Wednesday 18 December 2013

Kerajaan BN diingatkan pada manifesto kurangkan tol


Anggota Parlimen Kepala Batas daripada BN R Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican hari ini mengingatkan kerajaan BN kepada akujanji mereka sendiri dalam pilihan raya berhubung kos sara hidup sebelum menaikkan kadar tol lebuh raya.

NONEKatanya, dalam akujanji itu, BN secara spesifik berjanji mengurangkan kadar tol antara bandar secara berperingkat-peringkat dalam agenda pembangunan infrastruktur bertaraf dunia dan pembangunan luar bandar.

"Cadangan kenaikan kadar tol yang dikemukakan oleh pihak kerajaan wajar dikaji semula secara menyeluruh.

"Kenaikan dalam apa sahaja kuantum, akan menyukarkan rakyat khususnya dalam bandar, dan kalangan mereka yang sentiasa perlu menggunakan laluan bertol, baik dalam bandar mahupun antara bandar." - Mkini

Tuesday 17 December 2013

'Naik atau tak, konsesi tol tetap untung berganda'

PKR membantah keras cadangan kenaikan kadar tol yang dilapor akan bermula tahun depan kerana syarikat konsesi sudah mendapat keuntungan berlipat kali ganda dan ia sentiasa bertambah setiap tahun.

"Setiap kenaikan kadar tol sebenarnya menambahkan lagi keuntungan mereka sedangkan rakyat terus terbeban dengan tekanan ekonomi," kata pengarah strateginya Rafizi Ramli (kanan).

Lima belas lebuh raya, kebanyakannya sekitar Kuala Lumpur, hari ini dilaporkan akan menaikkan kadar tol antara 50sen hingga RM2 bermula 1 Januari tahun depan.

Dalam kenyatannya hari ini, Rafizi berkata, keuntungan itu ditunjukkan dalam rekod kewangan syarikat masing-masing antara ratusan juta hingga berbilion ringgit.

Menurutnya, keuntungan bersih sebelum cukai (dengan caj susut nilai) PLUS Berhad sebanyak RM2.515 bilion bagi tahun kewangan 2011 dan perincian kos 2010.

Manakala, Lebuh Raya Shah Alam (Kesas), menurutnya, mencatatkan keuntungan berganda terkumpul (CAGR) sehingga 12 peratus antara tahun kewangan 2008 hingga 2012 seperti dilaporkan kajian bank.

Keuntungan bersih sebelum cukai (dengan caj susut nilai) pula RM180 juta bagi tahun 2013, kata anggota Parlimen Pandan itu lagi.

Justeru katanya, walaupun tol tidak dinaikkan, jumlah kutipan konsesi terlibat tetap naik ekoran margin keuntungan yang kekal tinggi kerana peningkatan kenderaan di lebuh raya sehingga 8.1 peratus.

"Dalam keadaan kos operasi sudah pun rendah (bagi sesetengah lebuh raya, kos penyenggaraan tidak sampai 10 peratus pun dari kutipan tol), keuntungan yang dinikmati antara yang tertinggi berbanding industri-industri lain.

"Oleh sebab itu, sebarang kenaikan kadar tol menghina rakyat pada kala kerajaan dan pemegang konsesi bermewah dengan keuntungan yang sudah pun terlalu tinggi," katanya lagi.

Kembali ke kantung Putrajaya
Sementara itu, Rafizi juga berkata, pampasan yang dibayar kerajaan kepada syarikat konsesi sebenarnya "bukanlah satu bentuk subsidi yang diwar-warkan".

Ini kerana, katanya, subsidi bermakna belanja yang dikeluarkan kerajaan untuk menampung kos sesuatu barangan atau perkhidmatan supaya harganya dikekalkan pada paras lebih rendah.

"Dalam kes kenaikan kadar tol, jumlah kos yang ditanggung pada kadar tol sekarang pun sudah terlalu rendah hingga memberikan keuntungan yang terlampau tinggi kepada pemegang konsesi," katanya.

"Oleh itu, sebarang kenaikan kadar tol sebenarnya sama dengan kerajaan mencukai rakyat dengan cukai tambahan kerana keuntungan syarikat-syarikat pemegang konsesi yang dimiliki kerajaan ini, akhirnya kembali ke kantung Putrajaya untuk diborosi oleh Datuk Seri Najib Razak (atas) dan kabinetnya." - Mkini

Tuduh Syiah: Mat Sabu akan saman Zahid Hamidi


Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu akan memfailkan saman ke atas Datuk Seri Zahid Hamidi ekoran kenyataan menteri dalam negeri itu di Perhimpunan Agung Umno lalu yang mendakwa beliau berfahaman Syiah.

Mohamad berkata tuduhan Zahid yang juga naib presiden Umno itu adalah fitnah terhadap dirinya.

"Pada masa ini peguam saya akan memfailkan saman ke atas Datuk Seri Zahid Hamidi sahaja kerana bagi saya beliau adalah pencetus kepada tuduhan fitnah ke atas saya itu.

"Dan saya percaya tuduhan fitnah yang dilemparkan oleh beliau ke atas saya adalah didasari oleh niat jahat bagi menjatuhkan maruah dan integriti saya.

"Insya-Allah segala proses saman itu kini saya serahkan semuanya kepada kebijaksanaan para peguam saya," katanya dalam sidang medianya petang ini.

Mohamad mendakwa ucapan Ahmad Zahid pada 7 Disember lalu menunjukkan menteri dalam negeri itu menyalahguna kuasa apabila didakwa telah memberi kuasa kepada Jakim untuk mengambil tindakan ke atasnya.

"Saya yakin ini satu bentuk penyalahgunaan kuasa kerana smua tahu bahawa Jakim bukan terletak di bawah bidang kuasa KDN, maka atas dasar apakah KDN boleh dengan secara sewenang-wenang memberi kuasa kepada Jakim mengambil tindakan ke atas saya," katanya.

Sehubungan itu, Mohamad berkata beliau akan membuat laporan polis terhadap Zahid berhubung kenyataan yang dianggapnya " tidak bertanggungjawab" dan berharap polis bersikap profesional menyiasat kenyataan menteri itu tanpa rasa gentar dan memihak.

Mengulas berhubung tindakan undang-undang itu, Mohamed Hanipa berkata pihaknya akan menghantar notis penarikan balik dan permohonan maaf kepada bekas tahanan ISA yang mesra dipanggil 'Mat Sabu' dalam minggu ini.

"Kita beri masa tiga hari. Kita rasa dia sudah bersedia. Kita hantar notis tuntutan. Kita tengok respon. Mana tahu (dalam tempoh itu) kalau Allah dia nak minta maaf.

"Mat Sabu nak berjumpa dia (Zahid) di mahkamah. Datuk Seri Zahid berseorang," tegas pengamal undang-undang itu.

Turut hadir dalam sidang media itu, tiga peguamnya iaitu Mohamed Hanipa Maidin, Nasar Khan dan Aminuddin Zulkifli. - Mkini

Azean Irdawaty meninggal dunia

PRIMODANA  filem Melayu, Azean Irdawaty, 63 tahun meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) Petaling Jaya Selangor malam ini.

Allahyarham menderita sejak lima tahun lalu akibat penyakit tumor dan lymphedema yang dihidapinya.

Difahamkan, pelakon itu meninggal dunia kira-kira jam 8.30 malam di depan suaminya. Khairil Anwar dan juga anak-anak.

Ini disahkan oleh Pengarang hiburan Berita Harian, Hanizam Abdullah atau dikenali sebagai Kak Cham menerusi Twitternya sebentar tadi.

Allahyarham meninggalkan suami, Khairil Anwar Z.M Rashidi dan tiga orang anak, Khaeryll Benjamin, Elza Irdalynna dan Inessa Irdayanty. - SH

Monday 16 December 2013

Harun, pengikut didakwa


KUANTAN 16 Dis. - Ketua ajaran sesat ‘Tuhan Harun’, Harun Mat Saat dan tiga pengikutnya dihadapkan ke Mahkamah Tinggi di sini hari ini berhubung tuduhan membunuh Ketua Penolong Pengarah (Penguat Kuasa), Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Ahmad Raffli Abd. Malek, bulan lalu.

Seorang daripada pengikut ajaran sesat itu, Sumustapha Suradi, 39, menghadapi tuduhan membunuh Ahmad Raffli bersama-sama dua lagi yang masih bebas di rumah mangsa di No. 7, Lorong IM 2/29, Bandar Indera Mahkota di sini kira-kira pukul 1.50 petang, 10 November lalu.

Tertuduh dari Kampung Sibugal Besar, Sandakan, Sabah didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman mati mandatori.
Dia mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan kepadanya di hadapan Hakim Datuk Ab. Karim Ab. Rahman.

Sementara Harun, 47; isteri ketiganya, Azida Mohd. Zol, 30, dan seorang lagi pengikutnya, Shaizral Eddie Nizam Shaari, 37, didakwa bersama-sama Sumustapha dan dua lagi yang masih bebas untuk bersetuju antara satu sama lain melakukan konspirasi jenayah yang membawa kepada pembunuhan Ahmad Raffli.
Kesalahan itu yang didakwa dilakukan pada masa, tarikh dan tempat yang sama yang bertentangan dengan Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 120B(1) Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun tersebut yang turut memperuntukkan hukuman mati mandatori.
Ketiga-tiga mereka juga membuat pengakuan tidak bersalah atas pertuduhan tersebut.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Salim Soib @ Hamid manakala keempat-empat tertuduh diwakili peguam Hermes Media Putra Ibrahim.

Harun yang mengunakan kerusi roda kerana diserang angin ahmar dilihat tidak boleh bercakap dan hanya mengunakan isyarat tangan untuk membuat pengakuan tidak bersalah.
Dalam pada itu, Hermes Media Putra meminta pihak mahkamah membenarkan Harun untuk menjalani rawatan berkala di hospital kerana penyakit angin ahmar.

‘‘Harun telah mengikuti rawatan akibat penyakit ini sejak Julai lalu di Hospital Sungai Buloh. Saya harap mahkamah dapat benarkan anak guam saya terus menjalani rawatan,’’ katanya.
Hakim Ab. Karim kemudian membenarkan permohonan itu dan mengarahkan laporan perubatan Harun dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk memudahkan dia menjalani rawatan di situ.
Beliau menetapkan sebutan semula kes pada 28 Januari depan.

Pertuduhan yang dihadapi tidak membenarkan kesemua tertuduh dibebaskan dengan jaminan.
Terdahulu di Mahkamah Majistret, kesemua tertuduh didakwa atas tuduhan sama di hadapan Majistret Noor Zaihan Mohamad Ali yang kemudiannya membenarkan kes itu dipindahkan serta-merta ke Mahkamah Tinggi.

