bangla," katanya pada majlis pelancaran Festival Belia 2013 di sini hari ini.

Hadir sama ialah bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin dan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Najib berkata keluhuran dan ketinggian perlembagaan adalah tiang seri negara namun begitu rakyat mempunyai ruang untuk menyuarakan pendapat masing-masing selaras dengan amalan demokrasi berparlimen.

"Apa sahaja yang kita nak suarakan mesti berpaksikan kepada perlembagaan dan tidak boleh pilih di tepi jalan dengan mendesak dan membuat huru-hara sehingga menimbulkan keadaan tidak tenteram yang tidak selaras dengan perlembagaan.

"Sebagai generasi muda, kita mesti faham tuntutan perubahan mesti berpandukan kepada perlembagaan dan Kedaulatan Undang-undang. Kalau tidak akan berlaku undang-undang rimba dalam negara kita," katanya.

Najib menyarankan generasi muda agar berfikiran waras dan rasional serta tidak termakan hasutan dan penipuan khususnya dalam ruang siber.

Beliau berkata keutamaan dalam membina sebuah negara dan masa depan mesti berdasarkan kepada akal fikiran, yakni memilih yang kebenaran atas kepalsuan serta memilih hak daripada batil.

"Kalau ini dapat disemai, kalau ini dapat dipupuk di kalangan belia, Insya-Allah masa depan kita, masa depan belia dan negara yang tercinta akan terus bersinar dengan harapan untuk masa depan kita," katanya.

Najib juga memberi jaminan kerajaan mampu melakukan segala perubahan bukan sahaja untuk golongan belia bahkan masa depan negara.

"Percayalah kalau nakkan perubahan kepada negara kita tidak semestinya terlibat dalam himpunan jalanan atau pun meruntuhkan apa yang ada hari ini.

"Yang penting kita mesti faham apa kehendak belia dan suara belia itu dan kita menyediakan kaedah pentadbiran negara yang sesuai kepada golongan belia," katanya.

Pada majlis itu, Najib turut menyampaikan tiga kategori Anugerah Perdana Belia Negara 2013, yang diperkenalkan pada 1988, bagi mengiktiraf belia dan pertubuhan belia yang banyak menyumbang kepada pembangunan belia negara.

Kategori Pertubuhan Belia dimenangi Kelab Belia Malaysia (MAYC) Simpang Bekoh, Melaka yang menerima wang tunai RM50,000, piala iringan dan sijil penghargaan.

Selain itu kategori Lelaki dimenangi Naib Presiden Majlis Belia Malaysia, Manndzri Nasib manakala kategori Wanita diraih Halimah Abd Rahman daripada Persatuan Puteri Islam Malaysia, Sabah dengan masing-masing membawa pulang wang tunai RM20,000, piala iringan dan sijil penghargaan - Bernama

Najib sudah kata tiada pengundi mat Bangla. Ada hakim berani kata ada...

Lelaki Ditemui Mati Dalam Tahanan Polis

GEORGE TOWN: Seorang lelaki dalam tahanan polis ditemui mati dalam lokap Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang, di sini Ahad.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, ACP Nasir Mohd Salleh berkata, R. Jamesh Ramesh, 40, ditemui mati oleh anggota polis pada sebelah pagi.

"Pada pukul 10.30 pagi tadi anggota polis memanggil suspek untuk dibawa ke mahkamah bagi tujuan reman. Pada masa itu didapati mangsa sudah tidak sedarkan diri.

"Polis memanggil pihak ambulans Hospital Pulau Pinang dan pegawai perubatan telah mengesahkan kematian suspek," katanya pada sidang akhbar di sini.

Beliau berkata, suspek yang dipercayai penagih dadah tegar itu ditahan polis dari cawangan narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut pada Sabtu di hadapan Balai Raya, Jalan Patani di sini selepas ujian air kencing mendapatinya positif dadah jenis morfin.


Nasir berkata, lelaki penganggur itu pernah ditahan atas kesalahan dadah dan mempunyai beberapa rekod jenayah lampau melibatkan kesalahan samun.

