Tuesday 30 July 2013

Suspek tembak disyaki kenalan Pengerusi MyWatch, kata KPN

Suspek yang disyaki terbabit dalam kes cubaan membunuh Pengerusi MyWatch, R Sri Sanjeevan dipercayai kenalannya sendiri.


Mengikut laporan Free Malaysia Today (FMT), Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata siasatan awal membawa kepada petunjuk yang mengejutkan.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut berikutan siasatan sedang dijalankan dengan diketuai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Hadi Ho Abdullah.

Mangsa sedang memandu kereta BMW kelabu di satu persimpangan di Bahau, Jempol sebelum dihampiri dua lelaki bermotosikal yang kemudian melepaskan tembakan.

Sebelum kejadian itu, Sanjeevan ada membuat laporan polis mengenai ancaman nyawa terhadapnya.
Mangsa dikatakan merancang membuat pendedahan berkaitan dakwaannya mengenai sebahagian pegawai polis terbabit dalam sindiket jenayah berat.

Pada masa ini, Sanjeevan masih dirawat di hospital dan keadaannya dilapor stabil. - 30 Julai, 2013.

Monday 29 July 2013

Individu Industri Perbankan Rasa Terkejut, Sedih Atas Kematian Najadi

PETALING JAYA: Beberapa individu dalam industri perbankan Malaysia menyatakan kejutan dan kesedihan mereka atas kematian bekas Pengarah Urusan Kumpulan Perbankan Arab-Malaysian (kini Kumpulan AmBank), Hussain Ahmad Najadi.


Pengerusi AmBank Group, Tan Sri Azman Hashim berkata, beliau amat sedih dengan kejadian malang itu dan menyatakan ucapan takziah kepada keluarga Najadi.

Seorang veteran dalam industri perbankan yang enggan dikenali berkata, beliau mengenali Najadi sebagai seorang ahli perniagaan yang agresif dan bercita-cita tinggi.

Seorang lagi pemerhati industri berkata, Najadi dikenali di kalangan kenalan dalam industri kewangan sebagai seseorang yang "bertenaga" kerana masih terlibat secara aktif dalam perniagaan walaupun dalam sudah berusia.

Profesor Universiti Malaya dan bekas pengurus bank, Datuk Dr R. Thillainathan berkata, kali terakhir beliau bercakap dengan Najadi adalah pada pukul 11 pagi Isnin.

"Kami bercakap tentang buku yang mahu ditulis oleh Najadi. Ia adalah mengenai kemerosotan Barat," katanya kepada The Star pada Isnin.
Beliau juga berkata, Najadi merupakan seorang tokoh yang dihormati dalam industri perbankan, khususnya dalam perbankan pelaburan, katanya.

Dr Thillainathan juga memetik dalam artikel oleh StarBizWeek pada 8 Oktober 2003, sebagai berkata bahawa Najadi merupakan seorang pengurus bank pelaburan yang baik, seorang perintis dan seorang yang membawa pembaharuan.

Merupakan anak kelahiran Bahrain, Najadi yang berusia 75 tahun pernah memegang jawatan pengerusi dan ketua pegawai eksekutif Arab Investments for Asia Kuwait Ltd (AIAK), which yang diasaskan oleh AMBG pada 1975.

Najadi keluar daripada senario perbankan tempatan pada tahun 1982 selepas menjual kepentingannya dalam AMBG kepada Azman, yang kemudiannya menerajui kumpulan dan dinamakan semula sebagai AmBank.

Najadi yang begitu pakar dalam kewangan kembali ke Malaysia kira-kira 10 tahun lalu lalu selepas berada di luar negara selama 20 tahun.

Beliau kekal sebagai tokoh yang terkenal dalam industri kewangan sebagai ketua AIAK, yang dikatakan menjadi penghubung kewangan antara negara-negara pengeluar minyak di Timur Tengah, Malaysia dan rantau Asean. - Mstar

Bagaimana ekonomi negara dapat berkembang jika ramai pembunuh bersenjata api di Malaysia?

Anak terkejut pengasas bank dibunuh

KUALA LUMPUR - Anak lelaki pengasas Kumpulan Perbankan Arab Malaysian Hussain Ahmad Najadi terkejut dengan pembunuhan bapanya di sini hari ini.
  

"Saya terkejut apabila mendengar tentang kejadian bunuh itu, lebih-lebih lagi apabila ia dilakukan pada waktu siang di Kuala Lumpur," Pascal Najadi kepada Bernama dalam satu temu bual menerusi telefon dari Eropah.
  
Sehubungan itu, Pascal, 45, pemegang kerakyatan dua negara iaitu Switzerland dan British, menggesa pihak berkuasa Malaysia mengambil tindakan sewajarnya bagi menahan individu yang terlibat dalam pembunuhan bapanya serta mengheret mereka ke muka pengadilan.
  
Pascal, yang turut menceburi bidang perbankan, berkata ironinya adalah Hussain Ahmad dibunuh di Malaysia, negara yang amat disayanginya dan dianggap sebagai tanah tumpah darah beliau selama lebih empat dekad.
  
Hussain Ahmad, 75, maut manakala isterinya yang berusia 49 tahun cedera parah ditembak dari jarak dekat di parkir kereta selepas keluar dari Tokong Kuan Yin di Lorong Ceylon pada 2 petang.

Mangsa terkena dua das tembakan di bahagian dada dan meninggal dunia di tempat kejadian manakala isterinya cedera di pergelangan tangan kiri serta peha kanan.
  
Siasatan awal polis mendapati seorang lelaki bersenjata merupakan antara tiga individu yang menunggu Hussain Ahmad di luar tokong berkenaan, yang dikatakan ke situ untuk bertemu rakannya bagi membincangkan urusan jual beli saham.
  
Pascal berkata beliau mengetahui tragedi yang menimpa bapanya beberapa jam selepas kejadian selain menerima panggilan daripada polis Malaysia berhubung pembunuhan itu.
  
Hussain Ahmad mengasaskan Kumpulan Perbankan Arab Malaysian pada 1975 sebelum ia bertukar tangan pada 1982 dan dikenali sebagai Arab Malaysian Bank atau Ambank. - Bernama

Kerajaan wajar pertimbangkan darurat. Rakyat Malaysia ramai sudah mati ditembak.

Pengasas Arab Malaysian Bank maut, isteri cedera parah ditembak

Pengasas Arab Malaysian Bank Hussain Ahmad Najadi maut manakala isterinya cedera parah ditembak dari jarak dekat di parkir kereta selepas keluar dari sebuah tokong Cina, Kuan Yin Temple, di Lorong Ceylon, di ibu negara hari ini.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur ACP Khairi Ahrasa berkata kejadian berlaku pada 2 petang ketika mangsa datang ke tokong itu berjumpa dengan seorang rakannya untuk berbincang mengenai urusan jual beli saham.

"Selang beberapa minit kemudian, mangsa didatangi seorang suspek lelaki dari arah belakang melepaskan tembakan rambang kepada kedua-dua mangsa yang ketika itu menuju ke parkir kereta.

"Hussain,75, terkena dua das tembakan di bahagian dada dan di sebelah rusuk kiri manakala isterinya, 49, terkena dua das tembakan di pergelangan tangan kiri serta di paha kanan," katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata mangsa disahkan mati di tempat kejadian dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat manakala isterinya dihantar ke Hospital Tung Shin di ibu negara untuk rawatan.

Khairi berkata siasatan awal mendapati tiga suspek lelaki berumur lingkungan 35 hingga 40 tahun telah menunggu mangsa di luar tokong semasa mangsa sedang berbincang.

"Suspek meloloskan diri menggunakan teksi. Punca sebenar belum diketahui tetapi dipercayai mempunyai kaitan dengan perniagaan," katanya.

Sementara itu, seorang saksi yang mahu dikenali sebagai Lim, 50, berkata suspek didatangi seorang lelaki dari arah belakang sebaik keluar dari tokong itu.

"Tiba-tiba saya terdengar bunyi tembakan lebih dari lima das dilepaskan. Suspek kemudian melarikan diri ke bahagian tepi tokong dengan sebuah teksi," katanya ketika ditemui pemberita di tempat kejadian.

Lee mendakwa suspek dilihat memakai pakaian sukan, bercermin mata serta bertopi. - Bernama

Apa sudah jadi dengan Malaysia di bawah kepimpinan Najib?

Sunday 28 July 2013

Pasukan Khas Diketuai Pengarah JSJ Kendali Kes Cubaan Bunuh Sanjeevan

Sanjeevan dibawa menaiki ambulans ke Hospital Tuanku Jaa'far.
PETALING JAYA: Satu pasukan khas diketuai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Hadi Ho Abdullah yang melibatkan beberapa pegawai dari Bukit Aman dan Negeri Sembilan telah memulakan siasatan dalam satu cubaan membunuh Pengerusi MyWatch R Sri Sanjeevan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi jaminan bahawa pasukan tersebut akan menyiasat kes berkenaan dengan teliti.

"Kementerian memandang serius kes tersebut kerana Sanjeevan terlibat secara aktif dalam membangkitkan isu-isu berkaitan jenayah pada masa lalu.
"Keutamaan polis adalah untuk mencari dalang di sebalik cubaan membunuh itu dan menyiasat motif kejadian," katanya pada Ahad.


Mengulas mengenai dakwaan anggota polis mungkin antara individu yang terlibat dalam insiden tembakan itu, Ahmad Zahid berkata tindakan akan diambil terhadap mana-mana anggota polis sekiranya terdapat bukti.
"Jika dakwaan itu benar, sesiapa yang didapati bersalah akan ditahan dan didakwa tanpa rasa takut atau pilih kasih.