Dalam pada itu, tempoh tahanan reman sembilan lagi pengikut ajaran sesat itu dilanjutkan sehingga 23 Disember ini bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan lanjut terhadap kes ini.
Memetik laporan akhbar sebelum ini, dalam kejadian pembunuhan tersebut, Ahmad Raffli maut ditembak dari jarak dekat oleh seorang lelaki tidak dikenali di hadapan rumahnya.

Ekoran kejadian itu, polis pada 15 November lalu telah mengedarkan 27 keping gambar ketua dan pengikut ajaran sesat Tuhan Harun yang dikehendaki bagi membantu siasatan kes pembunuhan tersebut.
Pada 20 November, Harun berjaya diberkas polis bersama Azida dan pemandunya, Nor Hairi Harun, 41, dalam serbuan ke atas sebuah rumah di Bandar Baru Tangkak, Johor, kira-kira pukul 3.30 petang.

Susulan penahanan itu, polis turut merampas sepucuk pistol yang dipercayai digunakan dalam kejadian tembakan tersebut. - Utusan

Pengurus, tiga pengawal keselamatan didakwa membunuh


KUALA LUMPUR 17 Dis. - Seorang pengurus dan tiga pengawal keselamatan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ampang dekat sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang pemuda yang dipercayai mencuri wang tabung masjid, tiga minggu lalu.

Mohamad Yusof Mohamad, 39; Mohd. Aswendy Majon, 26; Iweldo Putra, 19; dan Pondri Neriko, 20, didakwa melakukan perbuatan itu terhadap Mohamed Shah Reza Fauzi @ Mohamed, 20, di tangga tepi pagar Masjid Al Azim, Jalan Pandan Indah, Ampang, dekat sini kira-kira pukul 5 pagi, 3 Disember lalu.

Majistret Ayuni Izzaty Sulaiman menetapkan 17 Februari depan untuk sebutan semula kes itu sementara menunggu laporan forensik dan kimia. - UTUSAN

Aktivis Saudi dipenjara 4 tahun, 300 sebatan


RIYADH - ARAB SAUDI. Mahkamah di Arab Saudi menjatuhkan hukuman empat tahun penjara dan 300 sebatan terhadap seorang aktivis selepas didapati bersalah kerana menuntut demokrasi di negara itu, menurut Persatuan Hak Asasi Awam dan Politik (ACPRA).

Jurucakap ACPRA memberitahu bahawa Omar al-Saeed yang tidak diwakili peguam ketika dibicarakan adalah ahli keempat persatuan itu yang dihukum penjara pada tahun ini.

Sementara itu, laporan dipetik dari Reuters, Pemerhati Hak Asasi Manusia di Timur Tengah, Adam Coogle menyifatkan ia sebagai satu lagi contoh keangkuhan pihak berkuasa Saudi.

"Mereka seperti tidak boleh menerima sebarang kritikan terhadap dasar negara atau pencabulan hak asasi manusia di negara tersebut," katanya. - SH

Luahan hati Ustaz Kazim

IPOH – Meskipun sudah menyatakan pendirian menolak pelantikan sebagai ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Mohammad Kazim Elias atau dikenali Ustaz Kazim, keputusan itu terus mencetuskan pelbagai reaksi.

Ada yang menyatakan sokongan, namun tidak kurang daripada mereka memberi persepsi negatif hingga menimbulkan rasa kurang senang kepada pendakwah berkenaan.

Dalam satu kenyataan di akaun Facebook milik Ustaz Kazim, kelmarin beliau menyatakan luahan hati apabila masih terdapat segelintir individu mempersoalkan pelantikan dan keputusan yang dibuat.

“Apa perkataan yg (yang) paling sesuai pd (pada) puak2 (puak-puak) yg (yang) x (tak) faham2 (faham-faham), ingatkan bila tak terima jawatan MT dah selesai, rupanya tak habis lg (lagi),” katanya.

Petikan dalam akaun yang didaftar atas nama Ustaz Mohd Kazim Elias itu turut memaklumkan ada yang menyatakan beliau menerima pelantikan MT, sedangkan pengumuman penolakan itu sidah dibuat, awal Disember lalu.

“Ada yang agak bodoh dok kata sy (saya) terima MT, tak habis2 (habis-habis) fitnah umpat dan keji,” katanya.

“Tolak pun salah, terima pun salah…tak masuk politik pun salah..diam pun salah..jawab pun salah,” katanya.

Sebelum ini, Ustaz Kazim membuat keputusan untuk menolak pelantikan berkenaan dengan menggariskan tiga faktor utama, salah satunya bagi menjaga nama baik Umno dari terus difitnah.

Biarpun keputusan yang dibuat itu muktamad, beliau yang juga Pengetua Pusat Pendidikan Al-Barakah tetap terbuka untuk memberikan idea dan cadangan yang membina kepada Perdana Menteri terhadap agenda transformasi agama di dalam Umno. - SH

Frasa yang anda gunakan perlu tunjuk akhlak juga.("... kerana segelintir parasit inilah..."). Duduk tenang, muhasabah diri. Tentu ada sebab mengapa ramai yang tidak suka anda. Mudahan mendapat kebaikan.

Aksi 'terlampau' polis tersebar

GEORGETOWN - Aksi polis 'terlampau', itu gambaran dalam video bertajuk 'Polis Tampar Orang Awam' yang dimuat naik dalam laman Youtube sejak beberapa hari lalu.


Video berdurasi satu minit enam saat itu disaksikan kira-kira 1,230 selepas dimuat naik sejak Sabtu lalu.

Bukan sahaja tersebar di Youtube malah ramai pengguna laman sosial berkongsi video berkenaan di laman sosail Facebook dan blog.

Video yang memaparkan seorang anggota polis dari Balai Polis Bayan Baru menahan tiga lelaki warga asing terbabit boleh dianggap keterlaluan apabila anggota polis berkenaan bertindak di luar batasan dengan menampar beberapa kali serta memaki hamun tiga lelaki yang ditahan berkenaan.

Difahamkan, kejadian yang berlaku di hadapan sebuah klinik di kawasan Queensbay itu berpunca apabila dua lelaki daripada tiga lelaki berkenaan cuba melarikan diri apabila diminta berhenti untuk diperiksa.

Menurut sumber, anggota berkenaan yang ketika itu bertugas dalam Operasi Ops Payung di kawasan berkenaan meminta dua lelaki berkenaan berhenti untuk diperiksa namun tidak diendahkan mereka.

Berang dengan tindakan dua lelaki berkenaan, anggota itu bertindak mengejar mereka menggunakan motosikal dan berjaya menahan mereka sebelum berlakunya aksi itu.

Difahamkan, akibat daripada perbuatan anggota itu, beliau kini ditukarkan ke Unit Bilik Gerakan, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Barat Daya.

Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi dalam satu kenyataannya di sini semalam berkata, Bahagian Tatatertib kontinjen negeri sedang menjalankan siasatan berhubung kes berkenaan.

Menurutnya, pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana anggota dan pegawainya yang melakukan kesalahan sehingga mencemarkan nama dan menjatuhkan imej PDRM.

“Arahan dikeluarkan kepada semua ketua jabatan, ketua polis daerah dan ketua formasi untuk memastikan semua pegawai dan anggota di bawah seliaan mereka melaksanakan tugas mengikut undang-undang.

“Jangan sesekali bertindak di luar batasan serta melakukan perkara yang mencemarkan imej pasukan,” katanya. - SH

Sunday 15 December 2013

Rakyat sudah jatuh ditimpa tangga

SHAH ALAM - Peribahasa ibarat sudah jatuh ditimpa tangga sesuai untuk situasi rakyat yang semakin terhimpit dengan kesan kenaikan yang bakal dialami pada 2014, kata Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr Maamor Osman.

Beliau berkata demikian mengulas pengumuman kerajaan yang bakal menaikkan kadar tol di 13 lebuh raya terlibat susulan perjanjian konsesi yang menyatakan kadar itu perlu disemak dan dinaikkan pada 2011.



“Apabila mendengar kenaikan tol ini, saya tidak terkata lagi. Baharu sahaja rakyat dikhabarkan kenaikan tarif elektrik, gula, minyak, ini tol pula.

“Kita rakyat susah mahu faham dengan tindakan kerajaan kerana setiap kali yang diumumkan syarikat konsesi mendapat keuntungan berganda, kerajaan juga mendapat pulangan baik, tapi rakyat yang susah akhirnya dengan kadar tol dinaikkan,” katanya kepada Sinar Harian.

Kata beliau, jika kerajaan mahu menaikkan harga tol, namun tahap prestasi jalan dan ciri-ciri keselamatan masih ditahap yang sama, pastinya amat tidak bermakna bagi rakyat.

“Kalau sepanjang jalan di lebuh raya dengan kelajuan 110km, contohnya hanya sejam sahaja boleh sampai ke Melaka dari Kuala Lumpur, mungkin rakyat tidak akan berkira.

“Tapi kalau bayar tol, jalan tetap sesak dan ciri keselamatan tidak diendahkan apa guna bayar tol yang mahal-mahal,” ujarnya.

Dalam pada itu, katanya jika sekalipun kenaikan kadar tol tidak dapat dielakkan, kerajaan sepatutnya bertindak menyemak sekali lagi perjanjian antara syarikat konsesi supaya tidak berlaku perjanjian berat sebelah.

“Ini penting, kerajaan perlu semak kembali perjanjian itu supaya tidak berlaku tindakan kurang cerdik daripada pihak mereka semasa menandatangani perjanjian dengan syarikat konsesi.

“Kita tidak mahu berlaku berat sebelah, mungkin masa tandatangan itu, diambil kira jumlah kereta yang lalu hanya berapa dan sekarang pula sudah berapa jumlah kereta yang melalui lebuh raya itu,” kata beliau.

Sehubungan itu, kerajaan disaran lebih bijak menguruskan ekonomi dengan mengutamakan rakyat supaya tidak terkesan berikutan penarikan subsidi dan kenaikan harga barangan.

“Rasanya di setiap lebuh raya ada papan iklan yang pastinya mendapat keuntungan berlipat kali ganda. Ini belum lagi termasuk dengan gerai di kawasan rehat yang menawarkan pelbagai barangan makanan dan sebagainya kepada pengguna, pastinya mendapat keuntungan,” katanya. - SH

Kerajaan Umno yang sangat berjiwa rakyat ini akan mengatakan seperti biasanya, golongan miskin tidak terbabit langsung dengan kenaikan tol kerana mereka tidak menaiki kereta tetapi mereka hanya berjalan kaki, menunggang basikal atau motosikal. Eh, bukankah kamu penyokong Umno?