Kes itu diklasifikasi sebagai kematian mengejut dan mayat lelaki terbabit dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat, katanya. - BERNAMA

UAI selamat nikah kali ketiga

SHAH ALAM -  Pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus atau lebih dikenali sebagai UAI hari ini selamat melangsungkan perkahwinannya buat kali ketiga.

Menurut sumber yang enggan dikenali berkata, mengakui bahawa penyebaran mengenai berita perkahwinan UIA seperti di laman-laman sosial Facebook (FB) dan blog itu adalah benar.

“Ikut apa yang tersebar itu memang benarlah..,” jawabnya ringkas ketika dihubungi Sinar Harian Online, sebentar tadi.

Ustaz Idrus, dilahirkan di Ladang, Kuala Terengganu, pada 1964, popular dalam kalangan semua peringkat usia. Belia juga digelar 'Ustaz Youtube' kerana banyak program ceramah dan soal jawab dengan beliau dimuat naik ke laman tersebut.

Beliau bukan sahaja berjaya menarik generasi muda, malah turut menarik orang ramai untuk datang mendengar ceramah yang sering beliau adakan di seluruh negara.


Sementara itu, penyanyi nasyid, Hafiz Hamidun memberitahu Sinar Harian Online majlis tersebut telah berlangsung hari ini.

“Ya... Betul. Maaf saya sedang dalam majlis, tidak boleh bercakap.

“Isteri beliau berasal dari Pagoh dan kini menetap di Keramat,” jawabnya melalui pesanan khidmat ringkas (SMS), sebentar tadi. - SH

Beza kahwin lebih kerana tanggungjawab dan kahwin lebih kerana nafsu semata-mata.

Saturday 25 May 2013

SPR Janji Ketelusan Penuh Kaji Persempadanan Semula Kawasan Pilihan Raya

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan memulakan kajian semula persempadanan pilihan raya di negara ini menjelang akhir tahun ini dan memberi jaminan kepada orang ramai akan ia akan dijalankan dengan penuh telus.

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata pihaknya akan memaparkan draf persempadanan semula kepada orang ramai untuk pengundi berdaftar, kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan untuk mengemukakan pandangan dan bantahan mereka sebelum menyerahkan laporan akhir kepada Dewan Rakyat untuk kelulusan.

"Perkara ini akan dijalankan dengan penuh ketelusan sebelum dibawa ke Parlimen untuk dibahaskan, jadi tidak ada persoalan pihak kita cuba untuk menyembunyikan apa-apa daripada orang ramai," kata Wan Ahmad ketika dihubungi.


Beliau berkata mana-mana cadangan persempadanan semula sempadan kawasan pilihan raya memerlukan kelulusan majoriti mudah di 222 kerusi Dewan Rakyat.
Pembentukan mana-mana kawasan pilihan raya baru memerlukan sokongan dua pertiga.

Ditanya sama ada kawasan pilihan raya baru akan diwujudkan, beliau berkata: "Secara logiknya, perlu ada lebih banyak kerusi kerana terdapat begitu ramai pengundi baru sejak pilihan raya umum ke-12."
Menurut Perlembagaan Persekutuan Perkara 113 (2)(ii) persempadanan semula kawasan pilihan raya boleh dibuat dalam tempoh tidak kurang daripada lapan tahun dan tidak lebih daripada 10 tahun daripada siapnya kajian sebelumnya.

Wan Ahmad berkata Perlembagaan Persekutuan memberi maksimum dua tahun bagi suruhanjaya itu untuk melengkapkan kajian.
Persempadanan semula terakhir dilakukan adalah pada 2003 dan persempadanan semula sepatutnya dibuat pada 2011 tetapi SPR telah menangguhkannya sehingga pilihan raya umum ke-13 selesai.

Menjawab dakwaan bahawa SPR akan cuba menggerimander kawasan pilihan raya agar ia memihak kepada Barisan Nasional, Wan Ahmad berkata: "Ramai orang yang tidak tahu bagaimana kajian dijalankan dan hanya percaya dengan beberapa parti politik yang menuduh kami tidak menjalankan tugas mengikut undang-undang."