"Buat masa ini, polis harus dibenarkan untuk menjalankan siasatan dengan terperinci," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, siasatan awal sudah dijalankan dan akan diteruskan sehingga ke akar umbi.

Sanjeevan, 29, yang memandu kereta jenis BMW berwarna kelabu bersama seorang rakannya berhenti di lampu isyarat Taman Awana Indah di Bahau kira-kira pukul 4.30 petang Sabtu.
Mereka dalam perjalanan untuk minum bersama sebelum dua lelaki bermotosikal muncul dan melepaskan tembakan menggunakan pistol menembusi tangan sehingga perutnya.

Dua lelaki tersebut berjaya melarikan ke arah Rompin.
Selepas memandu kira-kira 300m, rakan Sanjeevan berjaya menghentikan kereta tersebut dan memindahkannya ke tempat duduk belakang sebelum membawanya ke Hospital Jempol.

Sanjeevan dipindahkan ke Hospital Tunku Ja'afar kira-kira pukul 1.30 pagi di mana beliau kini berada dalam kawalan ketat polis.
Secara kebetulan, rakannya itu kemudiannya ditahan kerana kes berkaitan dadah selepas kenyataannya direkodkan di balai polis Bahau. - Mstar




Cif Inspektor dipenjara 14 tahun lakukan seks luar tabie

KOTA BHARU 28 Julai - Seorang pegawai polis berpangkat Cif Inspektor dijatuhi hukuman penjara 14 tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua tuduhan iaitu melakukan seks luar tabii ke atas seorang remaja perempuan berusia 15 tahun dengan menyuruh mangsa melakukan oral seks dan mencabul kehormatan mangsa di dalam kereta peronda polis, empat tahun lalu.


Hakim Azman Mustapha menjatuhkan hukuman tersebut setelah tertuduh, Ishak Mahmud, 49, didapati bersalah atas kedua-dua pertuduhan.
“Saya mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan, dengan itu, tertuduh didapati bersalah untuk kedua-dua pertuduhan," kata Azman.

Bagi pertuduhan pertama, Ishak didakwa melakukan seks luar tabii dengan menyuruh remaja perempuan berusia 15 tahun 4 bulan itu melakukan seks oral tanpa kerelaannya di dalam kereta peronda polis jenis Proton Perdana di kawasan Kampung Air Terjun Bentagor, Pasir Puteh pada pukul 2 pagi, 2 Oktober 2009.

Bapa empat orang anak itu didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara antara lima tahun hingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebat jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa melakukan kekerasan jenayah untuk mencabul mangsa pada waktu dan tempat yang sama.

Dakwaan dibuat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun atau dengan denda atau dengan sebat atau mana-mana dua seksaan itu jika disabitkan.
Azman mengarahkan tertuduh dihukum penjara 14 tahun dan lima sebatan bagi pertuduhan pertama serta enam tahun penjara dan lima sebatan bagi pertuduhan kedua manakala hukuman pemenjaraan diarahkan berjalan serentak menjadikan tertuduh hanya perlu menjalani hukuman penjara selama 14 tahun.

Pendakwaan semalam dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Intan Nor Hilwani Mat Rifin manakala tertuduh diwakili peguam, Datuk Sukri Mohamed.
Sukri sebelum hukuman dijatuhkan memberitahu mahkamah bahawa tertuduh sudah berkahwin dan mempunyai anak antara umur lapan tahun hingga 23 tahun yang mana kesemuanya masih belajar manakala isterinya seorang suri rumah.

“Akibat sabitan ini tertuduh akan kehilangan pekerjaan dan tentunya hukuman ini satu yang perit bagi tertuduh dan masa depan dia serta keluarga," katanya.
Intan Nor Hilwani meminta supaya hukuman berat dikenakan kepada tertuduh kerana kedua-dua kesalahan itu adalah serius.

“Tertuduh juga merupakan seorang polis yang mana sepatutnya menjadi pelindung masyarakat tapi dia sebaliknya dalam kes ini," katanya.
Azman bagaimanapun membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman setelah pihak pembelaan memohon sedemikian untuk membuat rayuan di Mahkamah Tinggi. - Utusan

Batu marmar ditukar untuk keselesaan jemaah

Sebahagian pekerja giat menjalankan kerja-kerja menukar batu marmar yang tidak menyerap haba di kawasan masjid Masjidilharam, Mekah. - Agensi
MEKAH 28 Julai - Pihak pentadbiran Masjidilharam di sini sedang giat memasang batu marmar tahan panas di kawasan halaman masjid tersebut bagi memberi keselesaan kepada jemaah untuk mengerjakan haji dan umrah.


Akhbar Saudi Gazette melaporkan, pihak berkuasa memilih batu marmar dari Kepulauan Thassos, Greece yang tidak menyerap haba dan mengekalkan suhu sama pada waktu siang dan malam.
Kerja-kerja pemasangan batu marmar putih tersebut sedang dilakukan oleh pekerja-pekerja.

"Pemasangan batu marmar ini akan membolehkan jemaah berjalan tanpa memakai kasut di kawasan masjid walaupun cuaca panas atau sejuk melampau,'' kata pihak berkuasa tersebut.
Terdahulu, pihak berkuasa Arab Saudi meningkatkan persediaan mereka untuk menerima berjuta-juta jemaah dari seluruh dunia yang mahu menunaikan umrah dan mengerjakan solat tarawih di Masjidilharam sempena 15 hari terakhir bulan Ramadan.

Jawatankuasa Pusat Haji yang di pengerusikan oleh Gabenor Mekah, Putera Khaled Al-Faisal telah menilai semula persediaan yang dibuat sebelum ini bagi memastikan keselamatan dan keselesaan jemaah.
Beliau turut menggesa orang awam dan agensi swasta memberikan perkhidmatan terbaik kepada tetamu Allah.

Kira-kira lima juta jemaah dari dalam dan luar Arab Saudi dianggarkan membanjiri Masjidilharam untuk menunaikan umrah ketika bulan Ramadan ini. - AGENSI

Zahid Hamidi: Polis tidak terlibat dengan tembakan pengerusi MyWatch

Datuk Seri Dr. Ahmad Zahidi Hamidi (gambar) hari ini mengatakan polis tidak terlibat dalam kes tembakan Pengerusi MyWatch R. Sri Sanjeevan.

Menurut Menteri Dalam Negeri itu, beliau akan memastikan polis akan mempercepatkan penyiasatan kes itu dan menahan mereka yang terlibat.

"Saya sendiri mengenali beliau dan saya pasti tiada polis yang terlibat dalam kejadian," katanya dalam satu sidang media selepas Majlis Berbuka Puasa di Penjara Sungai Buloh.

Semalam, Sri Sanjeevan, 29, cedera diperut akibat ditembak seorang pembonceng motosikal apabila mangsa yang memandu kereta jenis BMW menurunkan cermin kereta untuk merokok.

Kejadian itu berlaku pada 4.30 petang di satu persimpangan berdekatan Taman Awana Indah di Jempol, Negri Sembilan.

Sebelum insiden itu, Sri Sanjeevan menghantar tweet di @SanjeevanSS: "A @PDRMsia cop told some syndicate fellow that he’ll get them firearm & told them to fire few shots at my house to scare me/family!".

(Seorang anggota polis memberitahu beberapa anggota sindiket bahawa dia akan mendapatkan senjata api buat mereka dan menyuruh mereka melepaskan beberapa tembakan di rumah saya bagi menakutkan saya/keluarga).

Pada masa sama, Ahmad Zahid juga turut mengulas mengenai isu pemimpin PAS yang didakwa mengamalkan ajaran syiah.

Beliau berkata pihaknya cuma melihat dari aspek keselamatan negara.

Katanya lagi pemimpin parti itu sendiri telah menafikan dakwaan itu maka isu tersebut tidak harus dipanjangkan lagi.

"Dalam hal ini kita biar parti itu sendiri yang tentukan .. Sekiranya benar ada ahli mereka maka biar mereka putuskan dan membuat hukuman mengenai ahli mereka," katanya. – 28 Julai, 2013. - TMI

Siasat pun belum selesai sudah kata polis tidak terlibat.

Ras Adiba nikahi rakan tingkatan enam

KUALA LUMPUR - Bekas personaliti televisyen tempatan, Ras Adiba Radzi, yang lumpuh dari bahagian pinggang ke bawah sejak 17 tahun lalu, selamat melangsungkan pernikahan dengan lelaki pilihannya yang merupakan penasihat kewangan, Ilias Yaakob semalam.

Pasangan tersebut dinikahkan oleh bapa Ras Adiba, Mohd. Radzi Wahab, 73, dalam satu majlis ringkas di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya tepat pukul 6.10 petang semalam.
Kedua-dua mempelai itu berusia 45 tahun. - Kosmo

Saturday 27 July 2013

Pengerusi MyWatch parah ditembak penjenayah

JEMPOL 27 Julai - Pengerusi sebuah badan bukan kerajaan (NGO), MyWatch, R. Sri Sanjeevan cedera parah akibat ditembak seorang daripada dua lelaki bermotosikal di pekan Bahau dekat sini petang ini.



Jurucakap polis memberitahu, kejadian kira-kira pukul 4.30 petang itu berlaku ketika mangsa yang memandu kereta jenis BMW bersama seorang rakannya berhenti di satu lampu isyarat berhampiran Taman Cempaka di sini.