Dr Asri: Mat Sabu perlu akui 2 sahabat Rasulullah

SHAH ALAM – Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu disarankan supaya mengakui kepimpinan dua sahabat Rasulullah SAW iaitu Saidina Abu Bakar As Shiddiq dan Saidina Umar Bin Khattab sebagai bukti tidak terlibat fahaman Syiah.

Bekas Mufti Perlis, Profesor Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyarankan perkara itu melalui laman Facebooknya hari ini bagi menangkis dakwaan yang dikenakan kepadanya.

Mohd Asri yang dipetik sebagai berkata, Mohamad atau Mat Sabu perlu mengistiharkan kepada umum kepimpinan dua sahabat Rasulullah SAW sebagai pemimpin yang sah.

"Mudah saja, kalau Mat Sabu bukan Syiah dia hendaklah mengisytiharkan pada umum bahawa beliau mengakui kepimpinan Abu Bakar dan Umar sebagai pemimpin yang sah lagi berada atas landasan petunjuk ALLAH dan Rasul-NYA," tulisnya.

Semalam, media melaporkan KDN meminta  Mohamad   tampil mengemukakan bukti jika dirinya tidak terlibat dengan fahaman Syiah. - SH

Selepas istihar, puak sebelah sana akan kata Mat Sabu menipu kerana sifat syiah suka menipu. Ia tidaklah semudah itu.

Bukti Syiah: Mat Sabu suruh KDN cari

SHAH ALAM - Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berkata, tidak ada keperluan untuk dirinya membuktikan bahawa beliau bukan pengamal ajaran Syiah, sebaliknya mereka yang menuduhnya lah perlu mengemukakan bukti sahih bagi mengaitkan dirinya dengan fahaman itu.

Malah katanya, meminta orang yang dituduh mengemukakan bukti bagi menafikan dakwaan ke atas dirinya juga bukan suatu amalan di negara ini.

"Bukti mesti dari yang menuduh... itulah amalan di Malaysia," ujarnya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Sinar Harian Online.

Mohamad yang lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu semalam digesa mengemukakan bukti bahawa dirinya tidak terlibat dengan fahaman Syiah. -SH

Thursday 12 December 2013

Mayat pelajar lelaki ditemui tergantung

KOTA BHARU - Misteri bau busuk dalam tandas asrama di sebuah sekolah di Kok Lanas pagi semalam, terbongkar apabila penyelia asrama terbabit, menemui mayat seorang pelajar dalam keadaan tergantung dengan kain pelekat dalam tandas yang terkunci.

Penyelia terbabit, Zul Atfi Mohamad, 37, berkata, sebagai rutin setiap pagi dia melakukan pemeriksaan bersama pengetua sekolah bagi meninjau setiap keadaan kawasan sekitar sebelum pelajar memulakan kelas al-Quran pada setiap pagi selepas bermulanya cuti sekolah awal Disember lalu.

Menurutnya, hanya apabila sampai di kawasan bilik air di tingkat bawah, dia tercium bau yang amat busuk dan mendapati pintu salah sebuah tandas dalam bilik air asrama terkunci dari dalam.

“Curiga dengan keadaan itu, saya mengambil kerusi yang berada di luar dan cuba memanjatnya bagi meninjau keadaan dari dalam tandas yang terkunci itu.

“Ketika saya memanjat dinding bilik air berdekatan dengan siling tandas, saya mendapati mayat seorang lelaki separuh bogel dengan hanya memakai baju dan jaket manakala lehernya diikat dengan kain pelekat tergantung dalam tandas dan terdapat kesan darah dan najis di lantai bilik air itu," katanya.

Kata Zul Atfi lagi, sebelum ini sepanjang lima hari bertugas di situ, dia turut melakukan pemeriksaan di seluruh kawasan termasuk di bilik air ini hampir setiap hari bermula Selasa lalu, namun tidak pula tercium bau
busuk.

“Apa pun pihak sekolah menyerahkan kes ini kepada polis untuk tindakan lanjut bagi mengenal pasti identiti mangsa," katanya.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, sehingga ini pihaknya sudah mengenal pasti mayat mangsa dan hasil semakan yang dibuat melalui pengetua sekolah itu, mendapati salah seorang pelajar lelaki yang berusia 16 tahun tidak pulang ke rumah.

“Pihak sekolah telah menghubungi keluarga mangsa dan difahamkan pelajar itu tidak pulang ke kampungnya di Pasir Mas, selepas cuti bermula pada 7 Disember lalu,” katanya.

Berdasarkan pengecaman yang dilakukan oleh kedua-dua ibu bapa mangsa, mereka sudah mengenal pasti dan mengecam pakaian serta cermin mata yang dijumpai di tempat kejadian.

“Dari hasil siasatan terhadap mayatnya, pelajar itu sudah tiga hari berada dalam keadaan demikian. Melalui pengamatan yang dijalankan, kejadian terbabit tiada kaitan dengan unsur jenayah dan kes diklafikasikan sebagai kematian mengejut," katanya. - SH

Sejuta di S'gor, KL hadapi gangguan bekalan air minggu depan

Kira-kira sejuta penduduk di Selangor dan Kuala Lumpur bakal menghadapi gangguan bekalan air bermula Selasa depan berikutan hentitugas (separa) sementara loji rawatan air Sungai Selangor Fasa 2.
  
Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) dalam satu kenyataan berkata gangguan bekalan air akan bermula pada jam 8 pagi 17 Dis manakala tempoh pemulihan bekalan dijangka bermula pada jam 9 malam hari yang sama dan berterusan hingga jam 8 pagi 22 Disember (Ahad).
  

Hentitugas itu adalah bagi memberi laluan kepada kerja-kerja menaik taraf, pembaikan dan penukaran aset-aset utama seperti papan suis dan paip keluli.
  
Kenyataan itu menyebut ia melibatkan 217,694 akaun pengguna, termasuk di beberapa kawasan penting seperti Kelab Diraja Selangor, Pusat Sains Negara, Kompleks Kerajaan Jalan Duta dan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
  
Bekalan air di kebanyakan kawasan dijangka pulih dalam tempoh 24 jam selepas kerja-kerja hentitugas itu selesai, namun bergantung kepada kedekatan dengan sumber bekalan.
  
"Pihak SYABAS menjangkakan kawasan yang tinggi dan jauh dari sumber air khususnya di sekitar Petaling, Kuala Lumpur dan Klang/Shah Alam adalah kawasan bekalan air yang terakhir pulih sepenuhnya," katanya.
  
Syabas turut menasihatkan pengguna untuk menyimpan bekalan air secukupnya kerana tiada lori tangki akan dibekalkan semasa tempoh gangguan itu (kecuali di hospital, pusat dialisis dan rumah ibadat) memandangkan notis awal telah dikeluarkan.
  
Sebagai langkah persediaan awal, pihak SYABAS telah meletakkan kakitangannya untuk menghadapi hentitugas berjadual ini termasuk meletakkan 66 buah lori tangki dalam keadaan bersedia serta menyediakan 750 buah tangki statik sekiranya diperlukan khasnya untuk kawasan-kawasan yang masih belum mendapat pemulihan selepas 24 jam.
  
Para pengguna boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) di talian bebas tol 1-800-88-5252 untuk mendapatkan maklumat lanjut.
  
Berikut adalah senarai kawasan yang bakal terlibat gangguan bekalan air:
  
WILAYAH KUALA LUMPUR:

1. Kawasan Bukit Kiara: Kelab Diraja Selangor; Bukit Kiara Resort; Pusat Sukan Bukit Kiara; Pusat Sains Negara; Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN); Suruhanjaya Sekuriti dan Bahagian Teknologi Pendidikan Pusat Konvensyen Sime Darby.
  
2. Sebahagian kawasan Bukit Damansara: Jalan Segambir; Jalan Belimbing; Jalan Setiabistari; Jalan Setiamurni 1 hingga 12; Jalan Setiabudi; Jalan Setiarasa; Jalan Setiaraya; Jalan Setiajaya; Jalan Medan Setia; Jalan Setiabakti; Jalan Setiakasih; Plaza Damansara dan Taman Seri Beringin.

3. Kawasan Segambut: Taman Sri Sinar; Taman Sri Bintang; Taman Bukit Sri Bintang; Taman Prima Pelangi; Taman SPPK Segambut; Taman Segambut; Taman Segambut Permai; Taman Segambut Damai; Taman Segambut Muda; Taman Segambut Aman; Taman Bukit Segambut; Taman Indah Murni; Taman Prima Impian; Taman Desa; Kampung Segambut Dalam; Taman Segambut Bahagia; Kampung Segambut Tengah; Kampung Segambut Gate; Kesington Park; Changkat Kiara Bayu; Changkat Kiara Surya; Prima Duta; Menara Duta; Duta Ria; keseluruhan kawasan Mont Kiara dan Kompleks Kediaman Kakitangan Awam Jalan Duta.
  
4. Sebahagian kawasan Jalan Kuching dan Jalan Ipoh: Jalan Ipoh Batu 4 hingga Batu 5; Jalan Cenderuh; Jalan Kuala Kangar; Jalan Vethavanam; Jalan St.Thomas; Jalan Khalsa; Taman Kok Lian; Taman City; Kem Batu Kentomen; Taman Impian; Taman Eastern; Taman Rainbow; Taman Bamboo; Taman Million; Taman Sheng Cheng; Taman Kaya; Kawasan Perindustrian Segambut Taman Sri Kuching dan Taman Niaga Waris.
  
5. Kawasan Sentul: Kampung Chubadak; Kampung Bandar Dalam; Kampung Chempedak, Kampung Kovil Hilir; Taman Dato' Senu; Taman Sentul Raya; Sentul Selatan dan Bandar Baru Sentul.

6. Kawasan Jalan Duta: Arkib Negara; Kompleks Kerajaan Jalan Duta; Masjid Wilayah Kuala Lumpur; Lembaga Peperiksaan; Ibu Pejabat BPR; Persiaran Duta; Pusat Perkembangan Kokurikulum Stadium Hoki.
  
7. Sebahagian kawasan Jalan Mahameru: Kawasan Taman Duta; Kawasan Bukit Tunku; Kawasan Tasik Perdana; Kawasan Parlimen; Jalan Sultan Salahuddin; Jalan Tun Ismail; Jalan Dato' Onn; Jalan Lembah Ledang; Jalan Perlis; Jalan Kedah; Jalan Selangor; Jalan Johor dan Jalan Negeri Sembilan.

8. Kawasan Sri Hartamas: Taman Sri Hartamas, Kiara View; Kiaramas; Taman Duta Nusantara; Taman Duta Tropika; Hartamas Heights.

9. Kawasan Bukit Sentul: Jalan Kolam Air; Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC); The Mall; Hentian Putra.