Mengenai kenapa kawasan bandar kecil mempunyai lebih ramai pengundi daripada kerusi luar bandar yang besar, Wan Ahmad berkata ia adalah untuk memastikan bahawa semua pengundi di kawasan separa bandar dan luar bandar bandar mempunyai akses yang munasabah terhadap perkhidmatan oleh wakil-wakil rakyat mereka dan majlis-majlis tempatan.

Sebagai contoh, Wan Ahmad berkata kawasan Parlimen Puchong mempunyai 107,010 pengundi tetapi penduduk dapat menikmati akses yang baik kepada perkhidmatan dan wakil rakyat boleh bergerak di seluruh kawasan pilihan raya dalam tempoh beberapa jam dengan kenderaan.

Kawasan pilihan raya di Parlimen Silam di Sabah, dari sisi lain pula hanya mempunyai 51,662 pengundi tetapi kawasannya adalah jauh dan besar seperti Negeri Sembilan dan Melaka yang digabungkan, katanya.
"Bagi memastikan kewajaran pengundi yang sama, kita perlu untuk memperluaskan sempadan Silam lebih jauh dan ini tidak adil kepada pengundi kerana ia akan membuatkan lebih sukar bagi mereka untuk mendapatkan perkhidmatan daripada wakil-wakil rakyat dan majlis tempatan," kata Wan Ahmad.

Mengenai kenapa Putrajaya hanya mempunyai 15,791 pengundi dan dianggap sebagai kawasan Parlimen tunggal manakala kawasan sekitarnya mempunyai lebih pengundi, Wan Ahmad berkata: "Ini adalah kerana kawasan Putrajaya telah ditubuhkan bukan oleh perangkaan sempadan semula tetapi oleh Akta Parlimen berikutan penubuhan pusat pentadbiran.

"Oleh itu, adalah tidak mungkin untuk menggabungkan Putrajaya dengan mana-mana kawasan Parlimen jiran."
Sementara itu, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ahli Parlimen Pakatan Rakyat tidak akan menyokong perangkaan semula sempadan pilihan raya walaupun majoriti dua pertiga tidak diperlukan untuk menjalankannya (melainkan jika ia melibatkan penciptaan kawasan baru).

Beliau mendakwa SPR telah hilang kredibiliti dan bersubahat dalam penipuan pilihan raya, dan oleh itu, Pakatan Rakyat tidak mengiktiraf legitimasinya. - Mstar

Rakyat desak media yang adil.

Bakal pengantin maut kemalangan

SUNGAI PETANI - Hasrat seorang jurulatih silat yang ingin melangsungkan perkahwinan pada 6 Jun depan, tidak kesampaian apabila maut dalam kemalangan di simpang tiga berdekatan Masjid Sultan Abdul Halim, Taman Ria Jaya, di sini, kira-kira jam 11.40 malam kelmarin.

Mangsa, Nurul Aini Norman, 27, yang bekerja di sebuah kedai bunga dan cenderahati dalam perjalanan pulang ke rumahnya di taman itu selepas selesai mengajar silat.

Jurucakap polis berkata, ketika kejadian, mangsa yang datang dari Flat Paya Nahu ingin membelok ke kanan apabila sampai di simpang berkenaan, bagaimanapun motosikal mangsa bertembung dengan sebuah kereta yang datang dari arah depan.


“Akibatnya, mangsa yang cedera parah di kepala meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani untuk dibedah siasat.

Ibunya, Sariah Sakat, berkata, segala persiapan perkahwinan termasuk hantaran hampir siap disediakan Nurul Aini sendiri.

“Dia buat sikit-sikit setiap hari selepas pulang dari kerja dan ada juga tempahan daripada kawan-kawan yang minta dia siapkan barang hantaran mereka tetapi tak sangka berlaku kejadian yang menimpa dirinya” katanya.

Menurutnya, Nurul Aini adalah anak sulung dari lima beradik dan dia merupakan anak tunggal perempuan.