Katanya, setibanya di situ, mangsa kebetulan membuka cermin tingkap keretanya sebelum muncul dua lelaki menaiki sebuah motosikal lalu mengeluarkan sepucuk pistol dan melepaskan tembakan.

"Tembakan itu menembusi tangan kanan mangsa sehingga ke perutnya. Dalam keadaan kesakitan, mangsa memecut kenderaannya dan berhenti kira-kira 100 meter dari lokasi kejadian.

"Rakan mangsa kemudian memandu kereta itu ke Hospital Jempol sejauh 15 kilometer untuk mendapatkan rawatan lanjut," katanya ketika ditemui di sini hari ini. - UTUSAN

Berita Sebelum Ini...

pada 05-07-2013


Pengerusi NGO anti jenayah dakwa ada cubaan menakutkanya

SHAH ALAM: Pengerusi Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) anti jenayah MyWatch R Sri Sanjeevan, hari ini membuat laporan di Balai Polis Sepang bahawa beberapa individu cuba menakut-nakutkan dirinya.
Menurut portal FMT, Sanjevaan mendakwa lima lelaki mengekorinya ketika beliau sedang minum bersama rakannya di sebuah restoran popular di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) di Sepang.

“Tiga lelaki memerhatikan kami dari pintu masuk restoran manakala dua lagi memantau dari sebuah mesin ATM.

"Seorang daripada mereka cuba menghampiri meja saya tetapi saya dan rakan saya segera meninggalkan restoran itu. Bagaimanapun, mereka terus mengekori kami tetapi hilang seketika kemudian," katanya dipetik portal itu.

Sanjeevan baru-baru ini mendedahkan satu kes di mana seorang bekas pengedar dadah merasuah anggota polis berhubung maklumat mengenai serbuan yang bakal dijalankan.

Bekas pengedar dadah itu mendakwa polis dibayar antara RM30,000 dan RM50,000 sebulan bagi membocorkan maklumat.

Lelaki itu dikatakan menyesali perbuatan lampaunya dan mahu memulakan kehidupan baru tetapi ada anggota polis yang terus memujuknya supaya meneruskan aktiviti lamanya serta menawarkan perlindungan kepada dirinya.

FMT juga menghubungi Sanjeevan yang dipetik berkata adalah kemungkinan besar kumpulan lelaki yang mengekorinya berkaitan dengan sindiket dadah.

“Jelas, ia ada kaitan berhubung pendedahan yang saya buat mengenai bekas pengedar dadah itu," katanya sambil merayu pihak berkuasa menyiasat perkara berkenaan kerana bimbangkan keselamatannya. - AntaraPos

 

Friday 26 July 2013

2 pengemis raih RM9,000 sebulan

ANGGOTA penguat kuasa imigresen menangkap seorang pengemis warga Pakistan di persimpangan lampu isyarat di Jalan Sungai Ujong berhampiran Taman AST, Seremban kelmarin.
SEREMBAN - Dengan hanya bermodal wajah sedih sambil menghulurkan tisu di persimpangan lampu isyarat, dua pengemis warga Pakistan mampu meraih pendapatan mencecah RM9,000 sebulan.


Kegiatan kedua-dua wanita berusia 50-an itu dikatakan sudah berlarutan beberapa bulan lalu dengan menjadikan persimpangan lampu isyarat di Jalan Sungai Ujong berhampiran Taman AST di sini sebagai lubuk rezeki.

Bagaimanapun, kehadiran mereka yang gemar mengetuk pintu cermin kenderaan bagi mendapat simpati berakhir dengan kedua-duanya ditangkap pada pukul 12 tengah hari di persimpangan lampu isyarat itu kelmarin.

Pengarah Jabatan Imigresen negeri, Faizal Fazri Othman berkata, pemeriksaan terhadap kedua-dua wanita itu mendapati mereka sudahpun memiliki tiket penerbangan untuk balik ke negara asal dipercayai hasil kegiatan meminta sedekah sambil menjual tisu. - Kosmo

Orang kita juga, baik tidak kena tempat.

Thursday 25 July 2013

Buaya besar tersadai di tebing sungai

KUALA SELANGOR: Penduduk sekitar Bukit Belimbing dekat sini gempar selepas dua nelayan menemui bangkai buaya besar yang tersangkut di tepi sungai ketika mahu memancing udang di Jeti Jalan Tok Empat Masjid, Kampung Bukit Belimbing kira-kira lewat malam kelmarin.


Nelayan, Zaidi Jaafar, 23, berkata, dia tidak menyangka suluhan lampu rakannya ketika menyusuri Sungai Selangor untuk memancing udang tertumpu pada objek besar yang disangka kayu yang tersangkut pada dahan kayu di tebing sungai.

“Kami mula menjarakkan sampan dan meneliti dari jauh. Namun, beberapa minit kemudian kami memberanikan diri untuk melihat lebih dekat kerana buaya itu tidak bergerak. Saya cuba menguis menggunakan pendayung dan dapati buaya itu sudah tidak bergerak.

“Selepas sah buaya itu sudah mati, kami terus mendekati untuk melihat keadaan fizikal buaya itu yang mungkin cedera di mana-mana yang mengakibatkan kematian, namun hanya didapati gigi dan kuku sudah tiada,” katanya ketika ditemui petang semalam.

Rakannya, Rosnizam Moktar, 30, berkata, penemuan itu menjadi satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan seumur hidupnya sepanjang tempoh 10 tahun menjadi nelayan sungai di kawasan itu kerana berdepan dengan buaya jenis muara tembaga yang cukup besar.

“Namun ramai rakan lain pernah cakap mereka pernah terserempak dengan buaya jenis itu dengan saiz lebih besar namun reptilia itu tidak pernah mengganggu atau mengganas terhadap nelayan yang mencari makan di sepanjang Sungai Selangor yang kaya dengan udang dan pelbagai jenis ikan.

“Saya pun pernah terserempak dengan buaya ketika memancing di kawasan sungai ini tapi tidak pernah haiwan itu mengganggu nelayan atau kaki pancing yang sering mengunjungi Sungai Selangor untuk memancing udang yang terkenal dengan saiz yang agak besar,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Perhilitan Selangor Rahim Ahmad menjelaskan, pihaknya segera ke lokasi kejadian sebaik dimaklumkan dengan penemuan itu dan mengangkut bangkai buaya terbabit ke Pusat Konservasi Hidupan Liar Sungai Dusun untuk bedah siasat.

“Kita tidak boleh memberi sebarang komen buat masa ini berhubung punca kematian, usia, jenis jantina dan saiz sebenar kerana menunggu keputusan bedah siasat nanti dan penemuan ini adalah yang pertama dilaporkan kepada Perhilitan di negeri ini,” katanya.

“Sebelum ini kita tidak pernah menerima laporan penemuan buaya dengan saiz yang agak besar bagaimanapun sehingga kini kita juga tidak pernah menerima aduan berhubung keganasan buaya di sepanjang sungai ini yang mengakibatkan kematian,” katanya. - Mymetro

Wednesday 24 July 2013

PM umum bantuan RM500 kepada penjawat awam

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan RM500 sebagai persiapan hari raya kepada penjawat awam bagi Gred 1 hingga Gred 54.

Perdana Menteri turut mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan RM250 kepada 660,000 pesara kerajaan bagi menghargai jasa bakti mereka.

Katanya pembayaran bagi bantuan khas itu akan dibuat pada 31 Julai ini.

Bayaran Bantuan Khas Kewangan kepada penjawat awam dan pesara kerajaan itu masing-masing membabitkan peruntukan kewangan RM670 juta dan RM165 juta, katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - SH

Selangor umum bonus sebulan gaji untuk kakitangan awam

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini mengumumkan pemberian bonus sebulan gaji untuk kakitangan awam di Selangor.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata, keputusan itu dipersetuju oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri hari ini.

"Kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM30 juta untuk pemberian bonus kepada 21,776 kakitangan tetap, kontrak dan sambilan yang akan diberikan selewat-lewatnya pada hujung bulan ini," katanya.

Abdul Khalid berkata, sekiranya kerajaan pusat mengumumkan pemberian bonus sebulan setengah gaji kepada kakitangan awam, maka kerajaan Selangor akan menambah lagi setengah bulan gaji kepada kakitangan awam di negeri ini.

"Saya berharap bonus ini dapat meringankan tanggungan warga kerja kerajaan negeri bagi menghadapi persiapan Hari Raya.

"Kita berharap kakitangan awam berbelanja dengan berhemah dan memperuntukkan sebahagian bonus ini untuk simpanan untuk kegunaan pada masa depan," tegas menteri besar. - Malaysiakini

Kita tengok mana yang paling pandai perintah, pusat atau negeri Selangor.

Tuesday 23 July 2013

31 peratus sudah keluar mengundi

Selepas 12 hari masa berkempen, hari ini pemilih di Kuala Besut akan menentukan, antara dua 'anak kampung' BN dan PAS, siapakah yang akan menjadi pilihan mereka untuk ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu.

Nasib calon BN Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman, seorang jurutera dan calon PAS, ahli perniagaan, hari ini akan ditentukan oleh 17,713 pemilih di kawasan berjiran dengan negeri Kelantan itu.

Jika Tengku Zaihan memang, status quo akan kekal.

Bagaimanapun, jika keadaan sebaliknya, situasi baru yang tidak pernah terjadi akan disaksikan apabila BN dan Pakatan Rakyat masing-masing mempunyai kerusi sama banyak dalam DUN.