10. Sebahagian Jalan Tun Razak (dari Bulatan Pahang hingga persimpangan Jalan Langgak Golf): Hospital Tawakkal; Institut Perubatan Respiratori; Pusat Darah Negara; Institut Jantung Negara; Hospital Pusrawi; Jalan Semarak; Jalan Perumahan Gurney; Jalan Maktab; Jalan Padang Tembak; Flat DBKL Dato’ Keramat; Kementah; Pulapol; Wisma Tanah; JUPEM; UTM; FELDA; Pusat Latihan Telekom; Sebahagian Jalan Pahang (dari Bulatan Pahang hingga persimpangan Jalan Titiwangsa)

11. Sekitar kawasan KLCC: Suria KLCC; Kuala Lumpur Convention Centre; Menara Maxis; Mandarin Hotel; Menara Exxon Mobil; Jalan Yap Kwan Seng; Jalan Pinang.

12. Jalan Ampang (dari persimpangan Jalan Tun Razak hingga persimpangan MRR2): Jalan Langgak Golf; Jalan U Thant; Pusat Perubatan Gleneagles; Pejabat Kedutaan British; Pejabat Kedutaan Sepanyol; Pejabat Kedutaan Bangladesh; Pejabat Kedutaan Perancis; Pejabat Kedutaan Thailand; Pejabat Kedutaan China; Pejabat Kedutaan Arab Saudi; Pejabat Kedutaan Sri Lanka; Pejabat Kedutaan Russia; Pusat Penyelidikan Getah Malaysia; Jalan Ampang Hilir.
  
13. Sebahagian kawasan Kampung Baru: Jalan Sungai Baru; Jalan Rakam; Jalan Hamzah; Jalan Datuk Abdul Malik; Jalan Haji Sirat; Jalan Haji Yaakub; Jalan Salleh; Jalan Syed Mahadi; Jalan Haji Zainuddin; Jalan Pauh; Jalan Raja Uda Apart; Jalan Raja Uda 2; Lorong Raja Uda 1; Lorong Datuk Abdullah.

14. Semua kawasan berikut: Taman Sri Delima; Kampung Delima; Kampung Stesen; Kampung Batu 4; Taman Pandan Jaya; Taman Cempaka; Taman Bakti; Taman Nirwana; Kampung Pandan Dalam; Taman Cahaya; Pandan Cahaya; Taman Dagang; Taman Shamelin; Taman Tenaga; Taman Miharja; Taman Kobena; Desa Pandan.
  
WILAYAH GOMBAK:

Bandar Sri Damansara; Kepong Industrial Park; Kawasan Industri Tago; Sunway SPK; Wangsa Permai; Desa Park City; Taman Bukit Maluri; Manjalara Kepong; Desa Aman Puri; Medan Putra; Country Height Damansara Sunway SPK Harmoni 3.
  
WILAYAH PETALING:

Bandar Baru Sri Petaling; Desa Petaling; Jalan Klang Lama; Jalan Kuchai Lama; Kuchai Entrepreneurs Park; OUG; Jalan Penchala; Jalan Puchong; Flat Kerinchi; Kampung Kerinchi; Jalan Sungai Besi; Kampung Baru Salak Selatan; Kampung Malaysia; Kampung Pasir Baru; Pantai Dalam; Kawasan Perindustrian Batu 7 Puchong; PJ State; Seksyen 1 hingga Seksyen 10; Seksyen 18; Seksyen 52;

Taman Bukit Angkasa; Taman Bukit Indah; Taman Desa; Taman Gembira; Taman Kuchai Jaya; Taman Lee Yan Lian; Taman Goodwood; Taman Salak Selatan; Taman Sungai Besi; Taman Sri Sentosa; Taman Tan Yew Lai; Bandar Tasik Selatan; Sungai Besi; Taman Perindustrian OUG; Seksyen 51A, Petaling Jaya; Taman Yarl, Jalan Klang Lama; Bandar Baru Bukit Jalil; Taman Naga Mas;

Taman Salak Jaya; Bukit Jalil Golf Resort; Jalan SS2/50 hingga SS 2/72, SS2; Sungai Way, SS9; Petaling Bahagia; Lucky Garden; Taman Kuchai & Nam Fong; TUDM Kinrara; Kampung Bohol; Taman Puchong Mesra; Taman Paik Siong; Seksyen 11 hingga Seksyen 14, Petaling Jaya; Seksyen 16 hingga Seksyen 17, Petaling Jaya; Seksyen 17A, Damansara N/V; Seksyen 19 hingga Seksyen 22, Petaling Jaya;

WILAYAH KLANG/SHAH ALAM:

Seksyen 25 - Sri Lembayung; Seksyen 32; Seksyen 33; Bandar Putera; Putra Height; Kampung Bukit Lanchong; Seksyen 22; Seksyen 25 - Axis; Seksyen 26; Seksyen 27; Seksyen 28; Kampung Kebun Bunga; Kampung Baru Hicom; Subang Mas, Batu Tiga; Batu Tiga, Shah Alam; Batu 8, Bukit Kemuning; Bukit Naga; UEP; USJ Subang.

- Bernama

Mat Sabu Pengikut Syiah, Solat Guna Batu - KDN

gambar hiasan
PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengesahkan Mohamad Sabu yang juga Timbalan Presiden PAS terlibat dengan ajaran Syiah.

Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Abdul Rahim Radzi berkata ini berdasarkan maklumat yang mengaitkan beliau dengan maazhab tersebut.
Abdul Rahim berkata maklumat-maklumat itu termasuk Mohamad membaca 'Selawat' mengikut ajaran Syiah.

"Beliau juga dalam beberapa majlis menyatakan rasa kagum terhadap kepimpinan dan perjuangan Khomeini," katanya pada sidang media di sini Khamis.
Abdul Rahim berkata, polis dan Jabatan Agama Islam Malaysia (Jakim) akan terus bekerjasama untuk membanteras aktiviti penyebaran ajaran Syiah di negara ini.

Menurut laporan berita terdahulu, Mohamad menafikan beliau pengikut Syiah.
Sementara itu, BERNAMA melaporkan pemimpin nombor dua PAS yang dikenali sebagai 'Mat Sabu' itu didapati menggesa umat Islam mencontohi kepimpinan Islam berdasarkan cara ulama Syiah Iran Imam Khomeini melalui tulisannya bertajuk "Teladan Pemerintahan Nabi Yusuf Khomeini" dalam ruangan Fikrah, akhbar Harakah halaman 16 pada 5 hingga 15 Julai 2008.

"Selain itu, beliau dalam ucapannya sebagai Timbalan Presiden PAS pada 13 Jun 2011 turut menyatakan kekaguman dengan kepemimpinan dan perjuangan Khomeini yang banyak mencorak pemikiran beliau," kata Abdul Rahim.

Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata seorang pemimpin PAS cenderung dan terlibat fahaman syiah.
Abdul Rahim juga berkata Mohamad semasa mengulas perutusan Hari Krismas pada 2008 bagi penganut Kristian di Malaysia, turut menggunakan pendekatan Imam Khomeini sebagai terma rujukan untuk meraih sokongan politik dan agenda perpaduan di mana kenyataan itu dimuatkan dalam Harakah Daily pada 25 Dis 2008.

Kenyataan itu ialah: "Imam Khomeini telah menghantar mesej kepada penganut Kristian melalui siaran agensi-agensi berita. Para penyokong yang mengiringi Khomeini ketika dalam buangan di Neaupe Le Chateau, Perancis menceritakan mereka diminta oleh Imam Khomeini supaya membahagi-bahagikan hadiah kepada penduduk di situ pada Hari Krismas".

Selain itu Abdul Rahim berkata temuramah dibuat oleh agensi berita 'Antara Pos' dengan Timbalan Presiden Jalur Tiga (Jati) Datuk Aidit Ghazali menjelaskan Mohamad merupakan ikon Syiah dan gagal menafikan dirinya mempunyai kaitan dengan Syiah.

"Beliau juga secara terang-terangan memuji Setiausaha Agung Syiah Lubnan iaitu Sayyid Hassan Nasrullah dan mengaku beliau dan isterinya kerap bertemu dengan pemimpin Syiah berkenaan lebih daripada empat hingga lima kali," katanya.

Menurut Abdul Rahim, berdasarkan maklumat Mohamad juga didapati membuat lawatan ke sebuah masjid Syiah di Kampung Aluar, Wilayah Satun, selatan Thailand pada 2011 untuk mengunjungi pemimpin Syiah dan menghadiri majlis ramah mesra di sana.

Menurutnya berdasarkan maklumat, pemimpin PAS itu juga didapati beberapa kali menghadiri kelas pengajian di sebuah rumah di Bukit Merah, Semanggol, Perak pada 2011, dan kelas pengajian itu dikendalikan dua ustaz berfahaman Syiah yang bertugas di sebuah daripada sekolah agama di Gunung Semanggol.

"Berdasarkan temuramah pegawai KDN Ustaz Zamihan Mat Zin bersama C. NAfghani (sahabat Mat Sabu selama hampir 20 tahun) di Masjid Jamek, Kuala Lumpur pada 9 Dis 2013 yang menjelaskan Mohamad kerap kali melawat Iran dan pernah terlibat dalam program penghantaran pelajar Malaysia di Qom, Iran," kata beliau.

Selain itu menurut temuramah Ustaz Zamihan bersama Prof Madya Dr Abdul Aziz Hanafi (tokoh ulama) semalam, Abdul Aziz menjelaskan Mohamad pernah melafaz selawat seperti diamalkan penganut Syiah pada satu sesi ceramah PAS di Madrasah Diniah, Arau, Perlis pada 2005, kata Abdul Rahim.

"Tuan Guru Haji Abd Rahim dari Sg Jagung, Pendang, Kedah juga menjelaskan Mohamad merupakan salah seorang penganut Syiah kerana beliau sendiri beberapa kali pernah melihat Mohamad menunaikan solat menggunakan sebiji batu kecil leper di tempat sujudnya. "Amalan ini sinonim dengan golongan Syiah," katanya.

Sehubungan itu Abdul Rahim berkata segala fakta dikemukakan jelas menunjukkan pemimpin PAS itu mempunyai kaitan dengan fahaman dan aktiviti Syiah.
"Secara kesimpulan, Mohamad juga menggesa umat Islam Malaysia mencontohi pemikiran dan corak pemerintahan Imam Khomeini yang jelas berasaskan Syiah.

"Selain itu keterangan beliau sendiri melalui kata-kata, penulisan, rakaman ceramah dan aktiviti yang disertainya sama ada di dalam atau luar negara tidak dapat sama sekali menyembunyikan kaitan beliau dengan Syiah," kata Abdul Rahim.