Katanya, anaknya sangat aktif dalam pertubuhan silat dan kerap keluar untuk melatih ahli kerana minat dalam aktiviti itu.

Arwah tidak pernah bawa motosikal laju-laju dan cukup berhemah ketika di jalan raya,” katanya.

Sementara itu, adik mangsa, Mohd Syafiq, 25, berkata, sebaik sahaja dimaklumkan, dia terus ke lokasi kejadian tetapi pasukan perubatan sahkan kakaknya sudah pun meninggal dunia.

Selain aktif mengajar silat, mangsa juga pernah melatih kanak-kanak mengaji al-Quran dan persembahan kompang terutama untuk menyambut pengantin.

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Petani di Amanjaya. - SH

..............................................................................................................................................................

Penunggang motosikal maut terhumban 20 meter

KUALA LUMPUR 26 Mei - Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditungganginya dilanggar oleh sebuah kereta sebelum dia terhumban dari jejambat setinggi kira-kira 20 meter di Kilometer 8.4 Lebuh Raya Pantai Baharu (NPE) di sini pagi ini.

Menurut jurucakap polis, dalam kejadian pukul 7.40 pagi itu, mangsa, Hassan Mohd. Jani, 66, yang menunggang motosikal menuju ke arah Sunway tiba-tiba dirempuh oleh sebuah kereta Nissan Sentra dari arah sama.

"Mangsa yang berasal dari Kampung Medan, Petaling Jaya dekat sini mati ditempat kejadian setelah dia terhumban ke Jalan Klang Lama yang terletak di bawah jejambat itu," katanya di sini.
Jurucakap itu berkata, mayat mangsa dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk bedah siasat. - UTUSAN


Tinggikan kuasa beli rakyat supaya mampu membeli kenderaan beroda empat. Itu pun jika kasih kepada rakyat.

'Lampu padam bukan lakonan'

Noor Hanim (kanan) menunjukkan logo SPR pada 
kotak kiraan undi dalam gambar yang tersebar di internet.
PUCHONG – Adun Seri Serdang, Noor Hanim Ismail menyangkal kenyataan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mendakwa kejadian lampu padam di pusat pengiraan undi sebagaimana disebarkan menerusi internet adalah fitnah dan lakonan.

Noor Hanim berkata, gambar itu sebaliknya dirakam seorang petugasnya di bilik pengiraan undi Saluran 3  Sekolah Kebangsaan Serdang pada jam 7.32 malam 5 Mei lalu.

Beliau menafikan ia dirakam sebelum PRU13 seperti didakwa Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

Menurutnya, hasil siasatan, pihaknya mendapati pengurusan SPR dilihat sekadar ingin menutup kelemahan sistem pilihan raya sedia ada.

Noor Hanim berkata, beliau hairan bagaimana Wan Ahmad sendiri seolah-olah tidak tahu pakaian rasmi petugas SPR yang memakai baju T kelabu pada hari berkenaan.





Beliau turut menafikan terdapat wartawan di lokasi kejadian kerana yang ada di lokasi hanya Ketua Tempat Mengundi (KTM), petugas SPR, wakil calon dan anggota polis bertugas.

“Saya minta SPR terutama Wan Ahmad memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana melakukan kesilapan dalam mengeluarkan kenyataan tanpa membuat kajian mendalam dan mengambil ringan isu dibangkitkan rakyat,” katanya.

Noor Hanim berkata gambar ini dirakam seorang petugasnya di bilik pengiraan undi Saluran 3 Sekolah Kebangsaan Serdang pada jam 7.32 malam pada 5 Mei lalu. - Gambar screenshot dari Facebook
Sinar Harian difahamkan, sekolah itu mempunyai empat saluran mengundi, namun saluran satu, dua dan empat, kiraan undi tamat lebih awal dan tiada gambar di ketiga-tiga saluran itu dirakamkan.

Hanya gambar di saluran tiga sempat dirakam kerana kiraan undi lewat tamat dan hanya siap jam 8 malam.

