Tuesday 9 April 2013

Pakatan cedok manifesto BN, kata Muhyiddin

Pakatan sebenarnya menyalin idea BN ketika merangkan manifesto mereka, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin mengulas persamaan antara kedua-dua dokumen itu.

Menolak dakwaan ciplak yang dibuat Pakatan, timbalan pengerusi BN itu menunjukkan beberapa unsur yang didakwa disalin daripada idea dan dasar BN, seperti ikrar untuk mengurangkan harga tol dan harga kereta.

Muhyiddin berkata, pengurangan harga kereta akan dilaksanakan sepenuhnya bawah Perjanjian Perdagangan Bebas Asean dan akan dicapai "walaupun tanpa cadangan daripada sesiapa" selepas cukai import dimansuhkan.

Bercakap dalam sidang media di Gombak hari ini, Muhyiddin berkata, sebahagian besar daripada manifesto Pakatan sudah dilaksanakan oleh BN.

Walaupun BN dikritik sebagai "populis"kerana mengedarkan 'gula-gula' menjelang pilihan raya, Munyiddin mempertahankan perkara itu dengan berkata aspek kewangan dipertimbangkan secara sepatutnya. - Malaysiakini

Ingat Umno-BN berjaya memperbodohkan penyokong dia. Rupanya pemimpin dia sekali. Video menunjukkan seorang penceramah Umno-BN yang disyaki sedang dalam keadaan 'mabuk' berceramah di Melaka.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Free Web Hosting