Selain itu, keterangan daripada rakan-rakan Mohamad yang pernah bersama-sama berjuang dalam lapangan politik yang sama turut memperakui kaitan beliau dengan Syiah, katanya.
Abdul Rahim berkata menerusi maklumat-maklumat yang disampaikan itu, ia jelas menunjukkan KDN dan agensi-agensi kerajaan yang lain sentiasa memantau dan peka dengan ancaman kegiatan dan fahaman Syiah.

Katanya fahaman itu boleh menjejaskan aspek keselamatan dan ketenteraman awam termasuk perpecahan dan keruntuhan nilai persaudaraan ummah. - Mstar

Saman jangan tak saman.

Kita tidak mahu jadi seperti Iraq, kata Zahid Hamidi

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (gambar) menegaskan enggan menjadikan Malaysia seperti Iraq yang disifatkan sebagai negara tidak aman akibat ajaran Syiah.


"Iraq dulunya hanya berpegang pada satu fahaman iaitu Sunni, tetapi apabila mereka menerima ajaran Syiah, ia menyebabkan kacau bilau. Kita tidak mahu ia berlaku di sini," katanya kepada pemberita hari ini.

Ahmad Zahid berkata demikian mengulas kenyataan seorang ahli Parlimen di Baghdad, Iraq iaitu Syeikh Jalaluddin Ash-Shoghir mendakwa kerajaan Malaysia secara rasminya menjadi negara pertama mengkafirkan mazhab Syiah secara terbuka.

"Syarikat-syarikat Malaysia begitu gembira meraih keuntungan daripada pelaburan projek di Iraq dan negeri itu juga banyak memberi peluang perniagaan kepada kerajaan Malaysia," katanya melalui kenyataan yang tersebar di laman Youtube.

Syarikat minyak gergasi Malaysia, Petronas melabur dalam industri telaga minyak di Gharraf, Iraq.
65 % daripada jumlah populasi Iraq ialah pengikut Syiah.
Jamaluddin juga menyatakan kekecewaan terhadap kerajaan Malaysia apabila berhasrat ingin menghukum mereka yang berfahaman Syiah.

"Saya tidak tahu bahawa kerajaan Malaysia sampai satu tahap sanggup menghancurkan hubungan diplomatik dan melanggar kepercayaan. Di manakah dasar Persatuan Pertubuhan Islam (OIC)? " katanya.
Menjawab dakwaan tersebut, Ahmad Zahid berkata apa yang dikatakan Jamaluddin ialah terjemahan pendapat daripada pemimpin itu.

"Itu interpretasi beliau. Interpretasi kita amat berlainan sekali," katanya kepada media selepas melancarkan Anugerah Buku Kebangsaan dan Expo Buku 1Malaysia.
Ahmad Zahid berkata lagi, perkara tersebut berbeza antara keselamatan negara dan perniagaan.
"Saya amat terbuka untuk dipersalahkan juga untuk dikritik. Saya tidak perlu pujian.

"Atas dasar keselamatan dan keamanan negara, saya tidak akan bertolak ansur dan mengambil sebarang tindakan kerana tidak mahu negara mempunyai dua fahaman berbeza," katanya.
Jelas beliau tidak ada salahnya jika terdapat perbezaan ideology, bagaimanapun hal-hal melibatkan akidah dan kepercayaan Islam tidak harus dipertaruhkan.

Ditanya mengenai cadangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) untuk mengadakan dialog antara mazhab Sunni dan Syiah, Ahmad Zahid berkata langkah tersebut tidak perlu.
"Dialog apa? Ini tidak ada kena mengena dengan faktor manusia tetapi ia pegangan mazhab.

Pengerusi Suhakam Tan Sri Hasmy Agam yang menawarkan dialog tersebut berkata, kerajaan persekutuan menawarkan kebebasan kepada komuniti lain bagi mengamalkan kepercayaan mereka dan ia harus dilakukan kepada mereka yang mempunyai fahaman Islam yang berbeza. – 12 Disember, 2013. TMI

Senjata mula makan tuan.

Saifuddin: Saya juga kagumi Khomeini

Bukti yang didedahkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhubung dakwaan bahawa timbalan presiden PAS Mohamad Sabu seorang pengikut Syiah tidak meyakinkan bekas anggota kabinet Datuk Saifuddin Abdullah.

KDN hari ini antara lainnya membangkitkan bahawa Mohamad pernah menyatakan kekaguman ke atas kepemimpinan dan perjuangan revolusi Iran 1979 Imam Rhollah Khomeini.

Saifuddin dalam tulisan di Twitter berkata, beliau juga mengagumi Khomeini, dan juga tokoh revolusi lain seperti tokoh anti-apartheid Nelson Mandela, pemimpin gerila Bolivia Che Guevara, dan pejuang kebebasan India Mahatma Gandhi.

"Saya kagum Mandela, Che Guevara, Ghandi, Mother Theresa. Adakah bermakna saya Kristian, komunis, Hindu? "Saya juga kagum Khomeini. Adakah saya Syiah?," tulisnya. - Mkini

'Ya, saya kagum Khomeini, tapi bukan Syiah'

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mengakui kagum dengan kepimpinan bapa revolusi Iran Ayatullah Khomeini serta pemimpin Lubnan Hassan Nasrallah.
Bagaimanapun beliau tetap menafikan mengikuti fahaman Syiah.

"Dakwaan kagum dengan Khomeini, saya ucap terima kasih.

"Saya memang kagum dengan kepimpinan Khomeini kerana dia seorang pemimpin yang boleh bawa orang Islam berdiri sendiri.

"Saya juga kagum dengan Hassan Nasrullah," kata beliau dalam kenyataan ringkas hari ini.

Mohamad yang lebih dikenali dengan nama Mat Sabu turut menyatakan akan menyerahkan isu tersebut untuk diteliti peguamnya. - Mkini

KDN: Mat Sabu selawat Syiah, kagumi Khomeini

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi menyatakan Timbalan Presiden PAS Mohammad Sabu pernah 'berselawat' sebagaimana yang diamalkan penganut Syiah pada 2005.

Dalam kenyataan yang dibacakan hari ini, Rahim berkata maklumat itu hasil dari temuramah antara pegawai KDN Zamihan Mat Zin bersama Ahli Majlis Fatwa Kedah, Profesor Madya Dr Abdul Aziz Hanafi.

"Dr Abdul Aziz Hanafi menjelaskan bahawa Mohamad Sabu pernah melafazkan selawat sebagai mana yang diamalkan oleh penganut Syiah pada satu sesi ceramah PAS di Madrasah Diniah, Arau, Perlis pada tahun 2005," kata Abdul Rahim.

Abdul Rahim berkata Mohamad juga pernah menyatakan kekagumannya dengan kepimpinan dan perjuangan pemimpin revolusi Iran 1979, Imam Ruhollah Khomeini serta memuji Setiausaha Agung Syiah Lubnan Hassan Nasrullah.

Rahim berkata Mohamad juga kerap kali berulang-alik ke Iran untuk beberapa urusan seperti program penghantaran pelajar di Qom, Iran dan sudah empat-lima kali bertemu Hassan.

"Ketika mengulas mengenai perutusan hari Krismas pada tahun 2008 bagi penganut Kristian di Malaysia, beliau telah menggunakan pendekatan ulama Syiah iaitu Imam Khomeini sebagai terma tujukan untuk meraih sokongan politik dan agenda perpaduan," kata beliau.

Dalam kenyataan lima muka itu, Abduk Rahim turut memetik portal Antarapos dan blog www.dukeofumno.blogspot.com sebagai bukti Mohamad terlibat dalam Syiah.

Abdul Rahim berkata KDN mengambil sumber blog bertajuk "Ekslusif..!! Tok Guru Pondok Sahkan Mat Sabu Penganut Syiah" yang memetik seorang bernama 'Tuan Guru Haji Abd Rahim" dari Sg Jagung, Pendang, Kedah yang berkata pernah melihat Mohamad menunaikan solat dengan menggunakan sebiji batu kecil leper di tempat sujudnya.

"Amalan ini sinonim dengan golongan Syiah.

"Temuramah yang dibuat agensi berita AntaraPos dengan Datuk Audit Ghazali, Timbalan Presiden JATI menjelaskan bahawa Mohamad Sabu merupakan ikon Syiah dan beliau gagal menafikan dirinya mempunyai kaitan dengan Syiah," kata Abdul Rahim.

Selain itu, Mohamad juga dikatakan pernah mengunjungi masjid Syiah di Kg Aluar, Wilayah Satun, Thailand dan melakukan kunjungan mesra ke atas pemimpin Syiah dan menghadiri majlis ramah mesra di sana.

Beliau turut memberitahu media temuramah KDN dengan rakan Mohamad bernama CN Afghani di Masjid Jamek Kuala Lumpur tahun lalu serta bekas pemimpin politik yang pernah bersama beliau dalam perjuangan parti menunjukkan Mohamad 'cenderung' dengan fahaman tersebut.

"Keterangan dari rakan-rakan beliau yang pernah bersama-sama berjuang dalam lapangan politik yang sana turut memperakui bahawa beliau seorang yang mempunyai kaitan dengan Syiah," kata beliau.

Abdul Rahim mengatakan KDN termasuk polis serta agensi-agensi kerajaan lain seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan jabatan agama Islam negeri akan bekerjasama membendung pengaruh Syiah di kalangan umat Islam negara ini.

Bagaimanapun beliau langsung tidak memberi langkah lanjut yang akan dibuat KDN atau pihak lain berkenaan kes Mohamad malah menamatkan sidang media tanpa mengambil sebarang soalan.

"KDN akan bertanggungjawab terhadap aspek keselamatan manakala Jakim dan jabatan agama Islam negeri akan melihat dari aspek akidah dan penguatkuasaan di peringkat negeri," katanya. - Mkini

Wednesday 11 December 2013

Myvi Untuk Wanita Sahaja, 60 Edisi Terhad

PERUSAHAAN Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) melancarkan model Myvi 1.5 liter edisi terhad sebagai sebahagian daripada kempen Female Empowerment Movement (FEM).


Model Myvi FEM itu hanya dikeluarkan sebanyak 60 unit bermula bulan ini di mana keluaran terhad 20 unit sebulan.

Harga yang ditawarkan masih dikekalkan RM56, 027 walaupun ciri-ciri tambahan bernilai RM4,000 diletakkan pada model kompak tersebut.
Apa yang membezakan model FEM ini adalah tempat duduk kemasan kulit, stereng dan pelapik kaki dengan logo F.E.M, sistem multimedia dengan navigasi dan kamera belakang, serta bekas serba guna eksklusif.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, model edisi terhad yang direka untuk wanita moden itu dicipta khusus kepada ahli wanita FEM yang mendaftar.