Keadaan itu, oleh kerana tidak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia, membolehkan segala kemungkinan.

Peti undi dibuka pada jam 8 pagi. Keputusan paling awal akan diketahui pada jam 10 malam ini, selepas umat Islam selesai menunaikan solat tarawih.

Berikut laporan langsung oleh wartawan Malaysiakini di lapangan:

10.45am Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata jumlah keluar mengundi setakat jam 10 pagi cukup tinggi.

"Saya harap ia berterusan," katanya dalam sidang media.

10.30am: SK Nail - 'Kempen sihat' kelihatan di Kampung Nail apabila terdapat penyokong PAS mengambil peluang bergambar dengan calon BN Tengku Zaihan.

"Saya tiada masalah, ini kempen sihat," kata seorang penyokong PAS dari Dungun yang enggan dinamakan.

10am: Peratus keluar mengundi setakat ini sebanyak 31 peratus atau 5,147 orang.

Jika dicampur dengan undi awal sebanyak 911 orang, jumlahnya menjadi 34 peratus (6,059 orang).

NONE9.48am: Jeti Kuala Besut - Ketika suasana di pusat pengundian makin panas, sekitar kawasan jeti masih kekal tenang. Orang ramai kelihatan kurang berbanding hari-hari lain.

Pelancong seperti biasa bersarapan dan bersedian menaiki feri ke Pulau Perhentian.

Sementara itu, laman Facebook rasmi pilihan raya kecil Kuala Besut PAS melaporkan, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat juga turun melawat di unit peti undi Kg Nangka sebentar tadi.

9.15am: SK Kg Nangka - Ahmad Said cuba membantu menyorong seorang warga emas yang berkerusi roda memasuki pusat mengundi tetapi dibantah oleh seorang penyokong parti, menyebabkan perselisihan kecil.

Akhirnya, setelah ditenangkan, Ahmad membatalkan hasratnya itu dan memasuki kawasan sekolah itu. Warga emas kemudian disorong oleh individu lain.
NONESebelum itu, di SK Kg Nangka - Calon PAS Che Long beredar daripada pusat pengundian itu, selepas 20 minit meluangkan masa membuat lawatan di situ dan beramah mesra dengan pengundi.

Tidak berapa lama kemudian, menteri besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said turut beredar daripada pusat pengundian itu.

Sementara kedua-dua penyokong berbaris di luar kawasan sekolah di tepi jalan sambil memegang dan menunjukkan poster calon masing-masing kepada pengundi yang berjalan ke pusat pengundian dan kenderaan yang lalu lalang di situ.

NONESementara itu, di SM Kuala Besut, Naib Ketua Wanita MCA Heng Seai yang berdiri di depan sekolah itu berkata, perjalanan hari mengundi setakat ini nampak aman dan harmoni.

"Walaupun mereka daripada parti yang berbeza, tetapi mereka saling mengenali antara satu sama lain, ini budaya yang sangat berbeza," katanya.

Terdapat 148 pengundi Cina di Kuala Besut, tidak sampai 1 peratus daripada jumlah pemilih keseluruhan.

Seramai 114 daripada mereka akan mengundi di Sebarang Barat dan selebihnya di Bukit Puteri.

9.08am: SMK Kuala Besut - Beberapa penyokong PAS mula mempamerkan kain rentang dan plakad di kedua-dua tepi jalan di hadapan sekolah bagi merayu undi.

NONE8.50am: SK Kg Baharu - Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said tiba di pusat pengundian itu tetapi disambut dengan laungan takbir oleh majoriti penyokong PAS.

Bagaimanapun beliau hanya mampu tersenyum. Manakala laungan "Hidup BN" oleh penyokong BN tenggelam laungan takbir penyokong PAS.

"Setakat ini saya berpuas hati perjalanan pilihan raya. Semuanya aman dan saya berharap ia berterusan sehingga pusat pengundian ditutup.

"Saya berharap penyokong kedua-dua pihak tidak mencetuskan provokasi.

"Insya-Allah, BN mampu mempertahankan DUN Kuala Besut," katanya ketika ditemui pemberita diluar pusat mengundi.

8.25am SK Kg Baharu - Pengurus kempen kepada calon PAS mengakui hari ini merupakan pertarungan sengit antara Azlan dan calon BN Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman.

NONE"Hari ini kita akan mendapat undi PAS dan undi Che Long (daripada pengundi). Dapat dua undi. Kalau ada penipuan, itu yang menyebabkan kita jatuh.

"Rakyat teruja dengan Che Long kerana beliau sangat friendly, kebaikan dan kemurahan hati yang terjalin sebelum itu.

"Sentimen politik itu tak ada dengan rakyat di sini. Semua orang didampingi oleh Che Long mungkin kerana dia seorang kontraktor," kata Hanafiah yang ditemui Malaysiakini di luar sekolah.

NONE8.20am: SMK Kuala Besut - Tengku Zaihan, calon BN tiba untuk membuang undi ditemani isteri berpakaian baju Melayu merah.

Menariknya, beliau menunaikan kertas undi ketika mengundi, yang menunjukkan beliau memangkah diri sendiri.

"Saya nasihatkan pemilih keluar mengundi seawal mungkin untuk terus memangkah BN," katanya.

8:15am: SK Kampung Baharu - Ketika ditemui pemberita, Azlan berkata beliau berpuas hati dengan kempen yang dilaksanakan dan akan menunggu keputusannya pada petang nanti.

"(Kita) yakin akan menang, apa pun nantilah (keputusannya)," katanya ringkas.

Beliau mengakui sedikit berdebar dan bangun awal untuk bersahur dan bersolat subuh sebelum menuju ke pusat pengundian.

8am: SK Kampung Baharu - Calon PAS Azlan Yusof tiba bersama isterinya di pusat mengundi itu sejak 7.45 pagi.

NONEBeliau disambut oleh sekumpulan penyokongnya yang menunggu lebih awal dengan laungan takbir.

Beliau juga ditemani oleh wakil calon, Hanafiah Mat dan Wan Azhar Wan Ahmad.

Azlan atau lebih dikenali Che Long menjadi orang kedua mememasuki pusat mengundi.

Langit cerah pagi ini. Ramalan cuaca bagaimanapun meramalkan hujan ribut petir mungkin melanda di sebelah petang. - Mkini

Monday 22 July 2013

Risau kegiatan pecah rumah meningkat

Nadzham menunjukkan trek basikal yang 
dipercayai digunakan pencuri untuk memecah 
masuk rumahnya
Nadzham menunjukkan bahagian rumahnya yang 
dipecah masuk penyamun
SHAH ALAM - Penduduk di Seksyen 4, dekat sini, hidup dalam kebimbangan berikutan kejadian pecah rumah yang kerap berlaku kebelakangan ini.

Mereka mendakwa, kes pecah rumah di kawasan itu mencecah 20 kes dalam tempoh 2 bulan kebelakangan ini disebabkan kewujudan sebuah trek basikal.

Pembinaan trek ini, menurut mereka memudahkan perompak untuk memecah masuk ke dalam rumah dan melakukan rompakan berikutan trek basikal tersebut tidak mempunyai lampu dan dibina berdekatan dengan rumah.

Berdasarkan kes sebelum ini, penjenayah menyelinap masuk ke rumah penduduk melalui pintu pagar belakang dengan kaedah mengumpil dan memecahkan pintu.

Suspek dipercayai tidak menggunakan tempoh waktu tertentu untuk bertindak sebaliknya hanya memastikan rumah itu tidak berpenghuni.

Hasil tinjauan Sinar Harian di kawasan itu mendapati, penduduk mendesak supaya Majlis Bandaraya 
Mohamad Radzi mencadangkan MBSA memasang 
pagar di setiap lorong belakang rumah.
Shah Alam (MBSA) memasang lampu di sekeliling trek itu selain memasang pagar dan lampu di laluan belakang rumah mereka.

Selain itu, mereka meminta supaya polis membuat pemantauan secara kerap di kawasan itu pada setiap masa memandangkan perompak memecah masuk rumah mereka tanpa mengira masa.

Terbaru minggu lalu, surau di taman perumahan itu turut dipecah masuk dan beberapa peralatan audio dilarikan.

Mangsa Pertama: Nadzham bin Ahmad Nasir, 38 tahun

Nadzham berkata, rumahnya dimasuki perompak pada Jumaat lalu ketika waktu Subuh. Ketika kejadian menurutnya, dia dan keluarganya tiada di rumah kerana mereka mempunyai urusan di luar. “Pada mulanya, saya tidak mengesyaki berlaku apa-apa kecurian memandangkan tiada tanda rumah saya dipecah masuk.

“Tetapi, apabila saya naik ke tingkat atas rumah saya, saya dapati bilik berselerak dengan almari sudah digeledah perompak,” katanya. Nadzham berkata, perompak berkenaan memasuki rumahnya melalui pintu belakang dengan mengumpil tingkap bilik belakang rumahnya sehingga terbuka. Katanya, dia hilang pelbagai barangan seperti telefon bimbit, komputer riba, wang ringgit dan pelbagai lagi.

“Malah, perompak itu mencuri seluar dalam saya yang belum dipakai dan saya mengalami kerugian dalam anggaran RM30,000 hingga RM40,000 akibat rompakan itu,” katanya.

Menurutnya, dia terus menghubungi  pasukan peronda polis selepas insiden itu. Katanya, polis membuat andaian bahawa rompakan berkenaan dilakukan sekurang- kurangnya dua orang berdasarkan barang yang dicuri.