Sementara itu, Yang Dipertua Pas Puchong, Mohd Soffiean Ismail meminta SPR lebih teliti dalam membuat siasatan dan mahu tuduhan dibuat diperbetulkan.

Beliau berkata, pihaknya akan pertimbang untuk buat laporan polis selepas mendapat nasihat guaman.

Semalam, akhbar melaporkan, SPR mendakwa insiden lampu padam semasa pengiraan undi PRU13,  5 Mei lalu adalah fitnah dan lakonan itu dirakamkan sebelum PRU13 lagi.

Wan Ahmad dalam kenyataannya berkata, kesimpulan itu dibuat hasil penelitian beliau bersama pegawai-pegawainya.

Menurutnya, ketika kejadian, wakilnya berusaha membekalkan lampu suluh ke bilik pengiraan undi terbabit bagi memastikan proses kiraan berjalan lancar. - SH

PR perlu seret SPR ke mahkamah.

Suspek didakwa hina Sultan T'ganu di facebook ditahan

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah berjaya mengesan suspek yang didakwa menghina Sultan Terengganu di laman Facebook.

Dengan kerjasama Polis, suspek berkenaan telah ditahan untuk disoalsiasat.

Jika didapati bersalah, dia boleh didenda tidak lebih RM50,000 atau satu tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

"SKMM memandang serius terhadap penyalahgunaan media sosial untuk memuatnaik kandungan yang berunsur menghina terutamanya institusi Diraja Malaysia.

"Undang-undang negara berkuatkuasa tidak kira di mana-mana, baik di luar mahupun di dalam talian. Jenayah tetap jenayah, walaupun di dalam media sosial," kata Pengerusi SKMM, Datuk Mohamed Sharil Tarmizi dalam satu kenyataan.

"Pengguna media sosial perlu sedar bahawa mereka tidak sekebal seperti yang disangkakan. Oleh itu, kami menyeru kepada orang ramai supaya berhati-hati dan bersikap lebih bertanggungjawab semasa berkomunikasi di alam maya.
"Sesiapa yang melanggar lunas undang-undang akan dibawa ke muka pengadilan," tambah Mohamed Sharil.

- Bernama
 

Saiful, Nik Suryani sah suami isteri

KUALA TERENGGANU - Inilah jodoh saya, demikian ungkapan bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd Saiful Bukhari Azlan kepada media sebaik selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, personaliti TV3, Nik Suryani Megat Deraman.

Mohd Saiful, 28, sah menjadi suami kepada Nik Suryani dengan sekali lafaz di Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam (TTI) di sini, tepat jam 3.30 petang tadi dan dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan, Megat Deraman Megat Stan.

Pihak perempuan menerima sembilan dulang hantaran berbalas 11 daripada pihak lelaki dan mas kahwin bernilai RM41,101.

Majlis pernikahan itu disaksikan kira-kira 100 orang terdiri dari ahli keluarga terdekat dan rakan mempelai.


Pengantin perempuan turut menerima sembilan dulang hantaran berbalas sebelas.

Mohd Saiful dan Nik Suryani yang memakai persalinan berwarna putih sedondon dinikahkan di hadapan keluarga kedua-dua belah pihak selepas mengikat tali pertunangan pada 20 Oktober tahun lalu.

Majlis resepsi pula dijadual berlangsung di Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man di sini, bermula pukul 8 malam ini.

Mohd Saiful Bukhari sebelum ini mencetuskan kontroversi apabila mendakwa pernah diliwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara pada 2008.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagaimanapun membebas dan melepaskan Anwar daripada tuduhan itu. - SH

BN sebagai parti tunggal, Umno sudah sampai di jalan mati, kata Nik Aziz

SHAH ALAM, 25 Mei — Tindakan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin menyambut baik cadangan untuk menjadikan Barisan Nasional (BN) sebagai parti tunggal menunjukkan Umno sudah sampai di jalan mati, kata Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. 

Menurut Mursyidul Am PAS itu lagi, keputusan Pilihan Raya 2013 menunjukkan walaupun Umno menang besar, parti itu hanya disokong oleh orang-orang Melayu di luar bandar.