“Berdasarkan kepada siapa cepat, untuk layak membeli, pemohon mestilah seorang wanita dan berusia sekurang-kurangnya 18 tahun dan juga memiliki sebuah kereta Perodua atau sekurangkurangnya pernah memandunya.

“Dan juga mereka perlu mendaftar diri di laman web www.peroduafem.com.my,” katanya.
Bagi yang mendaftar, pihak Perodua akan menawarkan hadiah misteri hari lahir, peluang menyertai bengkel khas serta dijemput untuk menghadiri pelancaran model baharu Perodua pada masa akan datang.
Perodua menyasarkan keahlian 10,000 wanita pada akhir 2014. - malaysiandigest

'Selamat datang 2014 - tahun barang naik'

Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berkata, kemungkinan harga tambang pengangkutan awam naik tahun depan mengesahkan dakwaannya bahawa 2014 bakal dikenang sebagai "tahun barang naik".
Katanya, beliau pernah memberi amaran bahawa BN merancang menaikkan satu persatu harga perkhidmatan dan barang keperluan sepanjang 2014, sebelum GST dilaksanakan menjelang Mac 2015.

Ini kerana, tambahnya, BN tahu bahawa GST akan melonjakkan inflasi dan kenaikan harga sukar dibuat selepas itu memandangkan pilihan raya umum perlu diadakan sekitar 2017-18.

"Pengumuman berturut-turut melibatkan kenaikan harga petrol/diesel, harga gula dan harga elektrik mengesahkan bahawa akan ada lagi kenaikan lain yang bakal diumumkan," katanya.

Dalam kenyataanya hari ini, Rafizi berkata, kenaikan itu bakal memberi kesan berganda kepada harga barang-barang yang lain, mempengaruhi inflasi dan menyebabkan kenaikan harga secara keseluruhan.

Tambahnya, walaupun kerajaan memberikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sehingga RM7 bilion bagi membantu rakyat berpendapatan rendah, ia tidak dapat membantu rakyat.

Rafizi juga menggesa kerajaan membuat akujanji dengan rakyat untuk tidak menaikkan tambang pengangkutan awam sehingga 2017 dan beliau sanggup meminta maaf.

"Jika akujanji ini dibuat, saya bersedia memohon maaf secara terbuka kepada BN kerana konsisten mengkritik cadangan mereka memotong subsidi dan menaikkan harga barang satu persatu dalam tahun 2014 ini," katanya. - Malaysiakini

Malaysia hantar angkasawan kedua 2016

MALAYSIA bercadang menghantar angkasawan kedua negara  ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) menjelang tahun 2016 selepas misi pertama berjaya dilaksanakan oleh Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor pada 2007 lalu.


Pegawai Sains Agensi Angkasa Negara (Angkasa), Mohd Zamri Shah Mastor berkata, pihaknya kini sedang mengumpul maklumat bagi penyelidikan yang akan dilakukan oleh angkasawan kedua negara di ISS.

Menurutnya, penghantaran angkasawan kedua juga perlu dilihat dari beberapa aspek seperti kajian cuaca dan juga ekonomi negara.

Mohd Zamri berkata, kos menghantar angkasawan ke ISS memerlukan dana yang besar, dan boleh mencecah RM100 juta.

“Cadangan  penghantaran angkasawan kedua negara sebelum ini telah pun diluluskan oleh Kabinet, tapi ia bergantung kepada  keadaan ekonomi negara pada tahun 2016 nanti," katanya.

Terdahulu, Mohd Zamri menjadi ahli panel pada Program Bengkel Astrofotografi bersama media anjuran Yayasan Angkasan Malaysia di Paya Indah Wetland.

Turut hadir dalam program tersebut, Angkasawan kedua negara, Mejar Dr Faiz Khaleed dan Yang Dipertua, Persatuan Falak Syarie Malaysia, Syed Kamarulzaman Syed Kabeer.

Sebelum ini, pada tahun 2007 buat julung kalinya Malaysia telah menghantar angkasawan pertama negara Dr Sheikh Muszaphar dengan kerjasama Rusia.

Hasilnya, pelbagai penyelidikan dapat dilaksanakan antaranya membabitkan sel kanser dan leukemia.

Mohd Zamri berkata, buat masa ini, pihaknya merancang meneruskan kerjasama dengan Rusia dan dalam masa sama sedang mempertimbangkan kerjasama dengan Amerika Syarikat (AS), Perancis dan China.

Katanya, kerajaan juga sebelum ini telah meluluskan peruntukan sebanyak RM271.9 juta untuk program pembangunan satelit RazakSAT-2 yang merupakan satelit penderiaan jauh bagi memantau permukaan bumi.

“Manakala pada 2018 pula kita akan lancarkan RazakSAT-3 dan kedua-dua satelit ini mempunyai jangka hayat selama tujuh tahun,” katanya. YAM rangka kerjasama Ketua Pegawai Eksekutif YAM Rajini Ramlan berkata, bagi meneruskan misi ini , Yayasan Angkasawan Malaysia dan Angkasa turut bekerjasama pelbagai pihak dan juga media bagi memastikan penghantaran angkasawan kedua negara mencapai objektif diharapkan.

Katanya, YAM juga menganjurkan bengkel astronomi bersama media bagi mempertingkat pemahaman mereka berkaitan sains dan teknologi angkasa lepas.

"Cara ini juga mempertingkat kesedaran awam berkaitan dengan ilmu angkasa lepas yang dilihat mampu menyelesaikan sebahagian besar masalah bumi.

"Program angkasa lepas perlu dilihat secara menyeluruh dan bukan hanya sekadar penghantaran angkasawan ke ISS sahaja,” katanya.

Sementara itu, Mejar Dr Faiz Khaleed bersedia memberikan yang terbaik sekiranya terpilih dihantar ke ISS.

Menurutnya, latihan yang disertai selama setahun sebelum ini berjaya melengkapkan dirinya dengan pelbagai ilmu agar dapat memberikan komitmen yang tinggi apabila berada di ISS kelak.

"Persiapan untuk ke ISS perlu diukur dalam beberapa aspek dinilai iaitu dari segi mental fizikal, akademik, kesihatan dan sebagainya.

“Saya sudah bersedia dan tidak menolak jika dihantar menyertai latihan tambahan, jadi sekarang terpulang kepada kerajaan untuk menyatakan persetujuan bagi melaksanakan misi tersebut,” katanya.

Faiz berkata, dengan keazaman yang tinggi beliau mampu untuk lakukan terbaik.

Mengulas mengenai kepentingan teknologi sains kepada pelajar,  beliau berkata, ia adalah usaha yang baik dan sewajarnya diperluaskan dengan menarik lebih ramai penyertaan golongan muda bagi mengetahui apa itu angkasawan kepada pelajar sekolah serta universiti.

"Adalah usaha penting bagi memastikan kesedaran awam terhadap kepentingan sains angkasa dan pembentukan modal insan berasaskan sains, teknologi, inovasi dan pembangunan negara dapat dilaksanakan secara terancang, meluas, berkesan, dan berterusan," katanya.

Teruja melihat cerapan cahaya

Wakil media yang menyertai bengkel teruja apabila dapat merasai pengalaman menarik yang tidak mungkin dapat dilihat dengan mata kasar.

"Kami berpeluang melihat cerapan cahaya yang melintasi Malaysia setiap dua minit pada jam 5 pagi.

"Di samping itu juga, kami dapat melihat sendiri penggerakan ISS dan satelit melintasi Malaysia pada waktu tersebut," kata seorang wartawan akhbar tempatan.

Katanya, selain dapat melihat keindahan alam semula bengkel ini juga memberi satu keinginan kepada kita untuk mengetahui dengan lebih mendalam kehidupan di angkasa lepas.

"Dengan menggunakan teleskop kelihatan juga Planet Musytari," katanya. - SH

Eh, cukupkah RM100 juta. Rakyat bawahan sudah kaya dan tidak lagi memerlukan wang. Tambahlah lagi sehingga menjadi RM500 juta.

Sultan Johor Beli 20 Peratus Saham BTS

PETALING JAYA: Selepas menjual enam plot tanah di Johor Baru bernilai RM4.5 bilion, Sultan Johor menandatangani perjanjian untuk membeli 20 peratus saham Berjaya Times Square Sdn Bhd (BTS) membabitkan RM250 juta tunai.


Ia bukan pelaburan pertama yang dimeterai Sultan Johor beberapa bulan kebelakangan ini.
Pada Selasa, Berjaya Assets Bhd memberitahu Bursa Malaysia bahawa syarikat tersebut telah melupuskan saham 150 juta atau RM1 setiap satu, atau 20 peratus kepentingan ekuitinya dalam BTS kepada Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Bangunan BTS merangkumi pusat membeli-belah setinggi 12 tingkat, dua menara suite 46 tingkat, lima tingkat tempat letak kereta bawah tanah dan 10 tingkat tempat letak kereta annex.

Selain itu, BTS turut terlibat mengendalikan tempat letak kereta dan taman tema, serta anak syarikat lain yang menguruskan Berjaya Waterfront, Johor Baru (sebelum ini dikenali sebagai The Zon di Johor) dengan hartanah berkeluasan melebihi 7.28 hektar di Johor.

Berjaya Assets berkata, pelupusan itu menambah wang tunai segera dan mempelawa Sultan Ibrahim untuk melabur secara langsung dan mengambil bahagian secara aktif dalam hala tuju dan perkembangan BTS.
Beberapa minggu lalu, syarikat pemaju dari China, Guangzhou R&F Properties Co Ltd membeli enam plot tanah berkeluasan 47 hektar di Johor Baru daripada Sultan Ibrahim bernilai RM4.5 bilion atau RM891 per kaki persegi.

Perjanjian itu mencatatkan rekod selepas beberapa bulan sebuah lagi syarikat dari China, Country Garden Holdings Co Ltd, membeli 22.26 hektar tanah di Danga Bayar bernilai RM376 per kaki persegi dari pemaju lain.

Selain itu, Berjaya Assets merupakan sebahagian daripada Kumpulan Berjaya di mana pada asasnya majoriti dimiliki oleh Tan Sri Vincent Tan.

Beliau merupakan pelabur dalam REDtone International Bhd dan membeli lebih banyak saham pada Julai untuk meningkatkan nilai pegangan sahamnya kepada 13.86 peratus, sekali gus menjadikan beliau pemegang saham kedua tertinggi dalam syarikat telekomunikasi itu.