Othman menunjukkan pintu rumahnya dikopak 
masuk oleh penyamun sebelum menyamun rumahnya
Mangsa Kedua: Othman Ismail, 64 tahun

Othman berkata, rumahnya dirompak ketika dia dan isterinya pergi ke majlis perkahwinan di Klang pada waktu petang 2 Mac lalu. Katanya, anak dan menantu yang tinggal bersebelahan dengan rumahnya juga tiada ketika kejadian. Menurutnya, perompak berkenaan memasuki rumahnya dengan mengumpil pintu rumah anak mereka, sebelum memasuki rumahnya melalui pintu belakang. Sebaik sahaja dia pulang ke rumahnya kira-kira jam 5 petang, dia mendapati pakaian di biliknya sudah berselerak. "Antara barang yang hilang ialah barang kemas milik isteri dan anaknya seperti cincin, rantai, jam tangan dan barang lain dan anggaran kerugian akibat rompakan itu bernilai hampir RM1 juta," katanya yang turut membuat laporan mengenai kejadian itu


Mangsa Ketiga: Hassan Talib, 80 tahun

Hassan berkata, perompak pernah cuba mencuri kereta Perodua Myvi anaknya pada 23 Mei lalu. Ketika kejadian, Hassan berkata, dia berada di masjid berdekatan rumahnya untuk menunaikan solat Subuh.
“Ketika itu, anak saya berada di rumah dan dia meletakkan keretanya di luar rumah,” katanya. Menurutnya, perompak itu bertindak memecahkan cermin pintu hadapan sebelah kiri kereta tersebut malah sudah menanggalkan nombor plat dan cukai jalan kereta anaknya. Namun, nasib tidak menyebelahi perompak tersebut kerana mereka melarikan diri apabila mendengar jiran rumahnya hendak keluar dari rumah. “Jiran saya tidak sempat melihat pencuri itu memandangkan mereka sudah melarikan diri,” katanya. Akibat insiden itu, anaknya membuat laporan di Balai Polis Seksyen 11, Shah Alam.

Mangsa Keempat: Mohamad Radzi Adnan Omar, 48 tahun
Mohamad Radzi berkata, rumahnya dipecah masuk kira-kira dua tahun lalu ketika dia pulang ke rumah dan ternampak sebuah kereta di belakang rumahnya.
“Dalam kereta berkenaan, saya nampak kelibat dua lelaki berada di dalam kereta itu dan tidak mengesyaki perkara yang pelik,” katanya.
Apabila dia sampai di rumahnya, dia pelik kerana banyak kucing masuk ke dalam rumahnya walaupun sebelum dia ke surau, dia memastikan tiada kucing berada di dalam rumah.
“Apabila saya pergi ke bilik saya, saya dapati bilik saya sudah berselerak dengan pakaian dipunggah pencuri tersebut,” katanya.
Akibat kecurian itu katanya, dia kehilangan sejumlah wang tunai manakala isterinya kehilangan barang kemas yang dianggarkan bernilai kira-kira RM15,000.
Katanya, dia turut melaporkan kecurian itu di balai polis berdekatan. - SH

Friday 19 July 2013

Hadi: Ambillah jawatan MB, kami nak Kuala Besut

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyokong pandangan Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa supaya pemimpin BN kekal menjadi menteri besar jika parti Islam itu menang dalam pilihan raya kecil DUN Kuala Besut 24 Julai ini.

Abdu Hadi yang juga ahli Parlimen Marang berkata parti itu mahukan kedudukan kerusi seri 16:16 bagi membolehkan mereka menegur pentadbiran negeri sedia ada jika melakukan kesilapan.

"Tak apa, beri kita 16 kerusi, biar dia jadi MB. Tak apa kamu ambil jadi menteri besar. Kita nak 16 kerusi. Apa faedah dia kita ada 16 kerusi (dan) kita tidak menjadi menteri besar? Faedahnya, kita boleh tegur dia.

"Benda yang tidak betul, tidak boleh, kita bangkang... Kita seri, dia tidak boleh buat benda yang tidak betul. Benda yang betul kita sokong, benda yang tidak betul kita bangkang dengan 16 sama.

"Faedahnya, kita mempunyai satu kekuatan untuk membetulkan kerajaan Terengganu," katanya dalam ceramahnya di Kampung Nail, Kuala Besut malam tadi.

Husam dilapor berkata kerajaan BN Terengganu masih boleh dikekalkan dan PAS tidak akan membentuk kerajaan baru di negeri itu sekalipun menang dalam pilihan raya kecil itu dengan kedudukan 16:16 di Dewan Undangan Negeri (DUN).

Sementara seorang lagi Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub percaya PAS dapat memperoleh kedudukan sebagai menteri besar Terengganu jika DUN mencapai anggota 16:16 antara Pakatan Rakyat dan BN.

Abdul Hadi juga mengajak pengundi khususnya yang bekerja nelayan supaya "belajar daripada orang terpelajar" yang memberi kemenangan kepada PAS di empat parlimen di Terengganu.

Menegaskan beliau tidak berniat menghina kumpulan itu, ahli parlimen Marang itu menggesa pengundi Kuala Besut mengambil "peluang kedua" dalam pilihan raya kecil itu demi membuat perubahan, dengan mengundi calon PAS Azlan Yusof.

"Kita sedar, orang kerana sibuk ke laut, sibuk dengan kerja, kita tidak baca internet, tak baca media baru.  Sebab itu kita tidak boleh buat perubahan... Kita maaflah mereka, sebab tak dapat maklumat," katanya. - Malaysiakini

Semoga 16:16 menjadi kenyataan.

Thursday 18 July 2013

Pecah tabung masjid untuk berniaga

KANGAR – Seorang pemuda mengambil jalan mudah bagi mendapatkan modal menjual air soya di sebuah bazar Ramadan di daerah ini apabila tergamak melakukan kegiatan memecahkan tabung masjid sepanjang bulan Ramadan ini.


Pemuda berusia 23 tahun itu setakat ini berjaya memecah dan melarikan wang tabung di enam buah masjid yang kerap dilakukannya pada waktu petang selepas jemaah meninggalkan masjid.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kangar, Deputi Superintendan Ismail Che Isa berkata, bagaimanapun perbuatan liciknya dapat ditumpaskan hasil intipan pihaknya ekoran aduan terdapat kegiatan pecah tabung masjid pada bulan puasa.

“Suspek akan berlagak kononnya alim dan bersembahyang bersama jemaah lain sebelum mengadu keletihan kerana berpuasa dan berpura-pura tidur.

“Apabila jemaah pulang, baru suspek melakukan kegiatannya menggunakan peralatan pecah rumah seperti pemotong besi, spana, pemutar skru, lampu picit dan lain-lain untuk melarikan wang di tabung masjid itu,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam. - Kosmo

Untung nanti dia pulanglah. Pusat zakat tak rasa malukah baca berita ini?

Rugi RM7j melabur skim duit kutu

KUALA LUMPUR 18 Julai - Akibat terlalu mempercayai seorang operator wanita di sebuah syarikat teksi, sekumpulan 30 individu kerugian hampir RM7 juta selepas melabur dalam satu skim pelaburan ala kutu yang menjanjikan keuntungan dalam tempoh singkat.


Kesemua mangsa dikatakan mengenali wanita yang dikenali sebagai Ng, 34, dan termakan hasutan setiap janji manis yang diberikannya.
Salah seorang mangsa, Heng Hwa Keng, 41, mendakwa, dia kerugian RM95,000 setelah membuat pelaburan sejak Januari tahun lepas, apabila diperkenalkan oleh seorang rakan yang turut melabur dengan suspek.

"Menurut wanita itu, saya harus memasukkan sejumlah RM5,000 setiap bulan ke dalam akaunnya dan bakal mendapat keuntungan dividen mencecah ribuan ringgit pada setiap bulan.
"Katanya, saya akan mendapat RM3,000 hingga RM4,000 jika saya mengikuti segala syarat yang diperuntukkan syarikat berkenaan," katanya ketika membuat laporan polis bersama mangsa lain di Balai Polis Setapak hari ini.

Mengulas lanjut, Hwa Keng memberitahu, walaupun sering memasukkan wang pelaburan, dia tidak pernah sekalipun menerima dividen yang dijanjikan.
"Saya tidak pernah terlepas memasukkan wang kerana mengharapkan dividen itu tetapi apabila saya syak ada sesuatu yang tidak kena, saya tidak lagi memasukkan wang dalam akaunnya pada 15 Julai lalu.

"Saya banyak kali menghubungi Ng untuk menuntut kembali pulangan pelaburan itu tetapi talian itu tidak disambung seolah-olah nombor telefonnya tidak lagi aktif.
"Saya kemudian membuat keputusan untuk mencarinya di alamat rumah iaitu di Taman Muda, Ampang, namun jirannya memberitahu, mereka sekeluarga berpindah," katanya yang baru menyedari telah tertipu.

Turut menjadi mangsa ialah seorang nenek, Chia Yoon Thai, 61, yang mengeluarkan wang simpanannya untuk melabur dengan Ng yang amat dikenalinya.
"Saya mengenali Ng kerana dia anak kawan saya dan boleh dikatakan rapat. Sebab itu saya percayakan dia dan mengeluarkan wang simpanan untuk melabur dengannya.