“Ini menandakan bahawa Umno sendiri mula sedar perjuangan berasaskan bangsa sudah tidak relevan lagi di Malaysia,” kata Nik Aziz dalam satu kenyataan hari ini.
“Sekalipun Umno menang di kebanyakan kerusi yang ditandingi, tetapi kemerosotan BN di Parlimen membuktikan bahawa Umno hanya disokong oleh orang-orang Melayu yang berada di luar bandar.


Golongan inilah yang masih termakan umpan Umno sehingga tertelan dengan mata kail,” tambah beliau lagi.
Semalam agensi berita nasional Bernama melaporkan Muhyiddin sebagai berkata cadangan untuk menjadikan BN sebagai parti tunggal adalah rasional dan perlu dikaji secara mendalam untuk kesinambungan sokongan rakyat pada masa depan.

Menurut timbalan perdana menteri itu cadangan besar dan penting bagi memastikan BN kekal relevan itu perlu difikirkan segera oleh setiap parti komponen dan dijawab dalam tempoh terdekat jika mengambil kira keputusan pada Pilihan Raya Umum (PRU) yang lepas.
Nik Aziz (gambar) turut menyelar Umno yang dikatakan gagal mewujudkan demokrasi sebenar di Malaysia.
“Begitu juga dengan demokrasi, pun dinafikan oleh Umno.

“Ketelusan di dalam pilihan raya, kebebasan bersuara dan akses kepada media yang sepatutnya menjadi inti utama kepada demokrasi pun tidak wujud di Malaysia,” katanya.
Dua hari lalu, ahli Parlimen Batu PKR Chua Tian Chang, ahli PAS Tamrin Ghafar dan aktivis Haris Ibrahim ditahan kerana menghasut dan di bawa ke balai polis Jinjang untuk disoal siasat dan penahanan, difahamkan penahanan tersebut dilakukan dibawah seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan dan seksyen 124 Kanun Keseksaan.

Ketiga-tiga dibebaskan semalam oleh kerana Majistret tidak membenarkan polis mendapatkan perintah reman.
Ketiga-tiga dipercayai ditahan kerana pengelibatan dalam sebuah forum pada 13 Mei terhadap keputusan pilihan raya umum lalu.
Individu pertama yang ditahan akibat forum itu dan didakwa kerana menghasut adalah aktivis mahasiswa, Adam Adli Abdul Halim di kompleks mahkamah Jalan Duta pagi Khamis.

Lelaki berumur 24 tahun itu mengaku tidak bersalah dan dibebaskan dengan ikat jamin RM5,000 dan perbicaraannya ditetapkan bermula pada 2 Julai.
Menurut Nik Aziz lagi, beliau bukanlah bersikap anti Melayu akan tetapi anti kepada tindakan hipokrit Umno melakukan penindasan kepada Melayu Kelantan selama berdekad-dekas semenjak negeri itu mula diperintah oleh PAS pada tahun 1990.

“Dalam nampak bersungguh membela Melayu, Melayu Kelantan ditindas lebih dua dekad hanya kerana memilih PAS di dalam pilihanraya.
“Royalti dinafikan, projek lebuhraya dicabut, peruntukan perumahan entah kemana dan banyak lagi senarai kezaliman Umno kepada Melayu Kelantan,” kata bekas menteri besar Kelantan itu.

Dalam satu sidang media awal minggu ini, pemangku Presiden Gerakan Datuk Chang Ko Youn mengatakan BN perlu mempertimbangkan untuk menggugurkan syarat kaum untuk menyertai gabungan berkenaan, sebaliknya menerima keahlian terus tanpa berdasarkan warna kulit.
Cadangan dari parti komponen BN itu dilihat sebagai langkah radikal selepas kalah teruk dalam Pilihan Raya 2013.

“Saya merayu kepada semua parti komponen seperti Umno, MCA, dan MIC untuk gugurkan keahlian berdasarkan kaum,” kata Chang. - TMI

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Free Web Hosting