Pada Mei lalu, Sultan Johor menamatkan 51 peratus kepentingan ekuitinya dalam REDtone Network Sdn Bhd (RN) menerusi transaksi dengan REDtone International yang pegangan saham dalam RN menurun daripada 70 peratus kepada 49 peratus. - Mstar

'Mak Engku' direman

KUALA SELANGOR 11 Dis. - Seorang nenek berusia 60 tahun yang mempunyai 16 rekod jenayah dan dikenali sebagai 'Mak Engku' direman selama 14 hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berkaitan kes pembunuhan penjaga cicak tokek yang berlaku di lombong Jalan Rantau Panjang, Bestari Jaya pada 30 Ogos lalu.


Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Mahkamah Kuala Selangor, Shah Wira Abdul Halim dan kes disiasat mengikut Seksyen 3 Akta Pencegahan Jenayah (PCA) 1959 bersama Seksyen 12 akta yang sama.
Warga emas itu merupakan wanita pertama yang ditahan mengikut akta berkenaan di negara ini sejak rang undang-undang bagi meminda PCA 1959 diluluskan di Dewan Rakyat pada Oktober lalu.

Akta tersebut digubal untuk mencegah aktiviti jenayah berat dan jenayah terancang yang semakin meningkat di negara ini.
Warga emas yang ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Selangor itu tiba di mahkamah pada pukul 10.50 pagi sebelum dibawa keluar pada pukul 11.30 pagi.

Suspek ditahan polis di satu lokasi di Kuala Selangor pada pukul 2 pagi, 11 September lalu bagi membantu siasatan kes pembunuhan penjaga cicak tokek tersebut.
Selain wanita terbabit, polis turut menahan 16 lelaki berusia 21 hingga 48 tahun secara berperingkat di sekitar Selangor dan Hilir Perak.

Kesemua yang ditahan adalah ekoran kematian mangsa, Syairul Helmy Azhar, 24, dipercayai dibunuh dan mayatnya ditemui di dalam sebuah kereta yang separuh tenggelam di sebuah lombong.
Mangsa yang juga seorang ahli perniagaan dikatakan orang yang diamanahkan oleh wanita itu untuk memelihara cicak tokek yang dikatakan bernilai RM 1 juta dan mencari pembeli yang berpotensi.

Bagaimanapun, mangsa dikatakan telah menghilangkan diri bersama reptilia itu sehingga menyebabkan wanita terbabit meminta sekumpulan lelaki untuk menjejaknya dan mangsa akhirnya ditemui mati dibunuh.
Sementara itu, hasil siasatan mendapati wanita warga emas terbabit mempunyai 16 rekod jenayah berkaitan Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana terlibat dalam kes penipuan urusan perniagaan di Perak dan Pahang.

Susulan itu, suspek kemudian turut disiasat berkaitan kes penipuan di Perak dan Pahang sebelum diserahkan semula kepada polis Selangor untuk meneruskan siasatan kes pembunuhan penjaga cicak tokek mengikut PCA. - Utusan

Tetakan maut suami cemburu

SUSPEK ditahan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu di sekitar lokasi kejadian.
Lahad Datu: Perasaan cemburu yang menguasai diri mendorong seorang lelaki bertindak gila apabila menetak kepala dan badan isterinya dengan parang di ladang FELDA Sahabat 52, dekat sini, kelmarin.


Mangsa, Kasmawati Salang, 30, ditemui penyelia ladang berkenaan dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah di dalam parit berhampiran rumahnya kira-kira jam 4.20 petang.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu Superintendan Shamsudin Mat berkata, ketika ditemui wanita warga Indonesia itu masih bernyawa, namun meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Lahad Datu, di sini.

Menurutnya, selepas menerima aduan daripada penyelia ladang yang menemui mangsa di dalam parit, sepasukan polis bergegas ke lokasi kejadian.
Katanya, mayat mangsa kemudian dihantar ke bilik mayat di Hospital Lahad Datu, untuk bedah siasat.

“Anggota dari Balai Polis Tambisan melakukan siasatan awal dimaklumkan sebelum itu berlaku pergaduhan di antara mangsa dengan suaminya,” katanya.
Shamsudin berkata, siasatan awal mendapati, suspek menetak mangsa dengan parang kerana cemburu dan mendakwa isterinya mempunyai hubungan sulit dengan seorang pekerja di ladang terbabit.

“Suspek yang berusia 35 tahun dipercayai menetak isterinya menggunakan sebilah parang dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu, yang menggerakkan operasi memburu, berjaya memberkas lelaki itu di kawasan berhampiran tempat kejadian,” katanya.
Menurutnya, suspek berusia 35 tahun kini ditahan reman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. - Mymetro

Lima bukti kegiatan Syiah pemimpin PAS

Kuala Lumpur: Sekurang-kurang lima bukti kukuh akan dikemukakan bagi membuktikan kegiatan serta kecenderungan seorang pemimpin kanan PAS terhadap fahaman Syiah di negara ini.

Menurut sumber, segala bukti itu sudah lama dikumpul pihak berkuasa yang sememangnya sudah sekian lama menyedari kegiatan pemimpin PAS terbabit yang mengamalkan fahaman bertentangan amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Difahamkan, Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengadakan sidang media dalam masa terdekat bagi mendedahkan kepada orang ramai berhubung kegiatan Syiah pemimpin kanan PAS terbabit.


Enggan dedah secara teliti

Beliau bagaimanapun, enggan mendedahkan secara teliti lima bukti yang dimaksudkan bagi mengait pemimpin PAS kerana ia akan didedahkan oleh pihak berkaitan dalam masa terdekat.

Antara kecenderungan pemimpin PAS terbabit terhadap gerakan Syiah ialah mengagumi serta menyeru supaya meneladani pemimpin revolusi Iran iaitu Ayatollah Khomeini, serta perlu menyokong pemimpin Iran itu.

Beliau juga secara terangan mengakui mengagumi ulama Syiah Lubnan selain turut menuntut ilmu agama dengan seorang guru agama Syiah di utara tanah air dan kerap berkunjung ke Iran.
Semua bukti itu sudah ada dengan pihak berkuasa dan ia akan didedahkan kepada umum satu masa nanti, katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Pemimpin PAS yang didakwa berfahaman Syiah didedahkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Naib Presiden UMNO pada ucapan penggulungan Perhimpunan Agung UMNO, Sabtu lalu.

Sikap berpura-pura

Sementara itu, bekas Naib Presiden PAS, Datuk Nakhaie Ahmad, berkata Syiah sememangnya sudah meresap dalam parti itu selepas revolusi Iran dan ramai kalangan mereka menghantar anak belajar ke negara itu.

Nakhaie berkata, Syiah berjaya meresap dalam PAS adalah kerana revolusi Iran dan pada masa itu, mereka masih belum memahami Syiah dalam erti kata sebenar yang boleh membawa kepada penyelewengan akidah.

Nak kesan pengikut fahaman Syiah ini amat susah kerana mereka mempunyai sikap berpura-pura, misalnya bila berada di tanah suci Makkah golongan ini boleh solat mengikut fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah, katanya.

Teliti bukti KDN

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata JAKIM perlu meneliti bukti dikemukakan KDN sebelum melakukan penyiasatan terhadap pemimpin kanan PAS yang didakwa mengamalkan ajaran Syiah.

Katanya, tindakan yang akan diambil nanti, bukan hanya bertumpu kepada pemimpin kanan PAS itu, malah kepada semua yang mengamalkan ajaran Syiah.

Tidak kira pemimpin nombor satu, dua, tiga atau empat, ia merangkumi semua dan tidak terikat kepada mana-mana parti. Asalkan dia orang Malaysia dan Islam, kemudian dia terikat dengan Syiah, tindakan akan diambil.

Kita akan berbincang dengan KDN, kita nak tengok bagaimana pendedahan (yang akan dibuat). Di Malaysia, muzakarah fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan mengharamkan Syiah kerana ia terkeluar daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah, itu dari sudut hukum. Cuma, dari sudut pendakwaan kita perlukan kepada pembuktian, katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas perasmian sambutan Bulan Zakat dan Ijtima Amil Zakat Kebangsaan 2013 di sini, semalam. - BH

Tuesday 10 December 2013

Pemohon Pasport Tidak Perlu Bawa Foto Mulai 1 Mac - Zahid

PUTRAJAYA: Mulai 1 Mac depan, warga Malaysia yang memohon pasport baharu, penggantian pasport atau penyambungan pasport gantian tidak perlu membawa foto untuk dilekatkan di borang permohonan mereka.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pemohon hanya perlu datang ke pejabat imigresen untuk mengambil gambar mereka.


"Tiada caj dikenakan untuk pengambilan foto itu dan tiada bayaran tambahan dikenakan untuk perkhidmatan pengambilan gambar berkenaan kerana ia adalah arahan diberikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terus kepada beliau dan Jabatan Imigresen baru-baru ini," katanya.

Beliau bercakap pada sidang media selepas menghadiri Hari Imigresen 2013 di ibu pejabat Jabatan di sini hari ini. Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Seri Abdul Rahim Mod Radzi dan Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Alias Ahmad.

Dalam pada itu, Alias berkata bagi 2012, Jabatan Imigresen menerima sebanyak 2.3 juta pemohon pasport Malaysia. Justeru itu, jabatan menjangkakan tahun ini (2013) pemohon meningkat kepada 2.6 juta.

-Bernama

Sunday 8 December 2013

Mat Sabu Nafi Pengikut Syiah, Ugut Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap Zahid

PETALING JAYA: Mohamad Sabu dan para pemimpin PAS lain membidas Datuk Seri Zahid Hamidi kerana mendakwa beliau sebagai pengikut ajaran Syiah.

Menyangkal dakwaan itu, Timbalan Presiden PAS, yang dikenali sebagai Mat Sabu, mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Zahid.


"Saya bukan pengikut Syiah," kata Mohamad sebelum menaiki penerbangan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kubang Rotan, Mohd Nasir Mustafa mendakwa Zahid cuba untuk menunjukkan kuasanya di hadapan para perwakilan Umno.

"Saya sudah kenal Bang Mat (Mohamad) bertahun-tahun. Saya tidak pernah melihat dia mengamalkan ajaran sesat," kata Mohd Nasir.
Beliau berkata, Zahid perlu memberi fokus kepada Ops Cantas dan mengetatkan kawalan ke atas ancaman sebenar kepada masyarakat daripada membuang masa memburu ahli-ahli politik yang tidak berbahaya.

Mohd Nasir berkata demikian sebagai mengulas kepada 'lampu hijau' Zahid kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dalam ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung Umno 2013 untuk mengambil tindakan terhadap Mohamad, yang didakwa menjadi pengikut Syiah.

Menamakan Mohamad secara ringkas, Zahid menggesa Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom untuk mengambil tindakan segera terhadap "pemimpin no.2 PAS".
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menyifatkan tindakan Zahid sebagai " serangan peribadi yang melampau".