"Saya tidak sangka dia tergamak menipu. Sebelum kami mengetahui ditipu, Ng sekeluarga ada ke Taiwan untuk bercuti, selepas itulah dia menghilangkan diri," katanya yang kerugian RM6,000.
Sementara itu, wakil Pusat Perkhidmatan Barisan Nasional Segambut, Tan Beng Peng berharap pihak polis segera mengesan suspek yang terlibat untuk dibawa ke pihak pengadilan dan memulangkan semula wang mangsa. - Utusan


TNB untung RM1.7b

KUALA LUMPUR 18 Julai - Tenaga Nasional Bhd. (TNB) merekodkan peningkatan keuntungan bersih kepada RM1.742 bilion pada suku ketiga tahun kewangan 2013 berakhir 31 Mei lalu berbanding RM684.9 juta tempoh sama tahun lepas.

Syarikat utiliti nasional itu mencatatkan perolehan sebanyak RM9.647 bilion pada suku ketiga 2013, berbanding RM9.191 bilion tempoh sama tahun lalu.
Pengerusinya, Tan Sri Leo Moggie berkata, prestasi positif itu didorong oleh penyusutan harga arang batu di samping pengukuhan ringgit berbanding yen sebanyak 8.3 peratus.

Harga purata bagi arang batu bagi suku ketiga lalu adalah AS$84.4 (RM269.5) setan metrik, berbanding AS$104.3 (RM333.1) setan metrik pada tempoh sama tahun lalu.
"Pertumbuhan terhadap permintaan elektrik menunjukkan peningkatan sejajar dengan perkembangan ekonomi negara didorong oleh pemulihan permintaan luaran dan pengukuhan permintaan domestik.


"Bagaimanapun, TNB tidak hanya berdiam diri sebaliknya bersemangat untuk meneroka peluang di peringkat antarabangsa," katanya semasa sidang media mengumumkan prestasi kewangan suku ketiga TNB di sini hari ini.

Yang turut hadir Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Ir. Azman Mohd. dan Ketua Pegawai Kewangan, Fazlur Rahman.
Dalam pada itu, Azman berkata, prospek TNB pada suku keempat adalah baik walaupun mungkin mengalami sedikit penyusutan.

"Seperti yang diketahui umum, suku ketiga pada kebiasaannya adalah suku terbaik bagi sesuatu tahun kewangan, namun kami menjangkakan suku keempat juga akan mencatatkan prestasi yang positif," katanya.
Jelas beliau, kekukuhan prestasi pada suku kewangan keempat dijangka didorong oleh harga arang batu yang stabil. - Utusan

Sudah untung, mahu naik lagi tarif elektrik. Ini seperti satu jenayah.

Tarif elektrik mungkin dinaikkan

KUALA LUMPUR - Ada kemungkinan  tarif elektrik disemak naik kerana kerajaan berkemungkinan mengurangkan subsidi bagi tenaga elektrik, kata Tenaga Nasional hari ini.
  
Pengerusinya, Tan Sri Leo Moggie, berkata kerajaan telah memberikan subsidi tarif yang besar sekarang khususnya bagi gas.
  
"Jadi, keputusan sama ada tarif akan kekal sama atau dinaikkan, tidak akan dibuat oleh TNB, tetapi akan diputuskan oleh kerajaan.
  
"Sebagai sebuah negara, sukar bagi kita mengekalkan tahap subsidi yang dinikmati sekarang.
  
"Jadi, kesan ke atas kos tarif kuasa bergantung kepada kedudukan subsidi ini," katanya pada satu sidang akhbar selepas mengumumkan keputusan kewangan suku ketiga syarikat itu hari ini.
  
Moggie berkata demikian sebagai jawapan kepada spekulasi bahawa syarikat utiliti kuasa negara itu mungkin menaikkan tarif elektrik selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 yang diadakan pada 5 Mei.
  

Kerajaan memberikan subsidi tarif kuasa sejak 2008 dan isi rumah yang menggunakan elektrik sebanyak RM20 ke bawah sebulan dikecualikan daripada membayar bil.
  
Moggie berkata penggunaan kuasa dengan cekap oleh pengeluar dan pengguna adalah faktor utama untuk menyokong industri kuasa.
  
"Jika semua orang aktif menggunakan tenaga elektrik dengan cara yang lebih cekap selagi mungkin, ini akan membantu mengurangkan sebarang kesan," tegas beliau.
  
Pada Januari, kerajaan berkata rebat ke atas bil bulanan tenaga elektrik di bawah RM20 telah diperluaskan kepada semua pengguna domestik yang layak hingga Disember tahun ini.
  
Tahun lepas, kerajaan membelanjakan RM146 juta bagi 1.1 juta pengguna domestik di seluruh negara. - Bernama

Tarif elektrik naik, harga barang naik, jenayah juga naik = BN (Barang Naik)

Guru dalam perjalanan ke sekolah maut ditembak

KULIM - Seorang guru maut dipercayai ditembak dua lelaki yang bermotosikal di persimpangan lampu isyarat Simpang Empat Keladi di sini tengah hari tadi.
 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, ACP Mohd Nashir Ya berkata K.Shanmugam, 45, didapati dalam keadaan berlumuran darah di dalam kereta Toyota Wish miliknya.
  
Kejadian berlaku kira-kira 12.25 tengah hari tadi ketika mangsa dipercayai dalam perjalanan dari rumahnya di Taman Bidara ke Sekolah Menengah Kebangsaan Berapit, Bukit Mertajam.
  
Beliau berkata dua lelaki tersebut dikatakan telah mengikuti kereta mangsa sebelum melepaskan tembakan.
  
"Salah seorang dari suspek dipercayai telah melepaskan beberapa das tembakan yang mengenai kepala dan badan mangsa. Ini mengakibatkan kereta mangsa terbabas dan melanggar sebuah kereta di hadapan," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Mohd Nashir berkata kedua-dua suspek kemudiannya memecut motosikal mereka.
  
Mangsa dipercayai ditembak dengan pistol automatik dan polis turut menemui beberapa kelongsong peluru di tempat kejadian.
  
"Kita akan mengambil keterangan daripada beberapa pihak termasuk ahli keluarga mangsa. Buat masa ini kita belum dapat kenal pasti punca sebenar kejadian," kata Mohd Nashir.
  
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
  
Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Kulim.

Seorang pemandu Mat Lin Saad, 62, berkata beliau sedang memandu di hadapan kereta mangsa dan apabila tiba di simpang lampu isyarat tersebut, beliau terdengar bunyi letupan seperti mercun.
  
"Tidak lama selepas itu, saya terdengar bunyi kereta saya dilanggar dari belakang. Saya turun dari kereta saya untuk melihatnya dan mendapati orang ramai sudah mengerumun kereta di belakang saya. Saya turut melihat mangsa yang berlumuran darah meronta-ronta sebelum tidak lagi bergerak," katanya.
  
Zulkiffli Itam, 45, pula berkata beliau yang berada di jalan yang bertentangan ternampak dua lelaki menaiki motosikal mengekori kereta mangsa.
  
"Tidak lama selepas itu, saya terdengar bunyi seakan-akan mercun dan dua lelaki yang menaiki motosikal itu terus memecut motosikal mereka ke arah Taman Selasih," katanya.  - Bernama

Malaysia ke arah negara koboi?

Alvin, Vivian didakwa hari ini, tak dibenar ikatjamin

Pasangan kontroversi Alvin Tan dan Vivian Lee hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur terhadap tiga pertuduhan berhubung tindakan mereka mempersendakan umat Islam dan Ramadan alam Facebook serta mempamerkan gambar-gambar lucah dalam blog mereka.

Pertuduhan terhadap Alvin atau nama penuhnya Tan Jye Yee, 25, dan Vivian atau nama penuhnya Lee May Ling, 24, dibacakan di hadapan Hakim Murtazadi Amran.

Bagi pertuduhan pertama, mereka didakwa bersama-sama menerbitkan satu enerbitan menghasut di laman Facebook 'Alvin and Vivian - Alvivi' di pautan ttps://www.facebook.com/alvivi.swingers iaitu kandungan gambar dan komen yang bertajuk "Selamat Berbuka Puasa (dengan Bak Kut Teh..wangi, enak, menyelerakan !!!" yang mengandungi logo Halal.



Pasangan itu didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 10.48 malam antara 11 Julai dan 12 Julai lepas di 568-14-18, Kompleks Mutiara Jalan Ipoh, Batu 3 1/2, di Kuala Lumpur.
Mereka didakwa mengikut subseksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948.

Bagi kesalahan pertama kali, mereka boleh dikenakan denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya dan bagi kesalahan berikutnya, boleh dipenjara maksimum lima tahun jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, Tan dan Lee didakwa mempamerkan gambar-gambar lucah di http://alviviswingers.tumblr.com/ di tempat sama, antara 6 Julai dan 7 Julai lepas, antara 9 malam hingga 2 pagi.
   
Mereka didakwa mengikut subseksyen 5(1) Akta Penapisan Filem 2002 yang membawa hukuman denda minimum RM10,000 atau maksimum RM50,000 atau boleh dipenjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
   
Pasangan itu juga didakwa memuat naik di laman Facebook mereka satu kandungan gambar dan komen yang sama, berkemungkinan menyebabkan perasaan permusuhan atas alasan agama di kalangan penganut agama berlainan.
   
Kandungan itu telah dibaca di CAF - Syed Restaurant Jalan Dang Wangi antara 11 Julai dan 12 Julai pukul 10.48 malam.
   
Mereka didakwa mengikut Seksyen 298A(1)(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara minimum dua tahun dan maksimum lima tahun jika sabit kesalahan.
   
Pasangan itu kelihatan tenang dan bersahaja ketika pertuduhan dibacakan satu persatu kepada mereka dan masing-masing berkata: "Saya minta dibicarakan".
   
Hakim Murtazadi tidak membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin atas sebab kepentingan awam.
   
"Mahkamah tidak akan terpengaruh dengan unsur-unsur luar dalam memberi jaminan kepada tertuduh," tegas hakim itu.
   
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Noorin Badaruddin memohon supaya tertuduh tidak dibenarkan diikat jamin bagi dua kesalahan iaitu memuat naik kandungan gambar dan komen berhubung berbuka puasa dan mempamerkan gambar-gambar lucah.
   
NONEBeliau memberikan dua alasan iaitu kesalahan di bawah
Seksyen 298A(1)(a) dan Akta Penapisan Filem, memang tidak boleh dijamin.
   
"Sememangnya kami akur budi bicara mahkamah untuk membenarkan jaminan dalam dua pertuduhan itu, tetapi pihak pendakwaan membantah sebarang jaminan dikenakan," kata Noorin.
   
Alasan kedua pula ialah kedua-dua tertuduh mempunyai kecenderungan untuk memuat naik gambar yang boleh membangkitkan kemarahan orang ramai.
   
"Pihak pendakwaan memohon mereka tidak dilepaskan dengan sebarang jaminan sehingga selesai perbicaraan kes itu," katanya.
   
Peguam Chong Joo Tian, yang mewakili kedua-dua tertuduh, memohon jaminan diberikan kepada anak guamnya dengan alasan pertuduhan yang dihadapi mereka belum dibuktikan dan bersifat pramatang.
   
Chong berkata pihak pendakwaan tidak boleh membuat spekulasi bahawa kedua-dua tertuduh mempunyai kecenderungan untuk melakukan kesalahan yang sama kerana mereka belum didapati bersalah.
   
"Kedua-dua anak guam saya memberi kerjasama sepenuhnya kepada SKMM dan polis ketika siasatan dilakukan dan mereka juga tidak mempunyai rekod jenayah selain kesalahan itu tidak melibatkan sebarang bentuk keganasan," katanya.
   
Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yusoff pula berhujah mahkamah perlu mengambil kira keadaan sekeliling dalam menentukan sama ada jaminan dapat diberikan atau tidak.
   
"Nama Alvin Tan sangat dikenali dan bila kita 'Google' sahaja nama Alvin, akan timbul gambar dan artikel mengenainya yang mana jika tidak dikawal boleh memusnahkan masyarakat dan agama. Tidak dinafikan kesalahan itu tidak melibatkan keganasan tetapi ia kesalahan serius," katanya.
   
Noorin juga memohon supaya ketiga-tiga kes itu dibicarakan bersama mengikut Seksyen 170 Kanun Tatacara Jenayah kerana melibatkan satu transaksi dan saksi yang sama.
   
Bagaimanapun, Chong memohon pertuduhan kedua dibicarakan berasingan kerana pertuduhan pertama dan ketiga merupakan satu perbuatan tetapi pertuduhan kedua melibatkan penerbitan gambar-gambar lucah yang disiarkan di laman web berlainan.
   
Noorin menjelaskan Seksyen 170 membolehkan kesalahan-kesalahan jenayah dibicarakan bersama walaupun ketiga-tiganya adalah berlainan dan pihak pendakwaan akan membuktikan kesalahan itu berlaku dalam transaksi sama.
   
Hakim Murtazadi membenarkan ketiga-ketiga kes itu dibicarakan bersama dan menetapkan 23 Ogos untuk sebutan semula kes.
   
Beliau turut memberi peluang kepada kedua-dua tertuduh mengemukakan alasan mengapa jaminan perlu diberikan kepada mereka.
   
Alvin berkata: "Saya mahu dijamin. Saya tidak memegang apa-apa kuasa, kedudukan, kekayaan mahupun pekerjaan dan semua barang multimedia dirampas oleh SKMM yang menjejaskan kecenderungan saya untuk memuat naik gambar dan mengakses Internet".
   
Vivian, yang merupakan guru tadika, pula berkata: "Saya juga ingin dijamin dan saya mempunyai pendapat yang sama dengan Alvin".
   
Alvin ditahan di Penjara Sungai Buloh manakala Vivian di Penjara Kajang. - Bernama

Profesor USM didakwa palsukan tuntutan elaun

Seorang profesor Universiti Sains Malaysia (USM) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di George Town hari ini terhadap tiga pertuduhan membuat kenyataan palsu dalam tuntutan elaun perjalanan untuk tugasan rasminya pada 2010.

 
Prof Dr P. Ambigapathy, pensyarah Pusat Pengajian Bahasa, Literasi dan Terjemahan USM mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Khairul Anuar Abdul Halim.
  
Ambigapathy, 56, dituduh melakukan ketiga-tiga kesalahan itu di pejabat USM dengan niat memperdayakan Pembantu Tadbir Kewangan Haryatie Zainor, dengan menyerahkan dokumen iaitu kenyataan tuntutan elaun perjalanan dalam negeri yang palsu bagi bulan Februari 2010 untuk tugasan rasminya dengan nilai sebanyak RM1,242.
  
Kesemua tuntutan perjalanan rasmi itu dibuat dengan menggunakan kereta sendiri jenis Mercedez Benz bernombor pendaftaran PJL 1292 sedangkan tertuduh sebenarnya menggunakan kereta jabatan jenis Proton Perdana dengan nombor pendaftaran PHJ 6116.
  
Bagi pertuduhan pertama, Ambigapathy didakwa pada 10 Februari 2010 telah mengemukakan tuntutan perjalanan rasminya bagi kerja lapangan dan mengumpul data  penyelidikan yang berlangsung pada 6 hingga 8 Februari 2010.

Bagi dua lagi pertuduhan, beliau didakwa pada 7 Jun 2010 telah mengemukakan tuntutan perjalanan rasminya untuk kajian penyelidikan di USM Kubang Kerian, Kelantan dan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) pada 6 Februari 2010 dan ke Universiti Malaysia Terengganu (UMT) pada 7 Februari dan 9 Februari 2010.
  
Beliau didakwa mengikut Seksyen 18, Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia  (SPRM) 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda tidak kurang dari lima kali ganda atau nilai butir matan yang palsu jika dapat dinilai atau berbentuk wang atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi.
  
Hakim Khairul Anuar membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin dan  menetapkan 16 Ogos untuk sebutan semula kes.

Ambigapathy diwakili peguam  M. Athimulan manakala pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya SPRM Janariah Abdul Mutalib. - Bernama

Staf sendiri sepatutnya selesaikan secara dalaman sahaja.

Wednesday 17 July 2013

Cuepacs: Penjawat awam berpeluang dapat bonus

PUTRAJAYA - Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Omar Osman berpendapat masih ada harapan untuk lebih 1.4 juta penjawat awam menerima bonus menjelang Aidilfitri.

Ini berikutan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini yang memaklumkan kerajaan akan mengkaji kemungkinan memberi bonus kepada penjawat awam menjelang Aidilfitri, kata Omar.

Perdana Menteri berkata kerajaan akan mengkaji kemungkinan itu dan masih mempunyai masa untuk memutuskan perkara itu.
"Cuepacs mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri kerana sudi mempertimbangkan permohonan Cuepacs untuk 1.4 juta penjawat awam.

"Cuepacs yakin Perdana Menteri akan mempertimbangkan perkara ini. Saya rasa ada harapan," katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa di Puspanitapuri di sini malam ini.


Cuepacs sebelum ini masih berharap kerajaan akan memberi bonus setengah bulan gaji kepada penjawat awam walaupun mereka akan menerima kenaikan gaji tahunan pada bulan ini.

Terdahulu hampir 1,000 tetamu hadir pada majlis berbuka puasa Ketua Setiausaha Negara.
Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, pegawai-pegawai tinggi kerajaan, wakil kedutaan asing dan tokoh-tokoh korporat.

Pada majlis itu Dr Ali yang juga Penasihat Puspanita dan isteri Puan Sri Rohani Abdullah turut menyampaikan sumbangan kepada empat rumah anak yatim masing-masing sebanyak RM10,000 dengan 100 anak yatim turut menerima sumbangan.

Dr Ali dan para tetamu kemudiannya menunaikan solat Isyak dan tarawih. - SH

Tak usah berkira sangat dengan penjawat awam.

Terkini : Najib hampir Umum Bonus Raya 2013 hasil desakan kuat kakitangan awam

PM: Kerajaan kaji beri bonus kepada penjawat awam

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan akan mengkaji kemungkinan memberi bonus kepada penjawat awam menjelang ketibaan Hari Raya Aidilfitri yang akan disambut tidak lama lagi.
  
Perdana Menteri berkata kerajaan masih mempunyai masa untuk memutuskan perkara itu.
  
"Kita akan mengkaji perkara ini. Masih ada masa lagi," katanya dalam satu persidangan media di bilik mesyuarat khas pejabatnya di sini sejurus selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian antara Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) dengan empat syarikat yang bersetuju melabur RM1.96 bilion di negeri-negeri di kawasan Koridor Utara.
  

Beliau berkata demikian semasa ditanya mengenai kemungkinan ada berita baik buat 1.4 juta penjawat awam berikutan permintaan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) semalam yang masih berharap kerajaan akan memberi bonus setengah bulan gaji kepada penjawat awam walaupun mereka akan menerima kenaikan gaji tahunan pada bulan ini.
  