Menyokong rancangan Mohamad untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Zahid, Mustafa berkata, parti itu tidak pernah menerima sebarang laporan membabitkan pemimpin itu dalam mana-mana ajaran sesat. - Mstar

Saturday 7 December 2013

Isu Syiah: KDN beri kuasa bertindak pada Mat Sabu

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi berkata, kementeriannya memberi kuasa kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom untuk mengambil tindakan kepada Timbalan Presiden Mohamad Sabu yang didakwanya berfahaman Syiah.


NONE"Alangkah baiknya PAS mempunyai keberanian dan menyatakan komitmen politiknya untuk menolak pemimpin Syiah yang menjadi salah seorang pemimpin parti itu.

"Kita tahu siapa pemimpin Syiah dalam PAS. PAS ketepikan perbezaan politik. Ini soal akidah dan keselamatan negara. Kita hairan bagaimana PAS memilih pemimpin Syiah untuk menjadi orang nombor dua (Mohamad) dalam PAS.

"Jangan berselindung, Jamil Khir, KDN (Kementerian Dalam Negeri) beri kuasa, ambil tindakan pada pemimpin PAS (itu)," kata naib presiden Umno itu semasa ucapan penggulungan dalam perhimpunan agung tahunan parti itu hari ini.

Zahid bagaimanapun hanya menyebut "orang nombor dua" PAS tanpa menyebut secara langsung nama pemimpin PAS itu.

Mohamad Sabu dipilih sekali lagi sebagai timbalan presiden dalam pemilihan PAS baru-baru ini.

Malaysiakini sudah menghubungi Mohamad dan sedang menunggu penjelasannya berhubung perkara itu. - Malaysiakini

Sebutlah nama pemimpin itu atau takut Mat Sabu saman?

Friday 6 December 2013

Tiga Lamborghini hangus di lebuh raya

SEREMBAN - Tiga kereta Lamborghini hangus terbakar dalam kemalangan di Kilometer 259 Lebuh Raya Utara-Selatan (Plus) dekat Seremban, pagi tadi.



Menurut sumber, kemalangan melibatkan kereta milik warga Singapura yang sedang berkonvoi dari negara itu ke Kuala Lumpur.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.57 pagi itu, kereta ketiga daripada lima kenderaan itu dipercayai terbabas dan melanggar pembahagi jalan di lebuh raya sehingga menyebabkan dua kereta di belakang merempuh kereta itu.

Akibat rempuhan itu, berlaku kebakaran melibatkan ketiga-tiga kereta itu.

Sementara itu, memetik laporan portal tempatan, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan, Norazam Khamis berkata, dua jentera bersama 14 anggota tiba kira-kira tujuh minit kemudian, tetapi tiga kenderaan terbabit hangus terbakar.

Bagaimanapun, katanya semua pemandu dan penumpang sempat menyelamatkan diri. - SH

Shahrizat: Bangsat betul kenyataan pembangkang

Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Jalil menyelar tuduhan pemimpin Umno lambat dan tidak mempedulikan nasib penduduk Pantai Timur khususnya Kuantan yang dilanda banjir besar.

Beliau menyifatkan tuduhan tersebut sebagai 'bangsat' dan tidak berasas.

"Memang pembohongan, memang bangsat betul kenyataan itu.

"Semalam presiden kita sanggup tinggalkan kita di dewan ini. Hanya setahun sekali kita berhimpun tetapi beliau tetap melawat tempat banjir," kata beliau dalam satu sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Tambah Shahrizat, dewan persidangan lengang kerana ramai menteri, ahli Parlimen, ADUN, ketua bahagian dan perwakilan terutamanya dari Pahang, Terengganu dan Kelantan menumpukan aktiviti bantuan di kawasan terlibat.

"Saya nak tanya mana dia pembangkang? Dari apa yang saya dengar ahli parlimen Kuantan, Fuziah (Saleh) sibuk di Parlimen dan tidak kelihatan di mana-mana kawasan bencana," kata beliau.

Shahrizat turut mengumumkan bantuan dari Skuad Sayang Wanita Umno yang telah berada di tempat banjir membantu Kelab Putra Satu Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan agensi terlibat dalam soal bencana.

Justeru beliau mahu penyokong dan pemimpin pembangkang untuk melihat dan menilai sendiri usaha pihak Umno dan BN dalam membantu perkara ini.

"Apa dia (pembangkang) buat kepada mangsa dan pengundi mereka di Kuantan dan Indera Mahkota hari ini?

"Jika tidak kerana perdana menteri, ADUN, menteri besar BN tidak ada, hanyutlah semua pengundi mereka di sana," kata beliau. - Mkini

Tapis sikit cakap. Malu orang tengok tu...

Thursday 5 December 2013

Nelson Mandela meninggal dunia

Nelson Mandela (gambar) meninggal dunia secara aman di rumahnya di Johannesberg selepas menderitai penyakit jangkitan paru-paru kata Presiden Jacob Zuma dalam kenyataan secara langsung disiarkan stesen televisyen negara itu.

Mandela, 95, yang merupakan bekas presiden kulit presiden kulit hitam pertama Afrika Selatan itu memimpin perlawanan terhadap dasar Apartheid dan pernah dipenjarakan selama 27 tahun.


Beliau menerima rawatan di rumahnya selepas tiga bulan terlantar di hospital.
“Negara kita kehilangan besar,” kata Zuma.

"Rakyat kita kehilangan bapa mereka." Menurut Zuma, Mandela akan dikebumikan dalam upacara negara dan bendera Afrika Selatan akan dikibarkan separuh tiang. – TMI

Pengikut Tuhan Harun Rancang Bunuh Lebih Ramai Penguatkuasa - KPN

PETALING JAYA: Pengikut ajaran sesat Tuhan Harun telah merancang untuk membunuh lebih ramai pemimpin penguatkuasa, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Beliau berkata siasatan awal mendapati pengikut ajaran sesat bukan sahaja bertanggungjawab merancang dan menjalankan pembunuhan Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) Ahmad Rafli Abdul Malek bulan lepas, tetapi juga sedang dalam perancangan melakukan pembunuhan lain.


"Kita bernasib baik kerana berjaya menangkap pemimpin dan beberapa pengikut kerana mereka juga merancang untuk membunuh orang lain," katanya pada sidang akhbar di Wakaf Tapai, Kuala Terengganu, Khamis.

"Kita telah menangkap dua daripada 10 mahu pengikut ajaran sesat Tuhan Harun yang dikehendaki...masih mencari lapan lagi."

Ditanya nama-nama yang menjadi sasaran mereka, Khalid enggan mengulas lanjut tetapi menyatakan bahawa pengikut adalah pelampau yang akan mengambil jalan keluar dengan membunuh orang-orang yang menghalang pergerakan mereka. - Mstar

'Sudahlah untung, naikkan tarif elektrik lagi'

Isu kenaikan harga, terutamanya tarif elektrik baru-baru ini, menjadi perhatian dalam perbahasan ucapan dasar presiden dalam Perhimpunan Agung Umno 2013 hari ini.

Perwakilan Perak Datuk Ahmad Salimin berkata, kenaikan tarif elektrik, harga barang dan petrol sebelum ini dirasakan terlalu drastik serta tidak bertepatan dengan masa dan keadaan.


Tambahnya, ia sekaligus membebankan rakyat.

"Saya ingin menegur berkaitan pengumuman kenaikan harga barang, petrol dan baru-baru ini tarif elektrik.

"Kenaikan ini amat tidak tepat sekali melihat pada keadaan ekonomi rakyat," katanya.

Ahmad juga berkata, keadaan itu juga mempengaruhi persepsi rakyat ekoran ia pengumumannya dibuat selepas pilihan raya umum dan dalam keadaan Tenaga Nasional Berhad (TNB) mendapat keuntungan.

"Sudahlah untung, naikkan tarif pula," komen rakyat.

Menurutnya lagi, kerajaan hari ini dibentuk atas sokongan rakyat, maka tidak wajar mereka dibebani dengan masalah kewangan sebegitu. - Mkini

Penolakan Ustaz Kazim tamparan buat Umno, kata bekas pemimpin

Keputusan penceramah bebas, Mohamad Kazim Elias untuk menolak pelantikannya sebagai Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno memberi tamparan hebat kepada Umno terutama kepada presidennya, Datuk Seri Najib Razak.

Sekurang-kurangnya dua pemimpin Umno mengulas mengenainya dan menyifatkan ia berlaku berikutan tidak mengikut peraturan yang ditetapkan Umno sendiri.

Bekas pemimpin kanan Umno, Tan Sri Dr Rais Yatim (gambar) yang menulis di Twitternya berkata: "Ustaz Kazim tolak jadi ahli MT Umno, yang rekomen beliau tu kenalah jawab. Kenapa tak buat kaji selidik dulu. Terus-terus jadi MT salah di sisi peraturan".


Setiausaha Penyelaras Barisan Nasional Bahagian Bandar Tun Razak, Zaharin Mohd Yasin juga sependapat dengan Dr Rais.

Beliau yang juga bloger Sang Kelembai berkata, pelantikan Kazim yang dibuat tanpa meminta persetujuan terlebih dahulu adalah perancangan salah.

Malah, katanya, ia lebih kepada tindakan cuba mendapat kredit peribadi atau dengan kata lain “membodek bos”.
"Akhirnya Ustaz Kazim Elias tolak dilantik MT Umno. Agaknya dia dah istikharah malam tadi. Satu tamparan hebat pada Umno.

"Ini dia kerja mereka yang tidak merancang dan buat strategi, hanya kerana nak dapat kredit peribadi pada Boss," tulisnya di Facebook.
Semalam, Kazim menolak pelantikan menjadi MT Umno yang diumumkan perdana menteri, baru-baru ini dengan mengemukakan tiga alasan.

Alasan tersebut adalah kerana komitmen luar sebagai penceramah, mahu menjaga urusan pentadbiran Pusat Pendidikan Al-Barakah dan ingin menjaga nama baik Umno daripada terus difitnah.
Keputusan itu diumumkan beliau selepas mengadakan pertemuan selama sejam dengan presiden Umno di bangunan Parlimen, beberapa hari lalu.

Zaharin berkata, "Perlembagaan Umno mestilah dihormati. Masa bertanding jawatan dalam Umno, kena ikut peraturan.
"Jika tak cukup tiga tahun jadi ahli, tak layak bertanding sebarang jawatan. Tak jadi ahli dan tak cukup tiga tahun jadi ahli boleh pula dilantik jadi ahli Majlis Tertinggi Umno.

"Boleh tak orang yang berkuasa di Ibu Pejabat Umno beri jawapan. Atau pembesar Umno buat Umno ini macam emak bapa dia punya," katanya. – 5 Disember, 2013.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Free Web Hosting