Sebelum ini, Presidennya Datuk Omar Osman meminta kerajaan mempertimbang pemberian bonus setengah bulan gaji kepada penjawat awam sempena Aidilfitri kerana ia dapat mengurangkan beban penjawat awam membuat persiapan hari raya kerana perbelanjaan ketika Ramadan dan Aidilfitri adalah tinggi berbanding hari biasa.
  
Kenyataan Cuepacs itu menyusul sehari selepas Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata kerajaan masih belum berbincang mengenai pemberian bonus, dan pengumuman Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) dua kali untuk tahun ini sudah boleh dianggap sebagai bonus - Bernama

Tuesday 16 July 2013

BN, pembangkang sepakat

KUALA LUMPUR 16 Julai - Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan pembangkang hari ini sepakat mahu kerajaan mengenakan tindakan paling tegas terhadap pasangan kontroversi Alvin Tan, 25, dan Vivian Lee, 24, ekoran kebiadapan mereka menghina kesucian agama Islam.

Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) yang bangkit dan mencetuskan isu itu pada sesi perbahasan Dewan Rakyat berkata, perbuatan pasangan tersebut tidak boleh dibiarkan dan mereka perlu ditahan, didakwa dan dipenjarakan sekiranya sabit kesalahan.

Tegasnya, pasangan tersebut bukan contoh yang baik kepada remaja masa kini di negara ini dan sewajarnya mereka dihukum dengan hukuman seberat-beratnya.
"Saya minta pihak polis tahan mereka di lokap tiga malam, biar mereka rasa bagaimana penderitaannya, tiga malam cukup. Selepas itu dakwa mereka di mahkamah," katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2012) 2013 di Dewan Rakyat hari ini.


Bung Moktar berkata, sekiranya tiada tindakan tegas diambil, dalam masa sama akan terdapat pula orang Islam mengutuk agama lain yang sudah pasti akan timbul ketegangan agama sekali gus menjerumuskan Malaysia bukan sebuah negara selamat.

Terdahulu pada awal perbahasan, Bung Moktar berkata, tindakan Alvin dan Vivian yang memuat turun ucapan selamat menyambut bulan Ramadan dengan menjamu selera hidangan bak kut teh (sup tulang babi) lengkap dengan logo halal benar-benar mengejutkan rakyat negara ini.

"Saya hairan mengapa akhir-akhir ini perilaku remaja dalam negara begitu liar seolah-olah tiada penghormatan. Bagi saya soal agama bukan lagi soal toleransi tetapi penghormatan penerimaan.
"Sebab itu saya melihat ramai pemimpin dari suku Tionghua yang turut mengutuk tindakan pasangan ini," katanya.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh) ketika bangkit mencelah berkata, pihaknya tidak akan mengizinkan mana-mana pihak dengan sengaja menghina agama Islam seperti mana dilakukan oleh Alvin dan Vivian.
Beliau berkata, pihaknya juga tidak akan membenarkan mana-mana pihak menghina kepercayaan agama lain.

"Ini pendirian kita yang amat tegas yang kita laksanakan tetapi khusus untuk menyokong pendirian Kinabatangan. Saya tidak fikir kita patut lengahkan, siasatan segera dan tindakan (perlu) diambil sebagai satu pengajaran. Undang-undang mesti dipatuhi, penghinaan agama tidak boleh diizinkan," katanya.

Sementara itu, Tan Sri Annuar Musa (BN-Ketereh) dalam celahannya mahu semua pihak melihat insiden yang berlaku itu secara menyeluruh.
"Saya fikir gejala membangkitkan isu sensitif seperti ini harus dibendung bersama demi negara dan masa depan (rakyat)," ujarnya. - Utusan

Bonus Raya 2013

Ceupacs: Bonus Aidilfitri satu keperluan

SHAH ALAM – Cuepacs hari ini menggesa kerajaan supaya mempertimbangkan pemberian bonus setengah bulan gaji kepada 1.4 juta penjawat awam di negara ini menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri, bulan depan.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, kadar bonus raya yang dicadangkan kongres pada 9 Julai lalu adalah berpatutan dan hanya melibatkan kenaikan setengah bulan sahaja berbanding yang diberikan kerajaan pada tahun lepas.

“Tahun lepas kerajaan sudah beri dua bulan bonus, jadi kami harap tahun ini dapat diberikan sedikit kenaikan kepada penjawat awam memandangkan harga barangan keperluan semakin naik, sekali gus dapat meringankan beban mereka khususnya mereka yang berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan dan golongan pesara.


“Hal itu bukan saja berita gembira buat penjawat awam ini bahkan akan beri sedikit keceriaan kepada peniaga di luar sana yang kita dapati kurang dapat sambutan penjawat awam yang masih menunggu bayaran bonus itu,” katanya kepada Sinar Harian Online ketika dihubunginya, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Dr Ali Hamsa semalam yang mengatakan kerajaan masih belum berbincang mengenai pemberian bonus kepada 1.4 juta penjawat awam sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Bagaimanapun, beliau berkata kerajaan sebelum ini telah mengumumkan Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) sebanyak dua kali untuk tahun ini sahaja.

Omar berharap kerajaan dapat merealisasikan pemberian bonus Aidilfitri itu sepuluh hari atau seminggu sebelum umat Islam menyambut Hari Raya, bulan depan.

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan peniaga barangan keperluan hari raya supaya tidak mengambil kesempatan jika penjawat awam bila penjawat awam diberikan bonus raya nanti.

Sebaliknya golongan peniaga patut berterima kasih kerana sedikit sebanyak dapat membantu mereka melariskan barangan jualan mereka yang kini masih suram daripada pengunjung baik di pasaraya mahupun bazar Ramadan.

Pada 9 Ogos tahun lepas, kerajaan membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam dan bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan bagi membantu mereka membuat persediaan menyambut Aidilfitri. - SH

Ada dua kemungkinan, pertama Najib memang hendak beri cuma tunggu masa hampir raya supaya peniaga tidak naikkan harga barang. Kemungkinan kedua, Najib tidak peduli dan membiarkan kakitangan awam mengemis bonus raya.


‘Blogger seks’ digesa serah diri atau berdepan ditangkap polis


Tan Sri Khalid Abu Bakar meminta pasangan 'blogger seks', Alvin Tan dan Vivian Lee segera menyerah diri sebelum mereka ditahan atas perbuatan mereka baru-baru ini yang dilihat sebagai mempersenda bulan Ramadan.

Ketua Polis Negara itu, berkata pasangan itu disiasat atas dakwaan menimbulkan kebencian kaum dan agama serta cuba mewujudkan keadaan yang tidak tenteram.
Khalid menggesa mereka menyerah diri serta merta sebelum mereka diburu polis.

Pagi tadi, Tan Sri Abdul Gani Patail berkata, pasangan  itu mungkin disiasat mengikut Akta Hasutan ekoran provokasi melampau di bulan Ramadan yang mengundang kemarahan orang Islam.
"Ya, Akta Hasutan. Pertimbangan harus dan akan dibuat," kata Peguam Negara itu pada sidang media hari ini.

Pasangan itu mengirim sekeping gambar di laman Facebook Khamis lalu dengan mengucapkan “Selamat Berbuka Puasa” sementara menikmati ‘bak kut teh’ (sup herba babi), selain logo Halal dipamer pada gambar berkenaan.

Facebook menutup akaun berkenaan selepas Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) menjalankan siasatan berikutan laporan orang awam.
Pasangan yang sering menimbulkan kontroversi, kemudian memohon maaf dalam satu kiriman YouTube dengan mendakwa perbuatan mereka hanya satu jenaka.

SKMM, bagaimanapun, tidak melihat isu berkenaan sebagai lucu.
Semalam. Ketua Bahagian Penguatkuasaan dan Pemantauan SKMM, Zulkarnain Mohd Yasin, berkata siasatan akan dilengkapkan minggu ini dan polis juga menjalankan siasatan sendiri.

Pasangan itu disiasat mengikut Seksyen 211 dan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Jika sabit kesalahan, mereka boleh dipenjara setahun atau denda RM50,000. - 16 Julai 2013.

Papar senda Ramadan, penjaga intenet kafe dibogel



Seorang penjaga kaunter kafe internet dicedera dan dibogelkan sekumpulan lelaki semalam selepas membuat paparan kontroversi yang mempersenda Ramadan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata lelaki dari Shah Alam itu diperlakukan demikian akibat kenyataannya yang menyentuh sensitiviti agama berkaitan paparan facebook oleh Alvin Tan, 25, dan Vivian Lee, 24. Pasangan itu mempersenda Ramadan dengan memuat naik gambar hidangan khinzir di laman mereka.

"Tindakan pantas polis berjaya menahan empat lelaki di Shah Alam dan Petaling Jaya pagi ini kerana terbabit mencederakan lelaki itu. Motif mereka ialah membalas dendam terhadap paparan Vivian dan Alvin," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas lawatan Pengerusi Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan, Datuk Heliliah Mohd Yusof, di Bukit Aman, hari ini.

Dalam kejadian 3 pagi semalam, Ng Mun Tatt, 24, dipercayai telah dilarikan oleh lapan lelaki menaiki Toyota Alphard ketika beliau sedang makan bersama teman wanitanya di sebuah restoran di Shah Alam.
Wanita itu tidak diapa-apakan.

Ng dicedera dan dibogelkan sebelum ditinggalkan di Kilometer 4.5 Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE), berhampiran susur keluar Setiawangsa di sini.

Beliau ditemui oleh seorang penunggang motosikal yang membawanya ke balai polis Jalan Tun Razak. Bernama, 16 Julai, 2013.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Free Web Hosting